:
Home » » Kronologi Perang Salib

Kronologi Perang Salib

Jumaat, 18 Mei 2012 | 0 comments

perang salib


Berehat sebentar dari karenah politik dalam negara.

Ringkasan Kronologi Perang Salib

1. Tujuan perang salib dilancarkan oleh kristian(mazhab katolik yg berpusat di Rome) kerana ingin merampas Baitulmaqdis daripada Islam serta ingin menawan konstantinople daripad kristian bermazhab ortodoks(peperangan sesama mereka pada tahun 1204 M)

2. Perlu di fahami bangsa yg pertama yang menguasai baitulmaqdis adalah yahudi kerana mereka percaya di situ terletaknya pemerintahan Nabi Daud dan Sulaiman.Kemudian bangsa Babylon mnguasai Baitulmaqdis,kemudian bangsa Parsi,kemudian Kristian(Rome)  pada tahun 335 M..

3. Di masa Rome inilah kristian telah membina sebuah Gereja Makam Suci,mngikut kepercayaan mereka di situ tapak Nabi Isa di salib.

4. Pada tahun 638 M tentera Islam telah membebaskan baitulmaqdis daripada kristian..

5. Pada tahun 1099 M tentera Kristian kembali menguasai baitulmaqdis dan membunuh orang-orang Islam dan yahudi..

6. Punca yg mempercepatkan perang antara Islam dan kristian adalah di sebabkan Khalifah al-Hakim amrillah(daulah Fatimiyah) merobohkan gereja makam suci..

7. Setelah menguasai Baitulmaqdis,kristian meluaskan jajahan di sekitar baitulmaqdis dan panglima Islam yang pertama berhadapan dgn tentera salib adalah Zengi(pemerintah kesultanan Edessa & Aleppo dalam wilayah daulah Abbasiyah).Setelah kematian zengi,di teruskan oleh anaknya Nuruddin..

8. Di saat Kaherah(wilayah Fatimiyah) lemah kerana pergaduhan sesama mereka, tentera salib mengambil peluang untuk menguasai Kaherah,Mesir..

9. Menteri Fatimiyah meminta bantuan Nuruddin memerangi tentera salib dan Menang peperangan

10. Kemudian tentera salib datang lagi ke kaherah untuk berperang,menteri Fatimiyah meminta bantuan Nuruddin lagi.Nuruddin melantik Syirkuh mengetuai peperangan tetapi mengalami kekalah..

11. Nuruddin melantik Salahuddin al-Ayubi menggantikan Syirkuh, dan Salahudin berjaya mengusir tentera salib keluar dari Mesir..

12. Daulah Fatimiyah menaruh harapan Salahudin memimpin kaherah,dan  melantiknya sebagai menteri..

13. Salahudin mengambil peluang menghancurkan daulah Fatimiyah setelah kematian Khalifah al-Adid(Khalifah Fatimiyah) untuk mengembalikan mesir di bawah daulah Abbasiyah..

14. Salahudin kembali memberi tumpuan kepada musuh Islam yg sebenar,yaitu tentera salib.

15. Ekspedisi ke baitulmaqdis berterusan sehingga Salahudin berjaya membebaskan baitulmaqdis daripada Kristian..

Kesan Perang

1. Bermulanya zaman Renaissaince di Eropah yakni kebangkitan/kelahiran semula Eropah..

2.  Kebudayaan Islam & Ilmu Islam,perubatan,sains,matematik & senibina Islam di bawa ke Eropah dan berkembang di sana..

3.  Kubu-kubu dan kota di Eropah berubah menjadi struktur yg lebih kuat dan besar..

4.  Bermulanya perang salib gaya baru ke atas umat Islam(perang pemikiran) sehingga kini..

5.  Bagi Islam kekalahan tentera salib adalah kemenangan yang sangat besar,Salahudin diangkat sebagai ikon pahlawan yg sangat hebat..

:: Daulah Fatimiyah - Bermazhab syiah Ismailiyah
:: Daulah Abbasiyah - Bermazhab ahli sunnah
:: Di namakan perang salib kerana tentera Kristian membawa salib ketika berperang sebagai semangat dan lambang peperangan agama,mereka berpendapat akan mendapat ganjaran syurga jika mereka mati dalam peperangan..

Wallahualam
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger