:
Home » » Harga petrol RON95 mungkin akan dinaikkan

Harga petrol RON95 mungkin akan dinaikkan

Selasa, 8 Mac 2011 | 0 comments

Kemungkinan rakyat malaysia akan dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak berikut kemenangan di Kerdau dan Marlimau.Kita harus menyokong kerajaan yang akan menaikan harga minyak sebagai mana kita menyokong dengan memberikan kemenangan pada pilihanraya kecil lalu.

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.



Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.

Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger