Ahad, 13 Februari 2011

Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS

pemuda pas


KUALA LUMPUR 13 FEB : Pemuda PAS dari seluruh negara akan berkumpul di Kedah dalam kekuatan 30 ribu pada 19 Februari ini sebagai persiapan dan pecutan akhir untuk menggalas agenda kebangkitan anak muda negara menuju perubahan, kata Ketua Pemudanya Nasruddin Tantawi.

"Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun yang lalu," katanya yang dipetik daripada blognya.



Tambah Nasruddin lagi semangat anak - anak muda di negara utara Afrika itu telah menular ke seluruh dunia untuk membangkitkan kesedaran serta keinsafan rakyat menolak regim yang zalim .

"Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak - anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan PR sebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang," katanya.

Menurut Nasruddin, Pemuda PAS akan diberi suntikan semangat pada himpunan tersebut oleh tokoh - tokoh pimpinan PAS dan sebahagiannya adalah mantan ketua - ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Insyaallah, himpunan 30K Pemuda PAS ini akan mendengar ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009-2011 ] sebagai "amanah perjuangan" serta "peraturan dan arahan" khas menghadapi gelombang kebangkitan anak muda ke arah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang," katanya.

Himpunan 30K ini akan disempurnakan dengan penuh gemilang pada jam 8.30 malam dengan Majlis Solat Hajat Perdana di tapak himpunan memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah dan pidato Perdana sempena semarak Kebangkitan Anak Muda menuntut perubahan memburu keadilan dengan tema Masa Untuk Berubah : PAS Sedia ganti UMNO.tvs

Related Posts

Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS
4/ 5
Oleh