:
Home » » PRU 13 dijangka diadakan serentak

PRU 13 dijangka diadakan serentak

Selasa, 14 Disember 2010 | 0 comments


Pengumuman penangguhan pemilihan kedua-dua parti komponen terbesar Barisan Nasional, UMNO dan MCA telah mengundang ramalan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun depan. Seandainya begitu, maka percaturan strategi Perdana Menteri Najib Razak adalah untuk memecah-belahkan kekuatan Pakatan Rakyat di Sarawak, untuk mengelakkan keputusan pilihan raya Sarawak daripada mempengaruhi peratus kemenangan BN dalam PRU yang akan datang.

Secara jujur Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak Baru Bian  berkata, beliau tidak berharap PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Tetapi, "Saya juga tidak terperanjat seandainya BN mengadakan kedua-dua pilihan raya serentak," katanya Baru Bian.

Pada pendapat Baru Bian, Najib berhasrat untuk mengadakannya serentak, tetapi jelas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud tidak berniat sebegitu. Namun, Baru Bian menyimpulkan perkembangan terbaru bahawa kedua-dua pihak Najib dan Taib Mahmud kelihatan telah mencapai muafakat untuk mengadakan pilihan raya serentak.

Pada masa yang sama, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP Liew Chin Tong masih meragui kenyataan sama ada langkah PRU semakin menghampiri, atau sama ada ia akan diadakan serentak, tetapi beliau menekankan bahawa beliau "tidak menolak sebarang kemungkinan".

Liew Chin Tong berkata, berikutan pengumuman penangguhan pemilihan parti UMNO dan MCA, maka seandainya kekuatan PR terjejas dalam jangka ini, maka BN boleh "mengambil kesempatan" untuk mengadakan PRU.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Abdul Halim Abdul Rahman pula secara peribadi menjangkakan bahawa BN akan mengadakan PRU serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Beliau mengingatkan, penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tidak semestinya bermaksud PRU akan jatuh pada tahun 2011, "mungkin tahun 2012, malah tahun 2013."

Di samping itu, pemerhati politik Tang Ah Chai turut mengakui bahawa adanya "kemungkinan" di mana PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Meskipun kedua-dua PRK baru-baru ini tidak dapat mencerminkan sepenuhnya bahawa sokongan pengundi telah kembali kepada BN, namun Tang Ah Chai mengingatkan bahawa BN meraih undi sekali ganda lebih daripada keputusan PRU yang lalu.

Baru Bian mengakui bahawa PKR kini perlu bersiap sedia untuk kedua-dua PRU dan pilihan raya Sarawak. Tetapi dalam soal calon, secara berseloroh Baru Bian berkata, "Lebih mudah untuk memilih calon seandainya pilihan raya diadakan serentak, kerana lebih kerusi untuk diagihkan.".Berita penuh
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger