:
Home » » Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat

Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat

Sabtu, 4 Disember 2010 | 0 comments


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak boleh lagi berkompromi dan perlu mengajukan isu air ini ke peringkat tertinggi bagi memastikan rakyat negeri Selangor dan Kuala Lumpur terus dimangsakan Umno-Barisan Nasional(BN).

Demikian kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan ‘Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat’ bagi menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong Ahad ini sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat negara ini.

“Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS. Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu.” beliau berkata demikian ketika ditemuramah Selangorkini di sini hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara itu dijadualkan berlangsung esok dengan dijangka ribuan rakyat berpakaian merah berkumpul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.

Abdullah Sani turut menempelak arahan polis yang melahirkan kemungkinan protes itu bakal berdepan tindakan ganas persis peristiwa Demontrasi Bersih 2007 dan Anti ISA pada 2009 dan 2010.

Bagi beliau semua itu mainan politik parti pemerintah kerajaan pusat.

“Sejak bila perhimpunan dikatakan perhimpunan halal, selain dari Umno yang buat program itu. Dalam negara, undang-undang kita ni berat sebelah. Penguasaan kita sejak dari tahun 1957 itu, kalau dari BN, dihalalkan, selain dari BN diharamkan,” justeru beliau berjanji bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan terus teguh membela rakyat tanpa mengira risikonya.

“Dari dulu lagi itulah ugutan yang kita terima, itulah permainan polis kepada rakayt Malaysia. Tapi kita pinggirkan semua itu, kalau kita ikut agenda ketakutan, kita takkan maju. Itu untuk rakyat, teruskan untuk kita dimasuk lokap itu hak dia lah. Yang jelas kita tak akan undur kerana ini untuk rakyat. Persetankan ugutan ini,” tegasnya.sk
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger