:
Home » » Janji akan pindah:Ansari Abdullah

Janji akan pindah:Ansari Abdullah

Rabu, 3 November 2010 | 0 comments

IMG_3333Calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah berjanji akan berpindah ke kawasan ini sekiranya beliau diamanahkan oleh rakyat untuk mewakili mereka di Parlimen pada 4 November nanti.


Ansari berkata inilah komitmen yang beliau berikan kepada pengundi Batu Sapi bagi memastikan mereka akan mendapat perkhidmatan terbaik dari beliau serta menguatkan hubungan dengan pengundinya di kawasan parlimen ini.

"Saya berjanji kepada rakyat Batu Sapi saya akan berpindah ke sini supaya rakyat saya dapat bertemu dengan rakyat sekerap mungkin. Saya mahu berdamping dengan rakyat Batu Sapi bagi menyelesaian sebanyak mungkin masalah yang mereka hadapi dan menjadi suara mereka di Parlimen.

"Saya tinggal di Kota Kinabalu sekarang tetapi ini tidak menghalang ramai rakyat Sabah dari kawasan jauh datang berjumpa saya berhubung pelbagai masalah yang mereka ingin saya bantu. Jadi kalau saya berpindah ke Batu Sapi ini akan memudahkan lagi rakyat terutamanya rakyat miskin datang berjumpa saya," kata Ansari kepada Suara Keadilan.

Berhubung Debat Perdana anjuran Parti Keadilan Rakyat yang diadakan Ahad lalu, Ansari membidas sikap yang ditunjukkan oleh calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin serta calon Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglina Yomng Teck Lee yang mengelak diri untuk mendebatkan isu-isu berhubung masalah rakyat di Batu Sapi.

"Tindakan mereka sebenarnya menafikan hak rakyat Batu Sapi untuk mendapat maklumat apakah rancangan dan agenda mereka untuk membangungkan keadaan hidup mereka. Malah pada masa yang sama Teck Lee berada di Dewan Hakka untuk berdebat dengan Ketua Menteri.

"Oleh kerana beliau tidak datang di tempat kami adakan debat saya sendiri ke Dewan Hakka untuk menawarkan diri berdebat dengan beliau setelah Musa Aman tidak muncul. Itu pun Teck Lee tidak mahu berdebat dengan saya. Jadi sekarang jelas kepada rakyat Batu Sapi
kedua-dua calon tidak berminat untuk berjuang hak-hak rakyat tetapi hanya mahukan undi rakyat dan tidak pedulikan masalah mereka," tegas beliau lagi.sk
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger