:
Home » » Apa sahaja boleh belaku di dalam natang ni

Apa sahaja boleh belaku di dalam natang ni

Khamis, 4 November 2010 | 1comments


Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi.

BN yang diwakili Ab Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi sakaligus mengecewakan lawannya daripada PAS, Dr Zulkefli Mohamed yangmemperolehi sebanyak 4,134 undi.

Undi rosak sebanyak 132.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Galas,Wan Mustaffa Wan Abdul Hamid kira-kira pukul 8.55 malam Khamis di pusat penjumlahan undi di Dewan Pusat Sivik di sini.

Peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kecil kali ini ialah 83 peratus.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Che Sulaima, 46, dari PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Allahyarham Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) daripada BN dengan majoriti 646 undi.Galasterletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Paloh.

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina(2,317), India (185), bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).
Kongsikan :

1 ulasan:

  1. Salam tuan,

    mohon link blog saya di sini

    http://pemantau-thirdforces.blogspot.com/

    tkasih.

    BalasPadam

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger