:
Home » » Rakyat bayar RM26,000 sehari untuk kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak

Rakyat bayar RM26,000 sehari untuk kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak

Rabu, 27 Oktober 2010 | 0 comments


Persekutuan membelanjakan RM26,000 sehari atau RM9.4 juta setahun sebagai sewa dan penyenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Liew berkata Najib selaku Menteri Kewangan mengesahkan RM6juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran.

Selain itu kerajaan juga akan megumumkan RM65 juta diperuntukan untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini.

Perbelanjaan yang begitu besar untuk kediaman Najib dan Muhyiddin pasti mengundang kritikan pelbagai pihak ketika hutang kerajaan persekutuan melonjak ke paras paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar , kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau.-tvs
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger