:
Home » » 1.4 juta kenderaan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan

1.4 juta kenderaan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan

Sabtu, 4 September 2010 | 0 comments

Berapa banyak duit orang ramai akan mengalir keluar apa bila berhariraya nanti.
Berapa ramai pula akan tersenyum,memikirkan berapa juta nak masuk poket.

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1.4 juta kenderaan dianggar akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan setiap hari sepanjang tempoh balik kampung pada perayaan Aidilfitri minggu depan.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways Bhd, Nik Airina Nik Jaafar, berkata jumlah anggaran itu peningkatan 30 peratus berbanding penggunaan hari biasa.

Beliau berkata, masa puncak perjalanan balik kampung kali ini adalah pada 8 hingga 12 September dan 16 hingga 19 September.
"Bagi mengurangkan kesesakan trafik, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mengikuti Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) di mana pada tahun lalu lebih 50 peratus pengguna mengikuti TTA," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Nik Airina berkata, waktu perjalanan yang dicadangkan bagi mereka yang menghala ke Kedah, Perlis, Skudai dan Johor Baharu dari Lembah Klang adalah antara 7 pagi hingga 11 pagi dan antara 8 malam hingga 11 malam untuk perjalanan kembali ke Lembah Klang.

Katanya, bagi yang menuju ke Pulau Pinang, Taiping, Changkat Jering, Tangkak, Yong Peng dan Ayer Itam, mereka dinasihatkan melakukan perjalanan antara 11 pagi hingga 4 petang dan antara 12 tengah hari hingga 4 petang untuk perjalanan balik.

Beliau berkata, bagi perjalanan ke Kuala Kangsar, Ipoh, Simpang Ampat dan Ayer Keroh pula mereka dicadangkan meninggalkan Lembah Klang antara 4 petang hingga 8 malam dan antara 4 petang hingga 7 petang bagi perjalanan balik.
"Mereka yang menghala ke Tapah, Bidor, Slim River, Tanjung Malim, Seremban, Port Dickson dan Senawang, dicadangkan melakukan perjalanan antara 8 malam hingga 11 malam dan pada waktu yang sama untuk perjalanan pulang.

"Bagi destinasi lain, mereka dicadangkan melakukan perjalanan selepas 11 malam," katanya.

Nik Airina berkata, PLUS akan membuka 1,000 pondok tol semasa perjalanan balik kampung dan menutup semua lorong tambah nilai Touch 'n Go bagi mengelakkan kesesakan.

"Bagi menggantikannya, tujuh kaunter tambah nilai Touch 'n Go akan dibuka di tujuh lokasi sepanjang lebuh raya," katanya
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger