:
Home » » Felda akan mengambil tindakan terhadap firma guaman

Felda akan mengambil tindakan terhadap firma guaman

Sabtu, 28 Ogos 2010 | 0 comments

Setelah kalah di makamah felda akan mengambil tindakan terhadap firma guaman,
Jika warga felda yang kalah apakah mereka juga akan mengambil tindakan terhadap peguam mereka
Kalau ini berlaku,sesiapa yang kalah di makamah hendaklah mengambil tindakan terhadap peguam masing-masing.Inilah perangai sebenar mereka,tidak mahu terima hakikat sebenar..

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Felda akan mengambil tindakan terhadap firma guaman yang terbabit dengan kes tuntutan 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan.



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Felda kini sedang mengkaji dan meneliti apakah tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes itu.

"Ketidakhadiran peguam atas sebab teknikal tersebut amat dikesali dan telah mencemarkan nama baik Felda,” katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan rayuan Felda terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 13 Januari 2008.
Dengan keputusan itu, Felda akan menyerahkan wang penghakiman berjumlah RM11 juta (termasuk faedah) seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Ahmad berkata, kekhuatiran pihak Felda ialah kes ini telah disalah tafsir oleh pihak peneroka dan menyebabkan dua kes lain atas tuduhan yang sama tentang perahan minyak sawit telah difailkan oleh peneroka Felda Maokil, Pagoh dan Felda Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan.

"Ingin ditegaskan bahawa keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan oleh wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya di pihak Felda seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” katanya.
Beliau berkata, segala urusan adalah telus dan resit jual beli diberikan kepada setiap peneroka yang menjual sawit kepada Kilang Felda.

"Jika mereka tidak bersetuju terhadap kenyataan pada resit itu, perlulah segera menyatakannya pada kilang Felda dan bukan mengumpulkan tuduhan kononnya ada penyelewengan dalam satu jangka masa yang panjang,” katanya.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger