Sekumpulan BELIA yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam ilmu cyber dan berpotensi ke peringkat penggodam Malaysia telah hadir di satu program iaitu Malaysian Youth Cyber Conference atau lebih dikenali sebagai MCC yang telah di adakan di Hotel Heritage Ipoh, Perak pada 12 Mei 2012 yang lalu. Siapa disebalik program ini dan apa MATLAMAT sebenar mereka?
Didalangi oleh sebuah syarikat yang dipercayai KRONI dan mendapat dana dari kerajaan UMNO-BN. Nama syarikat ini adalah VYREC. Tujuan mereka mengumpulkan sebanyak mungkin hackers yang sanggup menjual maruah mereka demi kepentingan UMNO-BN. Pelbagai program telah dilaksanakan, ada yang terima tawaran, ada yang menolak tawaran.
ATUCARA MCC yang telah dijalankan tempoh hari adalah seperti berikut:
Aturcara Semasa MCC Adalah Seperti Berikut :-
18:30-19:00 : Pendaftaran
19:00-19:30 : Bacaan Yassin dan Persiapan Solat Maghrib
19:30-20:00 : Kata-Kata Aluan Pengarah Program
20:00-20:45 : Tayangan Video Cara-cara Penggodaman
& Makan Malam
20:45 -21:30 : Malaysian Cyber Youth Conference Forum
Panel 1 : Adnan Syukur ( Pakar Penasihat IT )
Panel 2 : Khaireel Azlee ( ITYM & VYREC )
21:30-21:45 : Soal Jawab
21:45-22:00 : Kata-Kata Akhir Panel ( Nasihat )
22:00-23:00 : Permainan Siber 23:00 (Sesi Fotografi dan Bersurai)
23:00-23:30 : Santai di persekitaran Ball Room
Sebenarnya ini semua perancangan rapi oleh pihak pihak tertentu untuk mendapatkan 'tentera cyber' yang bukan untuk berdebat atau kempen TETAPI adalah sebuah bala tentera yang akan ditugaskan untuk HACK mana mana Website Pakatan rakyat, Blog Pejuang2 Pakatan Rakyat, Facebook Pejuang2 pakatan Rakyat yang dianggap bahaya bagi pihak UMNO-BN. Tak semua yang hadir ni terima kerana ada antara mereka tak berminat langsung dengan POLITIK, dan ada juga antara mereka adalah cybertrooper dan blogger Pakatan Rakyat.
Difahamkan, ini bukan team yang dicipta untuk meroyan di fb mahupun blog, tak sama seperti UMB, Nadi Rakyat ataupun mana mana team cyber ciptaan UMNO-BN. Yang ini adalah 'penyerang senyap' yang ditugaskan untuk melumpuhkan terus jentera jentera maya milik Pakatan Rakyat. Tetapi ingin kami ingatkan pada mereka bahawa PAKATAN RAKYAT JUGA MEMPUNYAI BARISAN TENTERA SIBER YANG HEBAT tanpa menawarkan apa apa imbuhan dan mereka benar benar sukarelawan yang sanggup menggadai masa dan tenaga mereka untuk masa depan negara tanpa UMNO-BN.
Umno/Bn kumpul HACKERS untuk menyerang Pakatan Rakyat
4/
5
Oleh
Admin