Ahad, 6 Februari 2011

"My Balik Pulau" Risalah dikeluarkan UMNO

ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad yang meludah ke langit diseru menarik balik dan meminta maaf atas sifat perkauman anti-bukan Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang persalahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang berkaitan pengeluaran Risalah "My Balik Pulau" yang sebenarnya dikeluarkan oleh UMNO dan Kerajaan Persekutuan.

ADUN UMNO ini telah menggembar-gemburkan risalah "My Balik Pulau" dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk "lupa sejarah, hina Melayu".

ADUN UMNO telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang PR bertanggungjawab atas isi kandungan yang kononnya "lupa sejarah, hina Melayu" kerana mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" ini. Sebenarnya ADUN UMNO ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan. Sekiranya betul "My Balik Pulau" lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah UMNO dan Kerajaan Persekutuan sendiri.



Apa yang amat keterlaluan ialah ADUN Pulau Betong dan Utusan Malaysia telah membuat laporan berturut-turut mengecam kerajaan negeri PR yang mengeluarkan bahan lupa sejarah, hina Melayu bila UMNO dan kerajaan Persekutuanlah yang sepatutnya bertanggungjawab. Malah dalam bahan risalah "My Balik Pulau" pun ada dicetak nama penyumbang yang terdiri daripada Kementerian Pelancongan Kerajaan Persekutuan dan pemimpin UMNO Balik Pulau termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri. Akan tetapi semua jentera media massa UMNO dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri PR kerana terus pinggirkan orang Melayu.

Dalam keghairahan membuat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan. Sungguhpun yang "bersalah" adalah UMNO dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi terus dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang seolah- olah telah dijadikan tidak ubah seperti kambing hitam UMNO.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya UMNO yang jahat seribu jahat ini. ADUN UMNO Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri PR atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil.

Selain daripada mendedahkan muka rasis sebenarnya beliau kepada pengundi bukan Melayu di Balik Pulau bahawa beliau benci dan tidak perlukan undi bukan Melayu tindakan lain termasuk tindakan perundangan akan diambil. Kemungkinan juga perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang atas permainan perkauman ADUN Pulau Betong yang mahu melihat ketegangan kaum wujud dan harmoni baik di kalangan rakyat Pulau Pinang retak sama sekali. Politik rasis dan benci-membenci UMNO dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA.

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng dari merdekareview

Related Posts

"My Balik Pulau" Risalah dikeluarkan UMNO
4/ 5
Oleh