Jumaat, 17 Januari 2014

Isu kalimah Allah: Perkasa gesa sidang khas


Masih ada lagi yang tak faham-faham, siapa yang meluluskan...?

 Kerajaan digesa supaya memanggil sidang Dewan Rakyat khas bagi membincangkan isu kalimah Allah kerana pendekatan terlalu berdiplomasi bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah malah menyebabkan kesucian Islam terus dihina.

Pada masa yang sama, wakil rakyat pembangkang beragama Islam terutamanya dari Pas dicabar tampil menyokong gesaan tersebut jika benar perjuangan parti itu berteraskan Islam. Jika tidak, Pas akan dianggap islamik hanya pada kopiah sahaja.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Shamsuddin Moner berkata, kerajaan tidak perlu takut kehilangan sokongan politik kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda, mempertahankan kalimah Allah adalah jihad.

"Ini bukan lagi soal untung rugi politik sehingga kita perlu terikut dengan rentak beberapa pemimpin pembangkang yang berimej Islam tetapi berfahaman liberal. Soal kalimah Allah adalah perjuangan akidah yang terjunjung atas jemala semua umat Islam khususnya kerajaan.

"Sudah tiba masanya isu ini dibincangkan di Parlimen demi kesucian agama Islam. Kalimah Allah ini perlu dipertahankan dengan apa juga harga, malah agama kita menuntut sehingga ke titisan darah terakhir," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini.

Mengenai tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengeluarkan arahan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shamsuddin berkata, campur tangan itu perlu dihentikan segera kerana JAIS bertindak mengikut undang-undang.

"Jadilah pemimpin Melayu yang berani dalam mempertahankan kesucian Islam dan bukannya mudah mengalah kepada desakan pihak-pihak tertentu hanya kerana kepentingan undi kerana tiada harga mampu membayar sebuah akidah iaitu rahmat tertinggi Allah," katanya.

Related Posts

Isu kalimah Allah: Perkasa gesa sidang khas
4/ 5
Oleh