Sabtu, 20 April 2013

PRU13: Keputusan yang sudah di jangka

Mengejutkan, tetapi sudah dijangka.

Calon Umno, Che Johan Che Pa gagal mengemukakan kertas pencalonannya mewakili BN setelah tamat proses penamaan calon sebentar tadi.

Dia langsung tidak kelihatan ketika ratusan penyokong Umno sudah bersedia mengiringinya ke pusat penamaan calon di dewan Pejabat Tanah dan Daerah Pasir Mas.

Che Johan dipercayai sudah diarahkan oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno supaya tidak mengemukakan kertas pencalonannya bagi kerusi parlimen Pasir Mas.

Yang berjaya hanyalah calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mewakili Pakatan Rakyat sementara presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon Bebas.

Ini bermakna berlaku pertandingan satu lawan satu antara Nik Abduh dengan Ibrahim ketika spekulasi bertiup kencang mengatakan Che Johan tidak akan mengemukakan kertas pencalonannya.

Pastinya ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno yang berazam untuk merampas semula kerusi itu dari tangan Ibrahim yang menang atas tiket PAS pada pilihanraya umum lalu.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Umno calonnya gagal hadir dan menyerahkan kertas pencalonan biarpun calon Pakatan Rakyat tidak memperolehi status menang tanpa bertanding.

Penamaan beliau hanya wayang BN untuk mengelak tekanan dari rakan-rakan BN yang tidak boleh menerima Ibrahim Ali sebagai calon.

SMS berterbangan sebaik sahaja Che Johan dinamakan sebagai calon BN di Pasir Mas oleh BN mengatakan calon BN itu tidak akan bertanding atas masalah teknikal.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Zulkifli Noordin.

Related Posts

PRU13: Keputusan yang sudah di jangka
4/ 5
Oleh