Selasa, 30 April 2013

FAKTA DAN SEJARAH YANG HARUS ORANG MALAYSIA TAHU TENTANG PARTI PAS DARI AWAL PENUBUHANNYA...

PRU 13

 24 November 1951 - Muktamar Ulama Se Malaya Ketiga yang berlangsung di Bangunan Kelab Melayu Bagan di Bandar Butterworth, Seberang Perai, telah memutuskan secara rasmi untuk menubuhkan Persatuan Islam Se Malaya (PAS). Kira-kira 250 orang termasuk 20 orang pemerhati wanita dari berbagai pertubuhan hadir dalam majlis penubuhan itu. Yang Dipertua Agung PAS pertama ialah Haji Ahmad Fuad Hassan.

14 Jun 1955 - Persatuan Islam Se Malaya (PAS) didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai Pan Malaya Islamic Party (PMIP) sehari sebelum hari penamaan calon untuk pilihanraya persatuan yang pertama..

1959 - Pilihanraya Umum Pertama selepas merdeka..

1 Februari 1966 - Kerajaan Perikatan telah mengharamkan PAS menggunakan simbol Bulan Bintang dan bendera bertulis Allah-Muhammad..

.. Julai 1967 - Wakil Parlimen Pasir Mas Hulu, Abdul Samad Gul Ahmad Mianji dibunuh ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Sewaktu beliau sedang membuka pintu kereta, beliau diserang dengan kapak. Beliau dibawa ke Hospital Besar Kota Bharu dan di sanalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Penjenayah itu dikejar oleh orang ramai yang juga baru turun dari bangunan PAS tetapi dia terlepas lari dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang. .

25 Oktober 1969 - Yang Dipertua Agung PAS Dr. Burhanuddin Al-Helmi pulang ke rahmatullah di Taiping, Perak setelah sekian lama menderita akibat penyiksaan yang dikenakan ke atas beliau semasa dalam tahanan..

8 Mac 1970 - YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis dalam tahun 1968, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis .

Jun 1971 - Nama PAS sekali lagi bertukar daripada Persatuan Islam Se Tanah Melayu kepada Parti Islam Se Malaysia dengan huruf singkatannya (PAS) dikekalkan.

1 Januari 1973 - Yang Dipertua Agung PAS, Dato’ Mohd. Asri berjaya membawa PAS menyertai Kerajaan Campuran PAS-Perikatan di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Penyertaan ini akhirnya membawa PAS menyertai gabungan Barisan Nasional pada tahun 1974, yang memaksa parti pemerintah mengguna simbol ‘Dacing’ menggantikan ‘Kapal Layar’..

13 Disember 1977 - PAS memulakan kembali hidup ‘sendirian’, disingkirkan dari kerabat Barisan Nasional (BN). Alasan penyingkiran, PAS tidak mematuhi keputusan Dewan Tertinggi BN agar memecat anggota Parlimennya yang tidak mematuhi arahan Whip Barisan, ketika Rang Undang-udang meletakkan Kerajaan Kelantan di bawah ‘pentadbiran darurat’ dibentangkan di Parlimen. Whip Barisan mengarahkan supaya anggota Parlimen PAS menyokong usul tersebut..

18 Januari 1985 - Tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, Saudara Osman Talib syahid. Kejadian berlaku sehari sebelum hari pembuangan undi (19 Januari 1985)..

19 November 1985 - Tragedi hitam yang menyayat perasaan umat Islam telah berlaku di Memali, Baling, Kedah. Peristiwa Memali yang melibatkan ahli-ahli dan penyokong PAS pimpinan As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood@Ibrahim Libya. Seramai 14 orang kesemuanya ahli dan penyokong PAS termasuk Ustaz Ibrahim, syahid, 161 orang termasuk kanak-kanak ditahan. RM15,000.00 hingga RM20,000.00 wang yang dikumpul termasuk wang kebajikan PAS dirampas polis..

27 Oktober 1987 - Kerajaan Umno Barisan Nasional menangkap borong berpuluh-puluh pemimpin parti-parti pembangkang, anggota ‘Team B’ Umno, pemimpin pertubuhan sosial, ahli akademik dan lain-lain. Tangkapan ISA tersebut terkenal sebagai “Operasi Lalang 87”, antara yang ditahan peguam Haji Suhaimi Said, pimpinan PAS dari Pahang dan belasan pemimpin PAS lain antara 91 yang ditahan..

Beberapa laporan polis telah di buat atas kes ugutan bunuh terhadap TG Nik Abdul Aziz pada May 2, 2010, Antaranya oleh Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri, yang di ketuai oleh Us Nasarudin Hassan..

Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera..

PAS masih sabar


sumber

Related Posts

FAKTA DAN SEJARAH YANG HARUS ORANG MALAYSIA TAHU TENTANG PARTI PAS DARI AWAL PENUBUHANNYA...
4/ 5
Oleh