Home » » Persatuan ganja Malaysia

Persatuan ganja Malaysia

Written By kiff isme on Khamis, 10 Mei 2012 | Mei 10, 2012

Gerakan Edukasi Ganja Malaysia (GENGGAM)sudah bertapak di Malaysia,di mana pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindangkan undang-undang.

Tujuan penubuhan GENGGAM adalah untuk mendidik masyarakat tentang kebaikan Ganja,mengeluarkan Ganja dari golongan Narkotik dan meregulasikan penggunaan Ganja























Polis-polis malaysia,dok kejar peserta bersih,peserta GENGGAM ini bagai mana?

23 ulasan:

  1. Salah faham atau perlukan pencerahan mengenai ganja/kanabis/hemp ? Sila layari link ini: http://azizulhakim91.blogspot.com/2012/04/fakta-fakta-konspirasi-dan-manfaat.html#axzz1v6aaxDRW

    BalasPadam
  2. salam. istifar tuan. jgn terus menghukum, tanya & ambil tahu.


    regards.

    BalasPadam
  3. Danial Herb dan Eddie Vedder,

    ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum,jika di ambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia di bolehkan.

    Permasaalahan yang harus di pandang,walaupun tampa kebenaran,ganja boleh di dapati dengan mudahnya di malaysia ini.
    Untuk apa mereka mengambilnya,hanya untuk memabukan diri,
    Di dalam ugama islam,barang yg boleh membawa mudarat kepada di risendiri adalah haram.

    Ibn Al Baitar berpendapat bahawa penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya, bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan. Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dari segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah.

    Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata:-

    "Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan dihukum dengan had ke atas orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah (S.W.T.) dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu yang diharamkan oleh Allah (S.W.T.) dan Rasulnya (S.A.W.) daripada arak pada lafaz dan maknanya."

    Pengharaman dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya.

    Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:-

    Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram;

    Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan
    Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram
    Menggunakan dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan membunuh diri. Sedangkan Allah (S.W.T.) di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:-

    "Janganlah kamu membunuh diri kamu keranasesungguhnya Allah (S.W.T.)
    maha belas kasihan kepada kamu".

    FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud:-

    "Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".

    Menghisap dadah amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawa kepada kemurkaan Allah (S.W.T.). Sabda Nabi (s>a>w>) daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:-

    "Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya".

    Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983, setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:-

    "Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".

    Daripada dalil-dalil di atas, jelas kepada kita bahawa dadah lebih bahaya daripada arak. Hukum menggunakan dadah di dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada arak. Perbuatan menggunakan dadah membawa kepada kebinasaan diri. Perbuatan ini amat dimurkai oleh Allah (S.W.T.) dan dosanya amatlah besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello kawan, sesungguhnya benar apa yang dikatakan, tapi harus diingatkan bahawa, sesungguhnya ganja itu adalah sejenis tumbuhan, tumbuhan yang diciptakan ALLAH S.W.T , dan setiap ciptaan tuhan itu adalah yang paling baik, dan harus diingatkan bahawa pokok ganja itu sudah lama wujud sebelum tahun kelahiran rasulullah lagi, jadi sekiranya ia diketegorikan sebagai dadah, sudah pastinya rasulullah melarangnya. itu 1, yang ke-2, ( mabuk ) ok, mari bukak kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud ( tidak berkelakuan seperti manusia normal ) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal? jika kawan kata ya, sesungguhnya fakta kawan salah, jawapannya tidak, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang2 negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, si penghisap ganja hanya akan merasa 3 bende sahaja, saye ulang, 3 bende sahaja iaitu LAPAR, HAPPY DAN MENGANTUK .. Kalau masih nak tetapkan pendirian sahabat dengan mengatakan ganja itu dadah, bia saye quote kan apa sahabat kiff isme kat bawah ni kata '' Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya '' ok, si penghisap ganja tahu bahawa ganja tidak menyebabkan ketagihan, dan tidak memberikan sebarang kemudaratan, tak percaya? cuba tanya rawatan pemulihan dekat mana2 pusat serenti yang terdekat tentang cara rawatan penghisap ganja, kawan sendiri akan tahu, jadi masih layakkah ganja diketegotrikan sebagai dadah? kawan masih dengan pendirian kawan bahawa ganja membawa kemudaratan? cuba tengok gula dan garam, hari2 kita menggunakaan gula dan garam dalam masakkan kita right? kalau tak letak garam, sedap tak masakkan kita? tidak bukan, macam tulah ganja, ia digunakkan untuk masakan, seperti gula dan garam, chopp, apa kaitan ngan kemudaratan kawan tanya? haha, gula dan garam jika digunakkan hari2 akan memyebabkan kemudaratan pada diri, jadi haramlah kan, ialah sebab kawan cakap apa sahaja yang memyebabkan kemudaran adalah dadah, think about it ok, chopp, ulang balik, gula dan garam hari2 guna kalau tak guna ish memang tanak langsung la makan, betol tak? jadi secara automatiknya gula dan garam tu dah jadi satu ketagihaan, tapi kene ingaat, kita boleh kawal bukan? haa , macam tu la ganja, kita boleh kawal penggunaannya, bukan bergantung hidup padanya, kita boleh kawal seperti kita kawal penggunaan gula dan garam, jadi masih layakkah ganja itu diketegorikan sebagai dadah?

      NOTE UNTUK KAU : straight up fact tu dulu beb, sebelum berkata tentang sesuatu yang tidak diketahui, kalau ilmu didada tu masih bangang lagi jahil ( bodoh ) diam je, jangan berkata2, and jangan bermain dengan hadis atau ayat al-quran untuk sesuatu yang tidak pasti, rujuk ulamak, bukan ulamak yang dibayar kerajaan.

      Padam
  4. Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

    Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang

    Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokai, "ganja", heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

    Dadah juga menghancurkan rumah tangga, Keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

    ---Allahualam

    BalasPadam
  5. tp ganja yg termasuk dlm ketogori herba yg mujarab sebagai ubat serbaguna ,malah tidak mendatangkan ketagihan..malah mnjadi ubat untuk menghilangkan ketagihan dadah kimia jenis lain..tp kenapa masih mengangap ia dadah merbahaya?

    BalasPadam
  6. Kematian yg diakibatkan oleh rokok adalh berjuta setiap tahun..Kematian yg disebabkan penggunaan ubat tahan sakit (Painkiller) adalah dalam lingkungan 25000 orang di US sahaja...kematian akaibat tercekik kacang setiap tahun adalah dlm lingkungan seribu orang setiap tahun..Saudara tahu tak berapa orang mati di DUNIA akibat penggunaan Ganja? 0...yea..KOSONG..Setakat ini,tiada kematian yg didokumentasi yg berpunca daripada penggunaan Ganja...Malah ganja juga tidak mendatangkan ketagihan..kesan sampingannya cuma merasa lapar selepas penggunaan..

    Untuk Saudara Kiff Isme...anggapan ganja menghancurkan rumah tangga adalah salah sama sekali.. Masalah tersebut adalah bepunca daripada dadah sintetik yg menyebabkan ketagihan melampau..sekali lagi ingin saya ulangi,ganja tidak menyebabkan ketagihan..

    Malah rokok ada beribu kali ganda bahaya daripada ganja..

    BalasPadam
  7. And untuk pencerahan tuan..ini bukan Persatuan ganja malaysia..ini adalah Gerakan Edukasi Ganja Malaysia..

    BalasPadam
  8. Penubuhan GENGGAM bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kebaikan Ganja, mengeluarkan Ganja dari golongan narkotik dan meregulasikan penggunaan Ganja di Malaysia.

    BalasPadam
  9. Salam..gengam adalah satu gerakan bg mendidik masyarakat tentang penggunaan kanabis atau ganja dan mendidik tentang kebaikan serta manfaat yg terdapat di pohon ganja itu sendiri...didikan ini perlu kerana masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh yahudi. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik...

    BalasPadam
  10. Salam..gengam adalah satu gerakan bg mendidik masyarakat tentang penggunaan kanabis atau ganja dan mendidik tentang kebaikan serta manfaat yg terdapat di pohon ganja itu sendiri...didikan ini perlu kerana masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh yahudi. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik...

    BalasPadam
  11. Salam..gengam adalah satu gerakan bg mendidik masyarakat tentang penggunaan kanabis atau ganja dan mendidik tentang kebaikan serta manfaat yg terdapat di pohon ganja itu sendiri...didikan ini perlu kerana masyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh yahudi. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik...

    BalasPadam
  12. Salam saudara sekalian.. bg sy genggam ini amatlah bguna kpd msyarakat skrg.. selain blh membuka mata masyarakat ia juga boleh mengajar serta memberi pengatahuan yg lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. malah kegunaannya yg serba boleh telah terbukti bbrp tahun sblum ianya diharamkan dlm undang2.. mengikut bnyk sumber pengharamannya juga adalah berpunca dari sikap pihak2 tertentu yg mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri.. secara saitifik pla pakar2 kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dlm industri perubatan amatlah bekesan.. perlu ditekankan jua genggam memainkan perananya utk m'edukasi masyarakat atas kebaikan pokok ganja.. bukan utk mendorong masyarakat ke arah kegiatan negatif..

    BalasPadam
  13. Salam saudara sekalian.. bg sy genggam ini amatlah bguna kpd msyarakat skrg.. selain blh membuka mata masyarakat ia juga boleh mengajar serta memberi pengatahuan yg lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. malah kegunaannya yg serba boleh telah terbukti bbrp tahun sblum ianya diharamkan dlm undang2.. mengikut bnyk sumber pengharamannya juga adalah berpunca dari sikap pihak2 tertentu yg mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri.. secara saitifik pla pakar2 kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dlm industri perubatan amatlah bekesan.. perlu ditekankan jua genggam memainkan perananya utk m'edukasi masyarakat atas kebaikan pokok ganja.. bukan utk mendorong masyarakat ke arah kegiatan negatif..

    BalasPadam
  14. AsSalam..Maaf jika mengganggu...Buat anda semua yg beranggapan bahawa ganja itu boleh mengakibatkan terjadi jenayah berat, bunuh membunuh, hilang kewarasan & sbg nya, di sini saya ingin berkata: SILA BELAJAR & KAJI LEBIH MENDALAM TENTANG GANJA SEBELUM ANDA MEMBUAT TEORI ANDA SENDIRI....Saya tahu anda yg berfikiran pessimis & berpandangan sinis terhadap ganja, kebanyakkan nya org2 profesional, kakitangan awam, yg berpelajaran tinggi..Namun berpelajarankah anda jika tak tahu membezakan tumbuhan dgn dadah? Secara jujur saya katakan, saya sudah lebih 18 thn menjadi 'consumer' kpd kanabis..Saya sudah berkeluarga, 3 org anak yg comel2 belaka, kerja sudah lebih 10 thn di sebuah syarikat korporat di utara semenanjung...Alhamdulillah, hidup kami tidak menjadi kacau bilau meskipun saya menghisap ganja SETIAP HARI...Ada di kalangan rakan2 saya berumur 40an yg menghidap masalah jantung, buah pinggang, usus, bukan kesan dari ganja, tapi ALKOHOL. Harap komen saya ini dpt membuka hati anda semua utk terus mencari kebenaran ttg ganja. Wassalam...

    BalasPadam
  15. Ini adalah persoalan yg berat.bagi pengguna ganja sekalipun belum tentu bersedia utk mrnghalalkan penggunaan ganja sepenuhnya.dari sudut agama mereka seolah menganggap kesan ganja seperti heroin atau arak yg jelas perbezaannya.begitu juga dari sudut undang undang msia yg menghalalkan tembakau dan arak tetapi mengharamkan ganja.
    Jadi ada pro dan kontranya dan apa yg boleh saya usulkan ialah pegurangan dari segi hukuman undang2 bagi pengguna ganja dan pemansuhan hukuman mati bagi pengedarnya.
    Dari sudut agama janganlah menakrif ganja spt heroin atau syabu, cubalah rasa sebalut dua dulu dan buatlah kajian saintifik kebaikan dan keburukan.zaman sekarang kita ada teknologi tak sepatutnya mengikut pandangan ulama terdahulu tanpa sebarang bukti ilmiah yg diperlukan oleh zaman kini.

    BalasPadam
  16. Hisap macam orang bodoh memang ah merosakkan keluarga. Dah lepas hisap ganja fikir...bukan hisap utk gelak gelak dgr lagu. Hisap lepastu bincang. Orang batak stoner je hisap sampai buat kerja bodoh.

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. tiada ciptaan Allah yg sia-sia termasuk pohon GANJA.
    mari sama, kita rasa.
    baru boleh bercerita...

    kami pengguna bukan penjenayah

    BalasPadam
  19. http://www.e-fatwa.gov.my/blog/pengharaman-ganja-dalam-al-quran

    Kalau tujuan perubatan diharuskan. No way kalau first timer yg hisap ga ja tak akan stoned.... Khayal tidak semestinya bertindak ganas.....

    Jgn jd org yg jata dalil quran tak sebut. Habis tu ice dan mopium ada sebut? Baca link fatwa jakim tu dan fahamkan....

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum.
    Topik ni dah tua tapi aku masih nak komen. Actually bukan komen tapi nak tahu tarikh tepat Malaysia mengharamkan kanabis ni. Malaysia (wkt bawah British) dah sign perjanjian Geneva utk drug war pada 1925. Tapi pd 1920-an, Sabah adalah pengeluar hemp.dan pada sekitar 1960-an, Johor adalah pengeluar ganja bermutu tinggi utk terapi, perubatan, pakaian , industri dll. Tapi tarikhnya pengharamannya mengelirukan.

    Yang pasti, model undang² dadah Malaysia ambik amerika dan britain sebagai model dan rujukan (britain dan amerika sendiri dah buat pindaan undang² dadah berkaitan ganja selari dengan kajian dan pengetahuan) tapi Malaysia masih follow undang² negara asal perundangan tersebut walaupun negara asal undang² tu dah tak pakai pun undang² tu..

    Skian.

    BalasPadam
  21. Wsalam. again like i said. Utk tujuan perubatan tiada masalah. Kalau utk tujuan lain jdnya haram. simple. Bukan fatwa malaysia je. Kitab kitab ulamak dulu pun ada dibahaskan dan ada fatwanya.

    BalasPadam

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.