Home » » Penulis blog Hanief disiasat tiga jam

Penulis blog Hanief disiasat tiga jam

Written By kiff isme on Ahad, 20 Mac 2011 | Mac 20, 2011

Penulis blog Mohd Nur Hanief Abdul Jalil mendakwa beliau disiasat tiga jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ada yang sakit hati tentang kandungan blognya.

"Mereka (SKMM) kata ada orang yang laporkan saya sebab 'sakit hati'.



"Kalau orang ada sakit hati tentang gambar atau kandungan blog mereka kata boleh laporkan pada SKMM untuk disiasat," kata Hanief.

Dalam soal-siasat pagi jam 10 pagi tadi di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, Hanief hadir berseorangan kerana peguamnya N Surendran tidak dapat hadir.

Katanya, walaupun bapanya dibenarkan hadir sama tetapi beliau memilih menjalani sesi itu berseorangan.

SKMM meolak permohonan Surendran supaya siasatan itu ditunda ke masa lain supaya beliau dapat turut serta.

Hanief, 27, bagaimanapun berpendapat cara SKMM menangani kes itu seperti mahu menakut-nakutkan penulis blog.

Lihat blog  hanief.blogspot.com

sumber:http://www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.