Sabtu, 19 Mac 2011

DUN Sarawak Dibubarkan Isnin

KUCHING: Akhirnya berita yang dinanti-nantikan telah tiba. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pada petang Sabtu bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Kata Taib, beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.



Dengan pengumum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Taib berkata demikian dalam satu sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Antarabangsa Kuching di sini.

Pengumuman Taib itu menamatkan segala teka-teki mengenai tarikh pilihan raya negeri tersebut. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat tempohnya pada 23 Julai ini.

Najib dan Muhyiddin yang berada di sini sejak semalam di bawah program turun padang pemimpin telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini.

Dalam pada itu, Taib juga mengumumkan bahawa beliau akan turut bertanding pada pilihan raya negeri.

Dan katanya jika menang beliau akan terus memimpin kerajaan negeri tetapi akan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada kepimpinan baru pada separuh penggal baru nanti.

Related Posts

DUN Sarawak Dibubarkan Isnin
4/ 5
Oleh