Home » » Bina hospital dengan kos lebih murah

Bina hospital dengan kos lebih murah

Written By kiff isme on Sabtu, 6 November 2010 | November 06, 2010


Matlamat kerajaan Barisan Nasional mahu membina lebih banyak hospital kos rendah tidak akan berjaya jika pihak kerajaan tidak mengubah corak pentadbiran dan cara pelaksanaan projek itu.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata kepentingan memberikan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh dan lebih berkesan daripada memikirkan membina lebih banyak hospital tanpa iltizam memastikan projek berkenaan dapat disiapkan dan memanfaatkan rakyat.

"Sepatutnya ini menjadi satu amalan yang sepatut menjadi rutin sebab kita lihat bila nak bina hospital, ia mesti berfungsi dan boleh beri khidmat dan kita bukan nak adakan hospital bercorak hotel 5 bintang, itu tak perlu," kata beliau kepada TV Selangor petang tadi.

Menurutnya lagi, kebanyakan projek-projek kerajaan pusat yang dicadang dengan harga kos yang telah ditetapkan samada melepasi jadual jangka waktu yang sepatutnya disiapkan ataupun kos pembinaannya melambung dari kos harga asal disebabkan pelaksanaan yang tidak telus ataupun pemantauan yang tidak efisyen dan cekap.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan kerajaan bercadang membina lebih banyak hospital dengan kos lebih murah daripada membina hospital mewah supaya hospital-hospital berkenaan mampu memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

Liow juga berkata, satu pertandingan kepada kontraktor untuk mereka plan pembinaan hospital lebih murah kos pembinaannya kakan dianjurkan untuk mencapai hasrat tersebut.

Bagaimanapun Boon Chye, melahirkan keraguannnya dengan rancangan pembinaan hospital dengan kos yang lebih murah dan bimbang apabila kebanyakan projek hospital kerajaan menjadi bukti betapa kos boleh melambung dengan tidak munasabah disamping kegagalan kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek berkenaan mengikut jangkawaktu yang ditetapkan.

Sehubungan itu beliau menegur Kementerian Kesihatan supaya lebih tegas dalam hal pembinaan projek hospital yang dirancangan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Beliau mengulas dan memberi contoh mengenai Institut Kanser Negara yang sepatutnya siap hujung tahun ini tetapi dilanjutkan kepada tiga tahun lagi.

"Kos ini tak munasabah, saya tahu bila IJN dibina kos pembinaan RM 150 juta ringgit masa tu dengan tapak yang besar walaupun tahu itu 20 tahun dulu tapi kalau kira inflation pun kalau nak buat IJN lagi sekali dalam 300 juta ringgit tapi tengok Kanser Institut itu, Ribuan juta ringgit jadi perlu lihat kontrak siapa yang buat kerja apa," ulas beliau.

Lebih parah lagi, katanya pembinaan hospital Swasta dilihat lebih murah berbanding pembinaan pusat perubatan oleh projek kerajaan pusat kerana sektor swasta mengkhususkan pelaksaanaan yang lebih telus.

"Misalannya kita lihat Subang Jaya Medical Centre (SJMC) yang kini di bawah penngurusan Sime Darby Medical Centre.. kalau tak silap saya bila dibina dan dijual kepada Sime Darby anggaran kos adalah dalam lingkungan 200-500 juta ringgit tapi kita ada hospital Shah Alam yang masih belum siap dan sudah menalan belanja kos pembinaan sehingga 400 juta ringgit," kata Boon Chye.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut berkongsi sentimen dengan Boon Chye dan membidas cara pemberian kontrak kerajaan yang tidak telus dan tidak memberikan pembidaan terbaik dari kontraktor sendiri

"Kontraktor yang dipilih itu adalah konraktor yang dikenali mereka dan boleh berpakat untuk berikan satu jumlah yang tidak semestinya termurah, saya rasa kalau berdasar apa yang sedang dilakukan adalah sukar dipercayai mereka akan buat dengan cara yang termurah dan untuk mendapatkan yang terbaik," kata beliau yang juga ahli Lajnah Politik Pas Pusat.

Beliau yang merasai penderitaan penduduk Shah Alam berikutan skandal pembinaan hospital itu juga mengulas mengenai keutamaan pihak Kerajaan Umno Barisan Nasional yang hanya mahu keuntungan dan bukannya kebajikan serta hak rakyat.

"Kerajaan ni tak berikan keutamaan kepada kemudahan seperti itu kerana ianya tak mendatangkan hasil dan inilah yang masalah bagi kita bila kerajaan fikir hasil lebih diutamakan dari perkhidmatan yang menjadi hak. Lalu disitulah difikirkan perbelanjaan untuk perkara lain tapi dari segi kemudahan asas bagi rakyat itu tidak dipenuhi sepenuhnya," kata beliau.tvs

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.