Selasa, 28 September 2010

Elak pembaziran PAS ajak Umno berkompromi


Pas Pusat menyarankan Umno/BN memberi kerusi DUN galas adalah untuk menyelamatkan duit rakyat dari pada di bazirkan menjelang kempen pilihanraya kecil nanti kerana Umno pasti kalah kalau bertanding pun.

KOTA BHARU 28 Sept. – Pas Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti Pas pada pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.


Timbalan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya, adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada Pas memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, hari ini.

Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Chek Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN, Mohd. Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi

Related Posts

Elak pembaziran PAS ajak Umno berkompromi
4/ 5
Oleh