Selasa, 28 Julai 2015

Akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan

Akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan

PUTRAJAYA - Dalam perkembangan mengejutkan dan menjadi tanda tanya sejak semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memutuskan barisan Kabinet baharunya dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Isnin, 27 Julai 2015

Jerat TPPA buat Malaysia tiada kuasa.


TPPA
Ulangan: BANYAK yang telah di­per­­katakan tentang Per­janjian Pelaburan Trans Pa­sifik (TPPA) yang se­dang giat dicanang Ameri­ka Syarikat untuk ditandatangani menjelang akhir tahun ini. Pelbagai pihak khususnya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), ga­bungan NGO – Bantah TPPA serta pertubuhan-pertubuhan Islam Bu­kan Kerajaan (NGI) - telah membuat pendirian jelas mengenai arah tu­ju yang sepatutnya ditempuh Ma­laysia. Gesaan mereka jelas – iaitu jangan menandatangani perjanjian tersebut oleh kerana pelbagai ke­san yang tidak memihak kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Selain hakikat bahawa siri perundingan TPPA dijalankan dengan penuh kerahsiaan, penulis berpandangan bahawa mekanisme Penyelesaian Pertelingkahan Pelabur-Negara (Investor-State Dispute Settlement - ISDS) merupakan isu paling dikhuatiri dan menjadi sebab mengapa Malaysia tidak sepatutnya menyertai perjanjian ini

Meka­nisme ini membuka ruang seluas-luasnya bagi para pelabur asing atau syarikat multinasional mengheret sebuah negara yang berdaulat ke sebuah mahkamah timbangtara antarabangsa (international court of arbitration) lantas mengetepikan peranan sistem kehakiman domestik. Mekanisme ISDS boleh menyebabkan sesebuah negara berdaulat dituntut untuk membayar pampasan atas kehilangan pendapatan masa depan (lost of future earnings) akibat perubahan polisi awam yang dilakukan negara tersebut. Kerajaan perlu sedar bahawa kekhuatiran sebegini mempunyai asas kukuh, khususnya setelah amaran demi amaran dikeluarkan oleh beberapa pakar ekonomi dunia, termasuk yang mutakhir oleh pemenang anugerah Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi (2001), Profesor Joseph Stiglitz yang menyatakan pada Mei lalu bahawa

“Terdapat pelbagai kekeliruan mengenai ISDS, tetapi secara terang dan mudah: ISDS ialah cara merangka semula bagaimana ekonomi harus dikendalikan, dengan memberi lebih kuasa kepada syarikat-syarikat besar dengan mengorbankan nasib pekerja dan orang awam di sini (Amerika Syarikat) dan juga di negara lain.” Pada hakikatnya, ISDS direka untuk “mengukuhkan kedudukan syarikat-syarikat besar (corporation) dengan mengorbankan kepentingan awam.” Ini adalah asas kebimbangan yang paling nyata.

Selain itu, sikap AS terhadap penilaian kedudukan hak asasi manusia Malaysia juga membuktikan manipulasi yang boleh berlaku sekiranya kerajaan membiarkan Malaysia tunduk menyertai TPPA. Sumber media barat, Reuters melaporkan pada 8 Julai lalu bahawa pentadbir­an Presiden Barack Obama akan mengeluarkan Malaysia dari senarai rasmi pesalah pemerdagangan manusia yang paling teruk di dunia.

Di AS, tindakan ini telah dikritik kumpulan pejuang hak asasi manusia kerana menurut mereka akan merosakkan kredibiliti AS. Namun yang lebih dikhuatiri penulis ialah sikap manipulasi dan kepura-puraan AS mengenai penilai­an mereka tentang rekod hak asasi manusia sesebuah negara demi memperoleh peluang mencapai keuntungan perdagangan yang berat sebelah.

Apakah muslihat Presiden Obama di sebalik tindakan tersebut? Manipulasi itu akan membolehkan pentadbirannya meneruskan run­dingan perjanjian perdagangan kontroversi dengan Malaysia dan 10 negara Pasifik lain. Undang-undang yang dikarang oleh Senator Robert Menendez (DN.J.) dikatakan berkesan melarang AS daripada menggubal perjanjian perdagangan de­ngan negara-negara yang dianggap “Tahap 3” melanggar piawaian perdagangan manusia - yang tercorot dalam perhitungan rasmi Jabatan Negara AS berkenaan isu ‘perhambaan moden’.

Secara tidak adil Malaysia telah dituduh dan disenaraikan di dalam kedudukan sebegitu, di samping Iran dan Korea Utara, dan dikatakan terlibat bertahun-tahun di dalam jenayah penyeludupan manusia, termasuk perhambaan seks yang berleluasa dan kewujudan buruh paksa dalam sektor pertanian dan industri tekstil.

Tanggapan tersebut, yang diperoleh daripada laporan tahun 2014 Jabatan Negara AS turut menu­duh industri elektronik Malaysia dipenuhi buruh paksa.

Selanjutnya Reuters melaporkan bahawa Malaysia bakal dinaik taraf kepada “Tahap 2”, yang boleh mengetepikan larangan yang dikenakan oleh undang-undang Menendez itu. Dalam satu kenya­taan kepada media, Menendez berkata gerakan itu akan menjejaskan kesahihan antarabangsa usaha hak asasi manusia AS.

Pada hakikatnya, tuduhan berat sebelah AS terhadap Malaysia, dan kemudiannya manipulasi mereka untuk mengetepikan larangan tersebut demi meneruskan rundingan TPPA jelas menzahirkan sikap mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab terhadap negara-negara lain.

Gambaran yang dilaporkan di dalam penilaian tahunan senarai rasmi pesalah pemerdagangan manusia sering dibuat berdasarkan fakta-fakta yang tidak tepat, berat sebe­lah serta diwujudkan semata-mata untuk menakut-nakutkan negara-negara lain.

Sekiranya mereka jujur mahu meningkatkan hubungan perda­ga­ng­an dengan negara seperti Malaysia, maka pada hakikatnya, laporan Jabatan Negara AS tersebut perlu mengambil kira secara tepat inisiatif domestik Malaysia di dalam menangani isu jenayah pemerdagangan manusia, dan bukan kerana hendak berunding mendapatkan hak perjanjian perdagangan

Penyeludupan manusia telah lama diharamkan di Malaysia. Sementara keadaan sedia wujud di Malaysia masih mempunyai ruang untuk diperbaiki, masalah jenayah pemerdagangan manusia ini perlu usaha kolektif dan berterusan kerana sebahagian besarnya melibatkan kerjasama serta upaya politik negara-negara ASEAN

Pada hemat penulis, perkembangan ini sangat tidak sihat dan jangan kita terlalu naif untuk meneruskan hasrat menandatangani TPPA. Bukan sahaja tindakan menilai rekod hak asasi manusia Malaysia sering dilakukan secara berat sebelah, malah seringkali negara-negara barat tidak menghormati kedaulatan Perlembagaan Persekutuan apabila secara terang-terang menyerang kita dengan pelbagai isu

Tindakan-tindakan tersebut termasuk mempersoalkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan (fasal 3(1) dan fasal 11(4)) khususnya di dalam isu tuntut­an penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian, hak kebebasan beragama, hak-hak LGBT, keabsahan sistem pentadbiran undang-undang dan Mahkamah Syariah serta tuduhan-tuduhan liar terhadap penguatkuasaan prinsip nahi mungkar yang diiktiraf melalui peruntukan-peruntukan di dalam enakmen-enakmen jenayah syariah di negeri-negeri

Jika perkara-perkara asas di dalam Perlembagaan Persekutuan dipersoalkan, maka tidak mustahil AS akan menuntut peruntukan-peruntukan lain di dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai hak istimewa Bumiputera dan keduduk­an tanah rezab Melayu diketepikan melalui medium seperti TPPA

Sekiranya kerajaan AS tidak boleh menghormati perkara-perkara asas Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedaulatan negara, dan terus-menerus tidak jujur apabila menyentuh rekod hak asasi manusia negara kita, maka adakah patut kita menyertai TPPA yang terang-terangan akan menjejaskan kedaulatan dan kebebasan sistem kehakiman negara kita?

Implikasi ISDS yang jelas boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat perlu menjadi sebab utama kerajaan menolak menyertai perjanjian tersebut. Jika negara seperti Australia boleh melakukannya, mengapa Malaysia tidak boleh membuat keputusan yang tegas dan berani terhadap perkara yang sama?

Penulis percaya bahawa perdagangan di antara kedua-dua negara akan tetap berjalan baik meskipun tanpa TPPA yang jelas diselubungi kerahsiaan dan berat sebelah untuk dijadikan suatu perjanjian perdagangan yang bermanfaat kepada pihak-pihak yang menyertainya. Penulis juga percaya bahawa kerajaan akan lebih berwaspada dan tidak terpesona dengan tindakan mereka menaikkan taraf Malaysia di dalam isu pemerdagangan manusia ini

Pada hakikatnya, muslihat seumpama ini perlu dinyahkan de­ngan ketegasan kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan tidak terpedaya untuk menandatangani TPPA

PENULIS ialah seorang peguam dan ketua eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA). sumber:Utusan.

Rabu, 8 Julai 2015

Perdana Menteri letak jawatan


BEIRUT: Selepas tidak sampai dua tahun mentadbir Lubnan, Perdana Menterinya Najib Mikati akhirnya mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Pengumuman peletakan jawatan beliau diumumkan sendiri Mikati dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen tempatan

Dua faktor menyumbang kepada keputusan Mikati iaitu perdebatan mengenai undang-undang pilihan raya baru yang tidak selesai dan keengganan kabinet memanjangkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara

Selepas berbahas untuk tempoh yang lama parlimen gagal untuk mencapai persetujuan berhubung satu undang-undang pilihan raya yang dijadual diadakan tahun depan

Kabinet yang didominasi Hezbollah juga enggan melanjutkan tempoh khidmat Mejar Jeneral Ashraf Rifi yang dianggap sebagai musuh

Presiden Michel Suleiman perlu menerima peletakan jawatan Mikati itu

Mikati meletakkan jawatan ketika Lubnan tegang disebabkan siri keganasan.


Komen: Di Malaysia bila lagi agaknya.