Selasa, 21 Januari 2014

Penganut Kristian percaya hukum Tuhan



LONDON 20 Jan. - Parti Bebas United Kingdom (UKIP) menggantung tugas seorang anggota majlis perbandaran tempatan kerana menyalahkan tindakan kerajaan meluluskan perkahwinan sejenis sebagai punca banjir di Britain, baru-baru ini.

David Silvester adalah seorang penganut Kristian yang berpaling tadah daripada Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri David Cameron kerana membantah langkah kerajaan membenarkan perkahwinan sejenis pada tahun lalu.

Silvester yang merupakan anggota Majlis Perbandaran Henley-on-Thames berkata, Britain dilanda ribut dan banjir baru-baru ini disebabkan pelaksanaan undang-undang itu dimurkai Tuhan.

Ini semua salah Cameron. Beliau bertanggungjawab ke atas kejadian ribut dan banjir di seluruh negara," katanya melalui sepucuk surat yang disiarkan oleh akhbar tempatan.

UKIP pada mulanya menyokong kenyataan Silvester yang disuarakan sebagai pandangan peribadi, namun parti antipendatang itu terpaksa menggantung tugas beliau untuk menjaga nama baik.

Pengerusi UKIP di tenggara England, Roger Bird berkata, pihaknya tidak boleh membiarkan mana-mana individu menggunakan nama parti untuk menyuarakan pandangan mereka yang bertentangan dengan pucuk pimpinan.....

Silvester mengingkari arahan parti agar tidak lagi mengadakan sesi wawancara apabila memberitahu Radio BBC tentang gejala homoseksual merupakan penyakit yang boleh dirawati," katanya. -AFT

Sabtu, 18 Januari 2014

Himpunan menentang penghinaan


Daulat Raja Mu Dihina.

Cerita lawak betul lah...



Fikir sendiri neh... 'tak akan hilang melayu didunia'... ni ayat org yg xde pendidikan agame... cer tnye die klu dah tiup sangkakala yg pertame, ape akan jd kat dunie nie??..copy paste

Kolej Felda bakal ditutup, Melayu di utamakan


Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia Felda bercadang untuk menutup Kolej Yayasan Felda sebagai sebahagian daripada pemotongan bajet tahun ini yang memberi tamparan hebat dan menjejaskan peluang lebih kurang 1,000 anak-anak peneroka untuk mendaftarkan diri di institusi pengajian tinggi.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Ketua Pengarah Felda Datuk Faizoull Ahmad telah memutuskan untuk mengurangkan pembiayaan kepada RM5 juta tahun ini untuk mengendalikan semua empat kolej, walaupun kos tahunan operasi secara kasarnya adalah RM16 juta.

Sumber berkata, rentetan pemotongan bajet itu, kolej yang terletak di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak ), Mempaga (Pahang ) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) berkemungkinan besar berhadapan dengan penutupan apabila pihak pengurusan membuat keputusan kelak.

Menurut sumber itu, keputusan muktamad terhadap bajet bagi kolej berkenaan akan ditentukan  pada mesyuarat lembaga Felda minggu hadapan tetapi menambah bahawa kemungkinan besar Faizoull akan melaksanakan keputusannya untuk menutup kolej.

Percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Faizoull telah ditolak walaupun beliau sebelum ini bersetuju untuk ditemui.

Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah sebuah agensi kerajaan yang mempunyai 113,000 peneroka yang bekerja di ladang getah dan kelapa sawit di negara ini. Syarikat komersil Felda Holdings Bhd berjaya melancarkan IPO kedua terbesar di dunia pada tahun 2012 bagi unit Felda Global Ventures Bhd.

Felda Global Ventures kini merupakan syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia berdasarkan keluasan tanaman. Di Malaysia sahaja, ia mengawal lebih 850,000 hektar tanah , termasuk kira-kira 500,000 hektar yang dipajak dan diurus oleh peneroka Felda.

Kolej-kolej Felda adalah sesuatu yang diperlukan oleh peneroka kerana ia merupakan peluang untuk mendapatkan kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan yang hampir dijamin oleh syarikat perladangan gergasi kerana biasanya akan menyerap graduan daripada kolej berkenaan menjadi kakitangan tetap.

Pada masa ini, pelajar hanya perlu membayar RM250 sahaja, sementara bayaran asrama, makanan dan yuran sekolah diberi subsidi oleh Felda.

Kolej-kolej Felda ini menyediakan latihan vokasional dalam bidang yang berbeza sehingga tempoh enam bulan sebelum mengambil kebanyakan graduannya menjadi bekerja di bawah anak syarikatnya.

Bulan lalu, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad mengumumkan bahawa ia akan memperuntukkan RM17 juta kepada Yayasan Felda, badan yang menguruskan kolej bagi skim latihan dan program untuk anak-anak peneroka.

Sumber berkata, keputusan Faizoull untuk mengurangkan pembiayaan berpunca daripada sebab-sebab peribadi dan bahawa beliau pernah mencabar persetujuan lembaga Felda.

Tanpa gentar membuat keputusan mengurangkan dana daripada pelbagai projek insiatif Felda, Faizoull telah menamatkan beberapa program sejak beliau mengambil alih pada tahun 2012.

Sebagai salah satu daripada kisah kejayaan pertanian negara, Felda komited membantu peneroka meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan dan latihan.

Perbadanan ini adalah legasi perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dibangunkan sebagai sebuah agensi kerajaan pada tahun 1956 , tujuannya adalah untuk membantu peneroka miskin luar bandar ke kawasan tanaman baru yang semakin meningkat.

Selama bertahun-tahun, Felda berkembang menjadi konglomerat dalam bidang pertanian, hospitaliti, pengangkutan, pengilangan dan lain-lain .

Sebagai balasan, para peneroka memberi ketaatan kepada Barisan Nasional (BN) yang menerima pelbagai manfaat yang ditawarkan Felda dalam bentuk dividen, pendidikan dan bantuan perubatan, bantuan perumahan dan lain-lain bantuan.

Bagaimanapun, kurang enam bulan lalu, 113,000 peneroka Felda dinasihatkan dan kemudian bersetuju untuk menjual kepentingan mereka dalam Felda Holdings, pembekal minyak sawit mentah terbesar di dunia kepada Felda Global Ventures – satu langkah merugikan peneroka sebagaimana dikatakan oleh para pengkritik.

Dengan penutupan kolej, Faizoull dikatakan menjejaskan usaha Isa dalam memperkukuhkan kredibiliti institusi.

Sumber mengkredit Isa yang membina reputasi kolej Felda dengan mengadakan perjanjian bersama City & Guilds London pada tahun 2012 untuk menyediakan kursus-kursus pembelajaran Bahasa Inggeris.

Pada bulan November 2013, pengerusi mempertahankan kemasukan Felda ke dalam perniagaan hospitaliti dengan menggunakan program kolej masakan sebagai contoh.

"Felda memiliki lapan hotel di Malaysia. Selain itu, Felda juga mempunyai kolej untuk generasi kedua peneroka Felda untuk melatih mereka berkenaan perniagaan katering," Isa telah memberitahu The Star.

Namun, dengan ketidaksediaan Faizoull membenarkan Felda menambah RM10 juta untuk meneruskan operasi kolej, sumber berkata bahawa pihak yang akan rugi adalah anak-anak peneroka. -

Jumaat, 17 Januari 2014

Isu kalimah Allah: Perkasa  gesa sidang khas

Isu kalimah Allah: Perkasa gesa sidang khas


Masih ada lagi yang tak faham-faham, siapa yang meluluskan...?

 Kerajaan digesa supaya memanggil sidang Dewan Rakyat khas bagi membincangkan isu kalimah Allah kerana pendekatan terlalu berdiplomasi bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah malah menyebabkan kesucian Islam terus dihina.

Pada masa yang sama, wakil rakyat pembangkang beragama Islam terutamanya dari Pas dicabar tampil menyokong gesaan tersebut jika benar perjuangan parti itu berteraskan Islam. Jika tidak, Pas akan dianggap islamik hanya pada kopiah sahaja.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Shamsuddin Moner berkata, kerajaan tidak perlu takut kehilangan sokongan politik kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda, mempertahankan kalimah Allah adalah jihad.

"Ini bukan lagi soal untung rugi politik sehingga kita perlu terikut dengan rentak beberapa pemimpin pembangkang yang berimej Islam tetapi berfahaman liberal. Soal kalimah Allah adalah perjuangan akidah yang terjunjung atas jemala semua umat Islam khususnya kerajaan.

"Sudah tiba masanya isu ini dibincangkan di Parlimen demi kesucian agama Islam. Kalimah Allah ini perlu dipertahankan dengan apa juga harga, malah agama kita menuntut sehingga ke titisan darah terakhir," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini.

Mengenai tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengeluarkan arahan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shamsuddin berkata, campur tangan itu perlu dihentikan segera kerana JAIS bertindak mengikut undang-undang.

"Jadilah pemimpin Melayu yang berani dalam mempertahankan kesucian Islam dan bukannya mudah mengalah kepada desakan pihak-pihak tertentu hanya kerana kepentingan undi kerana tiada harga mampu membayar sebuah akidah iaitu rahmat tertinggi Allah," katanya.