Khamis, 16 Mei 2013

Pengerusi Persatuan Sekolah Mubaligh Kristian jadi Timbalan Menteri Pelajaran



Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai bukti bahawa perjuangan akidah dan bangsa bukanlah merupakan agenda utama UMNO dan Barisan Nasional

Ini terbukti apabila berisan kabinet tersebut tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.

Dari sudut akidah sebagai contoh, Datuk Seri Najib jelas mengambil risiko dengan melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan. Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

DPPNK ingin mempersoalkan apakah agenda Datuk Seri Najib membawa masuk individu sebegini di dalam Kementeria Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat? Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?

Demikian juga tindakan Datuk Seri Najib membawa masuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengenepikan suara-suara badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bangsa Melayu turut dianggap sebagai umpan untuk menarik kembali undi bukan Melayu kepada Barisan Nasional.

Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali mengetahui sikap badan-badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan JATI yang jelas hanya dibakulsampahkan dalam pembentukan kabinet ini.

Selain itu, kegagalan Datuk Seri Najib untuk membawa masuk lebih ramai tokoh agama ke dalam kabinet membayangkan slogan UMNO selama ini sebagai pejuang agama Islam hanyalah retorik semata-mata.

Jika sebelum ini sekurang-kurangnya kabinet Malaysia mempunyai Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Masyitah Ibrahim, kini hanya tinggal satu nama iaitu Jamil sebagai tokoh yang berlatarbelakangkan agama dalam kabinet baharu ini.

Di mana suara para ulama yang sebelum ini kuat membela UMNO/Barisan Nasional dalam isu kalimah Allah dan sebagainya? Adakah sudah menjadi kukur kelapa yang digunakan ketika kenduri dan disandar di hujung dapur apabila musim kenduri sudah habis?

Bagaimanapun konteks Kelantan, DPPNK mengharapkan agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilantik untuk penggal seterusnya dapat memainkan peranan yang lebih aktif membantu membawa pembangunan ke Kelantan. Ini ditambah pula dengan kejayaan besar beliau memenangi DUN Ayer Lanas dengan majoriti 47 undi membolehkan beliau untuk menajdi jambatan penghubung di antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Pusat.

Apapun, bagi pihak DPPNK, tiada yang mengejutkan dalam kabinet baharu Datuk Seri Najib ini, transformasi yang dilaungkan hanyalah transformasi label dan pembungkus sahaja sedangkan isi dalamannya masih sama bahkan lebih tidak mustahil lebih teruk daripada yang sebelumnya.


MENJELANG pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."

Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.

Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.

Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.

Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya. Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.

Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat.

Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.

Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh kah orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia? Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.

Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.

Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".

Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.

Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta. Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.

Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman.

Kita terkedu apabila mereka meluluskan pembinaan gereja terbesar Asia Tenggara di Bukit Jalil yang telah pun siap dan dibuka pada 1 April 2013. Kini kita disajikan dengan berita Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dipilih menganggotai kabinet Najib.

Isnin, 6 Mei 2013

PRU13:Terimalah ketentuannya

PRU13:Terimalah ketentuannya

Ingat pesan Tuan Guru Dr Harun Din -

 "Kalau Allah nak bagi kita menang, Dia boleh memberinya dgn sekelip mata. Tapi saja Allah tangguhkàn nak uji istiqamah kita, kesabaran kita.."

Ayuhlah sahabat seperjuanganku..!! Kita pujuk balik hati kita yg tengah remuk dan kecewa dgn hakikat ini.. Ini adalah pengaturan Yang Maha Esa, bukan pengaturan manusia..

Kita tidak kalah, cuma kita belum menang! Jika kita menganggap ini satu kekalahan, jgn jadikan ia peluntur semangat utk putus asa dlm istiqamah mujahadah kita.. Tapi anggaplah kekalahan ini sebagai permulaan utk kemenangan kita..

Insya Allah.. Bersangka baiklah pada Allah.. Dia sedang mengatur sesuatu yg terlebih baik utk kita di depan sana.. Jgn luntur, jgn mundur.. Teruslah beristiqamah!

Allah Memantau, Memerhati, Menguji sebelum Memberi.. Jgn takut, jgn sedih, Allah Bersama kita !

Hasbunallah wa ni'mal wakiil...


Dalil Al Hadis Dari Nukman bin Basyir, katanya…

‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’ Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan. Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda. “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu sepertiyg Dia kehendaki.” Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian Rasulullah SAW pun diam…. ~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalamkitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.]

Khamis, 2 Mei 2013

PRU13:Umno Tidak Pernah Buka Al-Quran


HULU LANGAT 2 MEI: Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa Umno-BN tidak pernah membuka Al-Quran semasa menguruskan parti sepanjang beliau menjadi ahli dan pemimpin parti berkenaan

 Meskipun Umno-BN bertanggungjawab di dalam pembangunan serta pembinaan institusi masjid dan sekolah agama namun mereka tidak pernah melaksanakan tuntutan seperti yang diajar di dalam Al-Quran.

Lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib, tindakan ini berbeza dengan perjuangan PAS yang menggunakan sepenuhnya kreadibiliti ulama dan Ilmuan agama dalam memacu pentadbiran parti malah menjadikan Al-Quran sebagai panduan perjuangannya.

“Saya tengok masa saya dalam parti (Umno-BN) dari peringkat rendah hingga Malaysia, minta maaf tuan-tuan dan puan-puan Umno tidak pernah sekalipun membuka Al-Quran.

“Kalau ada Ketua Cawangan dan semua di sini pernah tak anda membuka Al-Quran, ikut ajaran Quran semasa mentadbir parti. Pernah tau tidak?” soalnya kepada penduduk Kampung Jawa.

Menurutnya, berbeza dengan Umno-BN, pimpinan PAS dipandu oleh golongan ulama sambil diseimbangkan oleh golongan profesional selain menjadikan Al-Quran sebagai panduan perjuangan.

Turut hadir sama, calon PAS yang juga penyandang Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan calon PAS DUN Dusun Tua, Razaly Hassan.

Tegas Mat Taib, Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir negara berdasarkan keupayaan yang ditunjukkan sepanjang mentadbir Selangor.

Ini diikuti dengan pemilihan calon yang berkredibiliti berbanding Umno-BN meskipun mereka melaungkan ‘transformasi’.

“PR sudah bersedia dan mempunyai orang yang cukup untuk memerintah Putrajaya.

Dengan nada yakin, Mat Taib percaya Selangor akan terus kekal ditadbir Pakatan Rakyat dan mentadbir semula Negeri Perak selain mengharapkan kerajaan baru di Putrajaya.

PRU13: Kempen DSN dapat Liputan dari TV ABC Australia


Liputan dari crew TV ABC dari Australia prjalanan kempen DSN di kg bercat, dun Changkat Jering bersama petugas.



PRU13: Calon P088 diugut "Terimalah Darah dan Daging Babi ini"


Rumah penginapan calon P088, Ustaz Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan, Temerloh dibaling bungkusan berisi darah dan kepala ayam yang mengandungi nota ugutan.Kejadian disedari oleh beberapa pembantu beliau yang berada di dalam rumah tersebut, pada jam 7 pagi.Dijangka kerja terkutuk ini belaku sekitar jam 3-7 pagi.



Selesai buat laporan Polis Berkenaan rumah Calon P088 Temerloh dibaling dengan bungkusan berisi daging dan kepala ayam serta nota bertulis "Terimalah Darah dan Daging Babi ini"

sumber

Rabu, 1 Mei 2013

Orang Melayu bangsa yang membunuh Melayu


Kesihan kepada para pejuang dan pengasas yang menghidupkan Utusan Melayu dengan susah payah. Yusuf Ishak,Ab Rahim Kajai,Pak Sako, Samad Ismail dll

 Kini akhbar yang mereka bina itu tidak lagi wujud di pasaran sebagai media harian sejak diterbitkan pada tahun 1939. Ini sesuatu yang amat malang dan sukar diterima sama sekali. Ia merupakan bencana kepada tamadun, jatidiri dan warisan bangsa kita. Ternyata kini satu daripada warisan tamadun kita telah terkubur.

TERPUPUS dengan perbuatan kita sendiri di era pasca kemerdekaan. Mengapa ? Ini berpunca akibat dasar pendidikan kita yang mematikan tulisan jawi tulisan asal bahasa Melayu.Tidakkah ini satu jenayah terbesar ke atas bangsa kerana membunuh salah satu warisan kita yang terbesar. UMNO bertanggung jawap penuh ke atas kepupusan dan kesinambungannya !

Satu daripada warisan kita yang terbesar telah sirna. Sedangkan akhbar harian China dan India terus subur. Berapa besarkah pembaca akhbar Tamil sehingga dapat menerbitkan 3 akhbar harian untuk kaum India . Adakah lebih besar daripada khalayak pembaca Melayu.

Apa petakanya , mengapa ia boleh hidup subur di era penjajahan tetapi tidak mendapat tempat selepas kemerdekaan.Sedangkan Utusan Melayu sangat berjasa kepada bangsa , agama dan negara. Siapa boleh menafikannya ? Mana pembelanya yang moto perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanah air.

Puncanya kenapa ? Puncanya apabila kerajaan memansuhkan subjek tulisan jawi dan bacaan jawi daripada sekolah-sekolah pada awal tahun 1960an semasa Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran.

Akibatnya pembaca tulisan jawi, tulisan asal bahasa Melayu semakin mengecil dan terus pupus. Selepas 30 tahun timbul satu generasi yang buta jawi. Amat mengejutkan sehingga hendak membaca teks Al Quran pun perlu dirumikan.

Itulah kesannya apabila tergamak membuat dasar yang memupuskan warisan bangsa kita.Bila sudah hilang pun masih tidak tersadar.Masih kurang kepekaan dan kepedulian kerana terlalu mementingkan kemajuan yang melulu bersifat kebendaan, Bahawa tamadun ini adalah kebendaan, projek material dan gah semata-mata .

Perlu disedari salah satu kehebatan bahasa Melayu ialah satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua sistem tulisan yang sama kuat. Huruf Jawi dari Timur (Arab) dan huruf Latin dari Barat.

Adakah bahasa yang sedemikian wujud di mana-mana bahagian dunia. Mengapakah keistimewaan ini tidak dikekalkan.Agak pelik taksub kita kepada tamadun barat sehingga sanggup mengorbankan tulisan asal bangsa sendiri. Kita bangga dengan hanya menggunakan satu sistem tulisan sahaja iaitu huruf rumi “Latin”. Sumbangan Islam yang terbesar telah dinafikan dengan sengaja. Satu fobia ke atas tulisan tersebut. Mungkin dianggap kuno dan serba ketinggalan oleh golongan pendidikan barat yang menguasai pemerintahan.

Perlu diingat Jawi adalah warisan kita yang asal, tulisan permulaan BM sehingga menjadi ligua franca. Tulisan inilah yang mencetuskan tamadun kepada bangsa kita. Terbit ungkapan BAHASA JIWA BANGSA. Tulisan itu beserta khazanahnya mengisi jiwa dan jatidiri bangsa Melayu. Bila jawi terhapus bermakna segala khazanah tamadun kita akan dinyahkan daripada bangsa kita terutama generasi muda.

Justeru untuk memperkasakan BM, akhbar yang menggunakan dua tulisan mesti dihidupkan. Perlu ada daya usaha untuk menerbitkannya dengan nama Utusan Melayu, Utusan Bangsa, Utusan Rakyat atau apa saja.

Tujuannnya untuk menonjolkan kehebatan dan keistimewaan Bahasa Melayu seantero dunia. Satu-satunya bahasa yang memiliki dua sistem tulisan yang sama hebat Jawi dan Rumi di dunia.

Rencana tambahan : Nasib tulisan Jawi

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Papan tanda jalan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan dan ditulis dalam tulisan rumi, kata Timbalan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamarul Zaman Shaharudin.

Menurut beliau, berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.

“Dalam konteks papan tanda jalan, DBP berpendirian bahawa apa-apa yang berkaitan dengannya adalah di bawah maksud rasmi, oleh itu ia hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang yang meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memasang papan tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan tapak warisan di Georgetown.



 Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini.Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.

Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.

Jadi yang sakit hati sangat dengan tulisan Jawi kenapa? Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.

Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya yang berusia selama itu?

sumber:
asalusulorangmelayu.wordpress.com
 sangtawal.blogspot.com

UMNO yang menghapuskan tulisan jawi,Mari kita ubah sekarang.

Baca kisah-kisah orang melayu :melayu

PRU 13:Sebab TAN Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai PAS



TAN Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas Menteri Besar Selangor tidak memberitahu dia membawa bersamanya ramai orang UMNO menyertai PAS. Dia masuk seorang diri saja. Tiada yang tahu adakah isteri, adik-adiknya masuk PAS sama. Dia pun tidak suruh orang-orang UMNO tinggalkanlah UMNO dan masuklah PAS

 Yang dia kata, rakyat perlu beri peluang kepada PAS dan kirim pasukan PAS yang kuat ke Parlimen dan DUN-DUN. Kalau hantar enam orang ke DUN Perak di tengah ADUN DAP yang ramai, tak nampaklah PAS itu kuat.

Dia tak kata, UMNO tidak buat apa-apa tentang Islam tapi dia kata, PAS dan pimpinan ulamanya lebih komited dengan Islam.

Setakat ini tidak terdengar dia maki UMNO begitu dan begini. Tidak seperti satu dua kerat budak PAS yang terkeluar dari PAS kata hodoh tentang partinya. Nyatalah pemimpin UMNO yang masuk PAS itu matang dan budak-budak PAS yang cicir dari PAS itu kebudak-budakan.

Mat Taib terima hakikat dia kalah pertandingan Timbalan Presiden UMNO empat tahun lalu, dan ia memberi peluang kepadanya banyak masa befikir dan berguru tentang Islam dan al-Quran, telah mengubah pandangan politiknya, mahukan Islam ditdingkatkan dan PAS yang memperjuangkan Islam itu diperkuatkan.

Atas latar belakang itulah dia saja masuk PAS dulu dan logiknya siapa yang hendak ikut, ikutlah dan yang tak mahu itu biarkanlah.

Sebagaimana yang diagak, rakan-rakannya yang sudah tidak aktif dalam UMNO mengira tindakan bekas MB Selangora dan bekas Naib Presiden UMNO itu salah. Macam-macamlah mereka menyesalinya.

Biasalah bagi reaksi orang UMNO mengira pemimpin mereka dulu begitu dan begini. Kalau mereka kata tindakan Mat Taib itu betul, maka tidak layak lagi mereka berada dalam UMNO. Mereka tidak boleh jadi UMNO lagi. Bagi menjadikan mereka kekal dalam UMNO, mereka mesti kata Mat Taib tidak betul.

Apapun Mat Taib sudah mengamalkan hak demokrasinya dan melaksanakan hak yang perlembagaan Malaysia benarkan kepadanya. Dia boleh dari parti yang tidak sesuai lagi dengannya dan boleh menyertai mana-mana parti politik yang halal.

Sebagai seorang Islam, dia menyertai parti Islam yang pada pandangan terbaik masa ini.

Dia sudah kata berbulan dulu, Islam adalah panduan hidup terbaik yang perlu diikuti dan dia berkata elok tentang PAS. Anak-anak saya balik beritahu saya Muhamamd Taib bercakap elok tentang Islam dan PAS.

Ia adalah perkembangan yang baik. Rupanya ia adalah perkembangan dia hendak masuk PAS.

PAS adalah betul sejak dari mula, cuma ia adalah kelemahan di sana sini dan pernah juga silap tetapi ia istiqamah dengan perjuangannya baik kalah mahu pun menang. Tetapi PAS itu bertambah matang dan bertambah kuat. Ia bukan saja dikuatkan oleh sokongan orang Islam tetapi ia juga mulai disokong oleh orang bukan Islam.

Bertambah ramai orang profesional masuk PAS. Ada yang berpendapat profesional yang menyertai PAS lebih ramai dari yang bersama UMNO. Yang bersama UMNO itu ada benda yanga mereka mahu, yang menyertai PAS itu kerana Allah dan mahu melihat PAS kuat.

Dalam gelombang ramai yang menyertai PAS itulah Mat Taib menyertai PAS. Dia menyertai PAS sebelum PAS menang dan sebelum UMNO kalah. Dia masuk dulu. Selepas UMNO kalah nanti ramai yang bersama PAS. Tetapi bersama PAS dulu adalah lebih baik dari bersamanya selepas UMNO kalah.

sumber:



Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, mantan Menteri Besar Selangor/Naib Presiden UMNO.

Antara ucapannya:

"Tuan2 cuba tengok signal perubahan. Contoh negeri Selangor.

Ada pemimpin UMNO kata, PR tiada pengalaman memerintah. Tapi kita lihat sekarang, apabila PR mentadbir negeri Selangor, rizab tunai negeri sebanyak RM2.6bilion.

Pemimpin kerajaan negeri Selangor sekarang lebih baik daripada pemimpin sebelum2nya, termasuklah saya.

p/s Pada mulanya aku sangsi akan kemasukannya kedalam PAS,kini aku yakin akan keiklaskannya bersama PAS.