Jumaat, 26 April 2013

Kenyataan Husam Musatentang Isu Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah KASTAM




PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.

 Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya. .

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi. .

Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal. .

Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia ~ Sinar Harian .

.

Kenyataan Terkini Husam Musa Berkaitan Isu Pembunuhan .

Kami menerima berita duka yang amat mengejutkan tentang kemalangan yang menimpa Allahyarham Dato' Shaharuddin Ibrahim - 58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam 2 (Perkastaman/Cukai Dalam negeri)..

Kepada Isteri, Anak-Anak dan seluruh Ahli Keluarga Beliau, izinkan kami tunduk diam sambil mengucapkan takziah yang sedalam-dalamnya atas pemergian Insan tercinta..

Dari hati yang tulus ikhlas, saya memohon Pihak Berkuasa untuk membuat siasatan rapi yang seadil-adilnya, serta-merta. "Let's No Stone Be Unturned" dalam menangani kes ini. .

Al-Fatihah .

Dato' Haji Husam Musa Calon Parlimen P-125 Putrajaya 26hb. April, 2013

Related Posts

Kenyataan Husam Musatentang Isu Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah KASTAM
4/ 5
Oleh