Selasa, 30 April 2013

FAKTA DAN SEJARAH YANG HARUS ORANG MALAYSIA TAHU TENTANG PARTI PAS DARI AWAL PENUBUHANNYA...

FAKTA DAN SEJARAH YANG HARUS ORANG MALAYSIA TAHU TENTANG PARTI PAS DARI AWAL PENUBUHANNYA...

PRU 13

 24 November 1951 - Muktamar Ulama Se Malaya Ketiga yang berlangsung di Bangunan Kelab Melayu Bagan di Bandar Butterworth, Seberang Perai, telah memutuskan secara rasmi untuk menubuhkan Persatuan Islam Se Malaya (PAS). Kira-kira 250 orang termasuk 20 orang pemerhati wanita dari berbagai pertubuhan hadir dalam majlis penubuhan itu. Yang Dipertua Agung PAS pertama ialah Haji Ahmad Fuad Hassan.

14 Jun 1955 - Persatuan Islam Se Malaya (PAS) didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai Pan Malaya Islamic Party (PMIP) sehari sebelum hari penamaan calon untuk pilihanraya persatuan yang pertama..

1959 - Pilihanraya Umum Pertama selepas merdeka..

1 Februari 1966 - Kerajaan Perikatan telah mengharamkan PAS menggunakan simbol Bulan Bintang dan bendera bertulis Allah-Muhammad..

.. Julai 1967 - Wakil Parlimen Pasir Mas Hulu, Abdul Samad Gul Ahmad Mianji dibunuh ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Sewaktu beliau sedang membuka pintu kereta, beliau diserang dengan kapak. Beliau dibawa ke Hospital Besar Kota Bharu dan di sanalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Penjenayah itu dikejar oleh orang ramai yang juga baru turun dari bangunan PAS tetapi dia terlepas lari dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang. .

25 Oktober 1969 - Yang Dipertua Agung PAS Dr. Burhanuddin Al-Helmi pulang ke rahmatullah di Taiping, Perak setelah sekian lama menderita akibat penyiksaan yang dikenakan ke atas beliau semasa dalam tahanan..

8 Mac 1970 - YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis dalam tahun 1968, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis .

Jun 1971 - Nama PAS sekali lagi bertukar daripada Persatuan Islam Se Tanah Melayu kepada Parti Islam Se Malaysia dengan huruf singkatannya (PAS) dikekalkan.

1 Januari 1973 - Yang Dipertua Agung PAS, Dato’ Mohd. Asri berjaya membawa PAS menyertai Kerajaan Campuran PAS-Perikatan di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Penyertaan ini akhirnya membawa PAS menyertai gabungan Barisan Nasional pada tahun 1974, yang memaksa parti pemerintah mengguna simbol ‘Dacing’ menggantikan ‘Kapal Layar’..

13 Disember 1977 - PAS memulakan kembali hidup ‘sendirian’, disingkirkan dari kerabat Barisan Nasional (BN). Alasan penyingkiran, PAS tidak mematuhi keputusan Dewan Tertinggi BN agar memecat anggota Parlimennya yang tidak mematuhi arahan Whip Barisan, ketika Rang Undang-udang meletakkan Kerajaan Kelantan di bawah ‘pentadbiran darurat’ dibentangkan di Parlimen. Whip Barisan mengarahkan supaya anggota Parlimen PAS menyokong usul tersebut..

18 Januari 1985 - Tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, Saudara Osman Talib syahid. Kejadian berlaku sehari sebelum hari pembuangan undi (19 Januari 1985)..

19 November 1985 - Tragedi hitam yang menyayat perasaan umat Islam telah berlaku di Memali, Baling, Kedah. Peristiwa Memali yang melibatkan ahli-ahli dan penyokong PAS pimpinan As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood@Ibrahim Libya. Seramai 14 orang kesemuanya ahli dan penyokong PAS termasuk Ustaz Ibrahim, syahid, 161 orang termasuk kanak-kanak ditahan. RM15,000.00 hingga RM20,000.00 wang yang dikumpul termasuk wang kebajikan PAS dirampas polis..

27 Oktober 1987 - Kerajaan Umno Barisan Nasional menangkap borong berpuluh-puluh pemimpin parti-parti pembangkang, anggota ‘Team B’ Umno, pemimpin pertubuhan sosial, ahli akademik dan lain-lain. Tangkapan ISA tersebut terkenal sebagai “Operasi Lalang 87”, antara yang ditahan peguam Haji Suhaimi Said, pimpinan PAS dari Pahang dan belasan pemimpin PAS lain antara 91 yang ditahan..

Beberapa laporan polis telah di buat atas kes ugutan bunuh terhadap TG Nik Abdul Aziz pada May 2, 2010, Antaranya oleh Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri, yang di ketuai oleh Us Nasarudin Hassan..

Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera..

PAS masih sabar


sumber

Isnin, 29 April 2013

PRU13:Gambar-gambar yang ditakuti oleh BN / UMNO

Keceriaan melambangkan keselesaan mereka bersama kita.
Keselesaan datang daripada perasaan diraikan dan dihargai.
 Kita mampu membina negara yang lebih sejahtera.

 PAS untuk semua! Islam membawa rahmat kepada semua.

PRU13

PRU13


PRU13

PRU13

PRU13

PRU13

PRU13

PRU13

PRU13

PRU13

Sabtu, 27 April 2013

Mana arah putrajaya malam ni

Mana arah putrajaya malam ni



PUTRAJAYA: Ke mana penduduk Putrajaya malam ini? Ke Presint 9 bersama Tun Dr Mahathir atau ke Presint 19 bersama Ustaz Azhar Idrus?

Inilah menjadi dilema penduduk Putrajaya hari ini berikutan kedua-dua program besar yang dianjurkan serentak  itu.

Di Presint 9, Mahathir akan datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi.

Tindakan ini dilihat oleh banyak pihak sebagai 'panggilan kecemasan' oleh War Room BN bagi menyelamatkan kerusi Putrajaya yang sedang karam.

Padahal sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah datang dan menegaskan calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa akan hilang wang deposit dalam pilihan raya kali ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, calon BN Putrajaya dengan bongkaknya berkata, Husam akan hilang wang pertaruhan dalam pilihan raya ini.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.

Di Presint 19 pula, Ustaz Azhar akan bersama dengan ustaz Nazmi Karim, Dr Kamaruzaman Yusof akan memberikan kuliah mereka.

Turut serta adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor, YM Raja Idris. 

Jumaat, 26 April 2013

1 bangla 1Malaysia







Hidup Melayu.......,Hidup Melayu.......,Hidup Melayu...

eeehhhh silap plk....

Hidup Bangla......Hidup Mamak ....Hidup Bangla......Hidup Mamak ....Hidup Bangla......Hidup Mamak ....


Parti UMNO parti Mamak dan bangla

Kenyataan Husam Musatentang Isu Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah KASTAM




PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.

 Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya. .

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi. .

Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal. .

Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia ~ Sinar Harian .

.

Kenyataan Terkini Husam Musa Berkaitan Isu Pembunuhan .

Kami menerima berita duka yang amat mengejutkan tentang kemalangan yang menimpa Allahyarham Dato' Shaharuddin Ibrahim - 58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam 2 (Perkastaman/Cukai Dalam negeri)..

Kepada Isteri, Anak-Anak dan seluruh Ahli Keluarga Beliau, izinkan kami tunduk diam sambil mengucapkan takziah yang sedalam-dalamnya atas pemergian Insan tercinta..

Dari hati yang tulus ikhlas, saya memohon Pihak Berkuasa untuk membuat siasatan rapi yang seadil-adilnya, serta-merta. "Let's No Stone Be Unturned" dalam menangani kes ini. .

Al-Fatihah .

Dato' Haji Husam Musa Calon Parlimen P-125 Putrajaya 26hb. April, 2013

Selasa, 23 April 2013

Mat Tyson beri pukulan KO pada Umno :Khir Toyo

Mat Tyson beri pukulan KO pada Umno :Khir Toyo



KUALA LUMPUR, 23 April — Keputusan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk menyertai PAS boleh menjadi penghalang kepada kempen Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Selangor, kata pemimpin Umno hari ini.

Bekas menteri besar Selangor yang diketahui popular dikalangan penyokong Umno terutama di kawasan Melayu negeri kubu kuat parti tersebut, dan penyertaan Muhammad ke kem pembangkang mampu membantu menembusi kubu Melayu parti itu.
"Bergantung kepada pendekatannya. Jika beliau berkempen secara konstruktif dia boleh menimbulkan masalah kepada kami," kata bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo kepada The Malaysian Insider. "Umno-BN harus beri perhatian khusus terutamanya apabila setiap undi penting."
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu menerangkan, Muhammad, yang dikenali sebagai "Mat Tyson", boleh membantu PR masuk ke kawasan pendalaman Melayu dan menarik pengundi Umno untuk menyokong PR.
"Adalah baik untuk kita melawan kempennya dan menerangkan keputusannya … ia menambah lebih kerja kepada kita," kata Mohd Khir, dan menambah penyertaan Muhammad kedalam PAS tepat pada waktunya dan memberikan kelebihan kepada PR.
Beliau memberi amaran kepada pemimpin Umno agar tidak memandang ringan penyertaan Muhammad dan mendesak pemimpin agar memerhatikan dengan dekat kempen Muhammad agar tidak mengalihkan undi Melayu.
PAS semalam mengumumkan keahlian Muhammad dalam satu ceramah besar di Shah Alam, satu langkah memperkukuhkan lagi perlawanan PR untuk mempertahankan Selangor.
Muhammad bekas pemimpin utama Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi menteri besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997 mengatakan semalam Malaysia dan Selangor membangun di bawah BN tetapi menegaskan masa sudah tiba untuk berubah.
Difahamkan Muhammad akan menjelajah Selangor untuk membantu kempen PR dikawasan pendalaman Selangor dimana PKR-PAS-DAP gagal untuk tembusi.
Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed bersetuju Muhammad masih lagi mempunyai sedikit pengaruh dikalangan pengundi Melayu Selangor terutamanya penyokong Umno lebih tua tetapi menafikan cadangan mengatakan beliau menjadi ancaman kepada gabungan itu.
"Sudah tentu terdapat orang yang suka kepada dia, tetapi dia sudah menjadi sejarah … dan dia bukanlah seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang evergreen. Saya tidak fikir dia akan memberikan kesan," kata Mohd Zin kepada The Malaysian Insider merujuk kepada bekas perdana menteri yang masih berpengaruh itu.
Bekas menteri kerja raya itu percaya, majoriti pengundi sudah terlupa tentang bekas rakan Umnonya itu sementara pengundi lebih muda, demografi yang menjadi kunci dalam menentukan keputusan pilihan raya 5 Mei, tidak mengenali siapa dirinya.
Beliau juga menafikan Muhammad boleh membantu PR untuk menembusi kubu kuat Melayu mereka.
"Mereka adalah penyokong kuat kami, pengundi luar bandar akan selalu bersama kami," katanya.
Pengundi percaya, BN akan bergantung kepada pengundi Melayu untuk merampas semula Selangor, negeri paling kaya dalam negara pada pilihan raya 5 Mei.
Sedikit perubahan dalam corak pengundian etnik terbesar dalam negara itu dan undi Cina pada 2008 telah menyebabkan BN kalah di Selangor, pertama kali dalam sejarah negara semenjak merdeka, akan tetapi taktik perkauman Umno berjaya menarik kembali orang Melayu menyokong mereka.

Isnin, 22 April 2013

Senarai ahli umno bertanding bebas

Senarai ahli umno bertanding bebas

SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 13

 BIL PARLIMEN/DUN NAMA/JAWATAN

 1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)3

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG) 3

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)3

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD 3

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN) 3

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.) 3

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)3

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN) 3

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)3

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA 3

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD 3

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN 3

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.) 3

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM 3

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN) 3

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI 3

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD 3

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM 3

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR 3

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER 3

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR 3

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN 3

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN 3

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR 3

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD 3

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB3

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM 3

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM 3

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR 33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA 3

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE 3

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI 3

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS 3

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG 3

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL 3

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI 3

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL 3

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN 3

42. MAMAT BIN BALHANA 3

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP 3

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS 3

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG 3

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR 3

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH 3

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH 3

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR 3

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI 3

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT3

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK 3

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD 3

54. PARLIMEN BELURAN &DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA 3

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL 3

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN 3

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF 3

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA3

59. PARLIMEN RANAU &DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN 3

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON 3

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL

Sabtu, 20 April 2013

Dua ahli umno akan dipecat

Dua ahli umno akan dipecat

Sebelum penamaan calon banyak bahagian umno memberontak akan bertanding sebagai calon bebas jika tidak disenaraikan,setelah taman penamaan calon hanya berapa kerat sahaja yang berani mengotakan kata mereka.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata surat pemecatan kepada pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum 5 Mei ini, akan
dikeluarkan pada Isnin.

Perdana menteri yang juga pengerusi BN berkata langkah itu dibuat bagi menjaga disiplin anggota BN supaya memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi.
   
"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti.

"Oleh itu, parti akan ambil tindakan pada Isnin ini untuk keluarkan surat memecat ahli-ahli yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau, di Pekan hari ini.
   
Antara anggota BN yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13 ini ialah Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar (Perak) dan bekas Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor (Pulau Pinang).
    
Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS manakala Mohd Shariff mencabar Shabudin Yahaya (BN) dan Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (PAS).
   
Najib berkata bukan menjadi kesalahan kepada BN memecat anggota dan pemimpinnya yang belot kerana tindakan itu perlu dan penting bagi menjaga disiplin parti.
    
Beliau berkata jika disiplin BN tidak dijaga, ia boleh merosakkan parti berkenaan.
   
"Kalau ada satu dua yang terpaksa kita korbankan, lebih baik kita korbankan mereka daripada kita korbankan parti yang kita kasihi," katanya.

PRU13: Keputusan yang sudah di jangka

PRU13: Keputusan yang sudah di jangka

Mengejutkan, tetapi sudah dijangka.

Calon Umno, Che Johan Che Pa gagal mengemukakan kertas pencalonannya mewakili BN setelah tamat proses penamaan calon sebentar tadi.

Dia langsung tidak kelihatan ketika ratusan penyokong Umno sudah bersedia mengiringinya ke pusat penamaan calon di dewan Pejabat Tanah dan Daerah Pasir Mas.

Che Johan dipercayai sudah diarahkan oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno supaya tidak mengemukakan kertas pencalonannya bagi kerusi parlimen Pasir Mas.

Yang berjaya hanyalah calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mewakili Pakatan Rakyat sementara presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon Bebas.

Ini bermakna berlaku pertandingan satu lawan satu antara Nik Abduh dengan Ibrahim ketika spekulasi bertiup kencang mengatakan Che Johan tidak akan mengemukakan kertas pencalonannya.

Pastinya ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno yang berazam untuk merampas semula kerusi itu dari tangan Ibrahim yang menang atas tiket PAS pada pilihanraya umum lalu.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Umno calonnya gagal hadir dan menyerahkan kertas pencalonan biarpun calon Pakatan Rakyat tidak memperolehi status menang tanpa bertanding.

Penamaan beliau hanya wayang BN untuk mengelak tekanan dari rakan-rakan BN yang tidak boleh menerima Ibrahim Ali sebagai calon.

SMS berterbangan sebaik sahaja Che Johan dinamakan sebagai calon BN di Pasir Mas oleh BN mengatakan calon BN itu tidak akan bertanding atas masalah teknikal.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Zulkifli Noordin.

Jumaat, 19 April 2013

Roket pakataan sudah sampai ke bulan

Roket pakataan sudah sampai ke bulan


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.

Rabu, 17 April 2013

Ahli Umno mula ugut Najib

Ahli Umno mula ugut Najib


(Sharif dan rakan-rakannya membuat sidang media semalam)


TASEK GELUGOR: Dua orang aktivis Umno berjanji akan menjadi calon bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar jika Umno kekalkan Shabudin Yahya sebagai calon BN Tasek Gelugor.

Mereka ialah Azmi Alang yang bakal bertanding di Dun Sungai Dua menentang calon BN, Yusof Mohd Noor dan calon PAS, Zahadi Mohamad manakala Datuk Mustaffa Idrus pula mengistiharkan diri menentang penyandang Dun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid serta Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Puan Norhayati Jaafar.

Kedua-duanya berucap membantah pencalonan BN yang meletakkan individu yang tidak bekerja untuk rakyat atau muka baru yang tidak aktif merencanakan progran tajaan Umno sebelum ini.

Menurut Azmi Alang dalam ucapanya, pucuk kepimpinan Umno Negeri seolaholah sengaja mahu mematikan karier politik Datuk Shariff Omar yang sangat berjasa pada rakyat sekitar Parlimen Tasek Gelugor.

Tidak sepatutnya, jasa dan pengorbanan Shariff dibiarkan seperti memberikan kerusi untuk Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding pada pilihanraya umum ke 12 lalu.
(Azmi [kiri] dan Datuk Mustaffa)
"Seandainya, pihak atasan Umno tidak mendengar rayuan rakyat akar umbi kami mengistiharkan perang habis habisan.

"Apa gunanya berada dalam Umno jika suara kami tidak didengari lagi. Jika mereka masih berkeras 'lawan tetap lawan'," tegasnya disambut tepukan orang ramai.

Rakannya Datuk Mustaffa Idrus pula memuji sikap Datuk Ibrahim Saad yang pernah meminjam kerusi Parlimen Tasek Gelugor tetapi menyerahkan kembali dengan baik.

Namun hari ini sebaliknya berlaku kerusi yang dipinjamkan atas nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diambil terus tanpa perbincangan.

Sekarang ini slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan' sudah tidak lojik lagi
kerana sudah terbalik.

"Untuk memastikan Datuk Shariff terus berada dipersada politik tanahair kami akan membantunya bertanding menentang golongan yang tidak amanah, " ujarnya.

Ahad, 14 April 2013

MB Negeri sembilan tetap melayu muslim jika pakatan menang

MB Negeri sembilan tetap melayu muslim jika pakatan menang

KUALA PILAH  14 APRIL: Pakatan Rakyat akan melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu apabila membentuk kerajaan negeri selepas PRU 13, kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fok.
Ia sekaligus menafikan strategi Umno BN yang cuba menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat Melayu negeri itu kepada DAP, semata-mata untuk mengekal kuasa.
"Umno hendak takut-takutkan orang Melayu, kononnya kalau Pakatan menang, kuasa politik akan jatuh ke tangan DAP. Anthony Loke akan jadi Menteri Besar.
"Saya sudah cakap berulang kali, kalau Pakatan menang di Negeri Sembilan, kita akan angkat semangat Perlembagaan Negeri.
"Seorang pemimpin Melayu beragama Islam akan diangkat jadi MB," katanya depan ribuan hadirin dalam
program 'Jelajah Pakatan Harapan Rakyat' di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.
Sebelum ini, beliau menyatakan komitmen sama dalam satu wawancara bersama laman Roket Kini.
Anthony berkata, masyarakat bukan Melayu tiada masalah untuk menerima pemimpin termasuk Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu.
"Bezanya, kita tidak mahu Perdana Menteri yang kotor dan rasuah dari BN. Kita mahu yang bersih dan berwibawa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya disambut sorakan gemuruh.

Sabtu, 13 April 2013

Dua kerusi DHPP di johor

Dua kerusi DHPP di johor

JOHOR BAHRU: PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di lapan parlimen dan 30 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri Johor.

Parlimen-parlimen tersebut adalah Ayer Hitam, Pagoh, Parit Sulong, Kota Tinggi, Pulai, Simpang Renggam, Tenggara dan Mersing.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jadi dengan rasminya saya mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 8 kerusi parlimen di Johor kali ini.

"Kita (PAS) telah banyak lakukan perubahan dan anjakan paradigma di Johor dan kita juga telah banyak menghasilkan produk-produk baru yang terbaik untuk kita tampilkan," jelas beliau.

Pada sidang media sama Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw diisytihar sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam .

Pengisytiharan itu menjadikan beliau calon pertama dari DHPP yang diumum bertanding atas tiket PAS.
PAS sebelum ini membayangkan sekurang-kurangnya lima kerusi diperuntukkan untuk wakil DHPP bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Kalau dulu 2008, kita telah kemukakan Kumutha a/p Raman mewakili PAS, pada kali ini sekali lagi kita kemukakan calon (bukan melayu) iaitu daripada kaum Tionghua untuk mewakili PAS," jelas beliau lagi.

Turut diumumkan hari ini empat orang calon wanita yang akan bertanding di kerusi Dun.

Berikut senarai calon Pas yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada pilihan raya umum ke-13:
  
    Parlimen
  
Pagoh           : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz
  
Parit Sulong    : Khairuddin Abdul Rahim

Ayer Hitam      : Hu Pang Chaw 

Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat   

Mersing         : Roslan Nikmat

Tenggara        : Muhamad Said Jonit

Kota Tinggi     : Onn Jaafar

Pulai           : Salahuddin Ayub
  
  
    Dewan Undangan Negeri
 
Buloh Kasap    : Firdaus Masod
   
Pemanis        : Normala Sudirman    

Tenang         : Mohd Zin Johar
   
Jorak          : Norhayati Bachok
   
Gambir         : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
  
Serom          : Azmi Ahmad
   
Sungai Abong   : Dr Sheikh Ibrahim Salleh
   
Maharani       : Dr Mohammad Taslim
   
Sungai Balang  : Malik Mohamad Diah
   
Sri Medan      : Ahmad Rosdi Bahari
  
Semarang       : Ilyas Abu Bakar
   
Parit Yaani    : Aminolhuda Hassan
  
Parit Raja     : Noor Khalim Sakib
   
Senggarang     : Dr Mohd Ramli Md Kari
   
Rengit         : Ahmad Kailani Kosnin
  
Machap         : Mohd Khalid Salekan
  
Mahkota        : Khairul Faizi Ahmad Kamil
   
Endau          : Mohd Azam Abdul Razak
   
Pasir Raja     : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar
   
Johor Lama     : Kamaldin Tahir
   
Penawar        : Anis Afida Mohd Azli
  
Tiram          : Kumutha a/p Raman
   
Puteri Wangsa  : Abdullah Husin
  
Permas         : Syed Othman Abdullah
   
Kempas         : Suhaizan Kaiat
   
Nusajaya       : Salahuddin Ayub
  
Bukit Permai   : Mazlan Aliman
   
Benut          : Raden Sorobo Ponoh
   
Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood
   
Kukup          : Ghazaley Ayiub

Jumaat, 12 April 2013

Video luncah pemimpin PAS



Dunia blog, khususnya yang pro-Umno, dengan tangkas menyebarkan imej-imej video tersebut bersama sejumlah maklumat yang mengejutkan.

 Kononnya, menurut blog-blog tersebut, wanita yang berasmara dengan tokoh PAS itu telah dibayar oleh PKR untuk memerangkap pemimpin berkenaan.

Kononnya lagi, dua pemimpin Pemuda PKR berjaya ditahan dan disiasat berhubung pengedaran video lucah ini di Besut, Terengganu semalam.

Lebih memeranjatkan, sekonyong-konyongnya menurut blog lagi, dalam satu rondaan polis pada 7.45 pagi semalam, pihak berwajib telah menemui "16 sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi sekeping cakera padat video gambar lucah" di satu kawasan perumahan di Kampung Alor Lintang.

Sama ada sahih atau tidak, blog menyebut: suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedar salinan video tersebut, lebih kurang 11 minit 25 saat.

Video itu memaparkan seorang perempuan, kata blog lagi, disyaki bukan warganegara melakukan hubungan seks dengan tokoh berkenaan.

Jadi, berbeza kes video lucah mantan menteri kesihatan, sensasi terbaru ini mempunyai dimensi politik konspirasi dalam Pakatan Rakyat.

Alasannya, menurut blog pro-Umno lagi, tokoh PAS itu cuba membawa masuk mantan pemimpin kanan yang telah terpinggir dan seorang tokoh parti yang telah dipecat.

Oleh kerana tidak suka dengan langkah tokoh PAS berkenaan, maka dirancanglah satu "perangkap seks" sedemikian rupa!

Jika lihat keseluruhan video terbabit,kita akan mendengar butir perbualan bahawa lelaki dan wanita terbabit mengenali antara satu sama lain.

Jika ini kes fitnah tuan badan hendaklah menafikan dengan kadar SEGERA atau ini hanya satu propaganda untuk melaga-lagakan antara PKR dengan PAS

Baca kembali cerita ini minit-mesyuarat-cara-nak-jatuhkan-anwar.

Baca dan fahamkan

Selasa, 9 April 2013

Minit Mesyuarat cara nak jatuhkan Anwar

Minit Mesyuarat cara nak jatuhkan Anwar


Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran
Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman Karimun
Raja Arif Kamaruddin
Osman Abdul Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha

1.Ucapan Pengerusi

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.

Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.

Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.

2. Perkara-perkara berbangkit.
Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.

Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.

Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.

Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti.

Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

En Osman Abdul Majid
En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.
En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.

Syed Abul Hussin Syed Kismas

Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam.

Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:
1) Lawatan ke Palestin
2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan
3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand
4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.

Raja Ariff Kamaruddin

YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka.

YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.

3. Lain-lain hal

Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013

Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.
Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.

Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

Jumaat, 5 April 2013

Sebab Mahathir takut Umno kalah PRU 13

Sebab Mahathir takut Umno kalah PRU 13


GERIK, 5 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013.
Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani.
“Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak.
“Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.
“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu atau membalas dendam, tetapi kontrak berbilion ringgit yang diberikan kepada anak anda, saya hentikannya, saya mahu memberinya kembali kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara, “ katanya.
Mokhzani adalah sebahagian pemilik dan naib presiden Sapura Kencana Petroleum Bhd, memiliki kepakaran dalam minyak dan gas (O & G) yang telah dianugerahkan kontrak pengeluaran berisiko yang bernilai RM836 juta daripada syarikat minyak negara Petronas Bhd.
Dengan aset RM11.85 bilion, Sapura Kencana adalah salah satu syarikat yang memiliki perkhidmatan (O & G) terbaik di dunia berasaskan dengan aset. Mereka juga telah mula menjalinkan usaha sama dengan syarikat pengeluar minyak lain seperti Kazakhstan.
Dr Mahathir, perdana menteri yang paling lama berkhidmat, dilihat semakin lantang menjelang pilihan raya terutamanya apabila pengundi Umno yang berkubu di Johor untuk menamatkan karier politik pemimpin PR, khususnya penasihat DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding disana.
Kit Siang menggepalai serangan Pakatan di Johor pada pilihan raya umum yang akan diumum tidak lama lagi daripada sekarang.
Walaubagaimanapun, pemimpin PR cepat bertindak balas dengan memusatkan serangan mereka kepada ahli keluarga pemimpin berpengaruh Umno.
“Penasihat Petronas ialah Dr Mahathir, anak Dr Mahathir, Mokhzani Mahathir, adalah antara orang terkaya di Malaysia. Adakah dia fikir anaknya seorang sahaja Melayu?” kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dihadapan kira-kira 2,000 orang ramai pada sebuah ceramah di Johor awal minggu ini.
“Mengapa Dr Mahathir benci Anwar, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi? ... kerana mereka adalah harapan baru.
“Mengapa Mahathir marah? Ini bukan masanya lagi, kerana dia tahu jika kita boleh berubah, bukan sahaja Mahathir tetapi juga anak-anaknya juga akan tamat,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada ceramah yang sama.
“Anak Dr Mahathir adalah orang yang ke-13 terkaya di Malaysia,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga anak lelaki Kit Siang.
Dalam ucapan televisyen pada Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membuka jalan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan tidak lama lagi.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa pilihan raya akan diadakan dengan seberapa segera pada 20 April atau seminggu kemudian pada 27 April, ia bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) bertarung merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun pada Pilihan Raya 2013, The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh sebulan ini.
Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.

Rabu, 3 April 2013

Parlimen bubar hari ini

Parlimen bubar hari ini

KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini hari ini.

Isnin, 1 April 2013

ANWAR benarkan Gereja dibuka

ANWAR benarkan Gereja dibuka


Gereja terbesar di Asia Tenggara membuka pintunya hari ini berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam.

Bangunan berkeluasan 600,000 kaki persegi dan berhargac RM200 juta digelar Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil mempunyai sebuah auditorium 5,000 kerusi, serta dewan serbaguna, bilik darjah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain terdiri daripada kedai-kedai runcit dan kafe.

Ia adalah satu mercu tanda yang menunjukkan Malaysia adalah benar-benar tanah yang pelbagai budaya, "Calvary Church bersekutu paderi David Seah memberitahu The Malaysian Insider hari ini, perkhidmatan selepas Easter pagi ini yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

"Saya tidak menjangka sebarang tindak balas yang berpotensi ," katanya.

Sesetengah orang Islam menyatakan di blog mereka dalam 2011 keresahan dengan saiz CCC, mengatakan bahawa ia adalah satu ancaman kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia boleh digunakan untuk menukar umat Islam.

Tetapi Seah menegaskan bahawa Gereja Calvary tidak mualaf Islam, berkata: "Apabila kita memberikan keluar kawasan, kita memberitahu ahli tidak meletakkan mereka di rumah-rumah Muslim"

Para paderi gereja Pentecostal berkata bahawa pembinaan CCC di atas tanah komersil bermula pada tahun 2007 dan telah siap pada tahun ini, mencatatkan bahawa ia akan dapat menampung jemaah 3,000  yang sebelum ini tersebar di Damansara Heights, Damansara Perdana dan Cheras.

Paderi Kanan Calvary Church Rev Dr Tan Sri Putera Guneratnam menangis apabila beliau mengambil podium untuk menyampaikan khutbah beliau pada Easter, hari yang paling penting pada kalendar Kristian iaitu meraikan kebangkitan Yesus Kristus.

"Kami berada di sini. Kami jadikan ia kenyataan, "kata Guneratnam dengan suara yang menggeletar, sebelum mengelap matanya.-TMI

Gambar pelan

Gambar pelan
Apa pentingnya gereja sebesar ini didirikan di Malaysia sedangkan jumlah penduduk Malaysia yang beragama Kristian adalah begitu kecil berbanding penganut kristian di Indonesia. Mengapa tidak didirikan di Indonesia?

Malaysia gah lagi kerana kini satu lagi rekod berjaya dicipta. Selepas bangunan tertinggi di dunia kini kita ada gereja terbesar di Asia Tenggara.