Ahad, 3 Mac 2013

Semporna pula diceroboh

KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi laman twitternya mengesahkan berkata bahawa ada kejadian tembak menembak berlaku susulan satu pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah permis di kampung Seri Jaya Siminul, Semporna kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Pemeriksaan atau siasatan polis dilakukan untuk mengesahkan samada mereka ini terlibat dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini jumlah mereka yang disyaki terlibat dalam kejadian terbabit tidak lebih daripada 10 orang.
"Dalam kejadian tembak menembak tersebut ada beberapa orang anggota polis yang cedera, butiran terperinci akan dimaklumkan kemudian." katanya.

Bagaimanapun, sebentar tadi, para penceroboh telah berjaya menculik seorang pegawai polis, Inspektor Azra dan kini mereka sedang mengepong Pengkalan Polis Marin Semporna. Namun belum mendapat pengesahan PDRM.

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu Sabtu malam.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.

Related Posts

Semporna pula diceroboh
4/ 5
Oleh