Rabu, 20 Mac 2013

MAHKAMAH RAKYAT : MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merakamkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ‘Mahkamah Rakyat :Isu sebenar Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar?’ Program anjuran SAMM bersama Angkatan Perubahan Sabah (APS) malam tadi telah dihadiri oleh lebih 5,000 orang. Program dikendalikan secara 3 segmentasi – Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung). Kemudian segmentasi kedua menampilkan Sdr. Hasnar dan Pn. Siti Aminah yang kedua–duanya bekas tahanan ISA. Hassnar dan Siti Aminah terlibat dalam projek kad pengenalan di bawah Dr.Mahathir yang mengadaikan kedaulatan dengan memberi warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen Bn. Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabila parti Berjaya (komponen Bn) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta Bn dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.

 Pendedahan dua saksi ini benar–benar menyentak hadirin semalam. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam yang digelar projek IC Dr.M.

Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.

Dua wakil APS Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir. Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia.

Walaubagaimanapun, Tn Hj. Mohamad Sabu tidak dapat hadir saat akhir kerana mewakili Presiden untuk program ke Johor, Datuk Yahya Lampung hadir tetapi tidak berucap kerana tidak sihat, YB Tian Chua hadir tetapi terpaksa beredar awal kerana program di tempat lain bersama YAB MB Selangor. Keluarga Tun Datu Mustafa juga hadir dan Cik Roni cucunda beliau telah sudi sama naik ke atas pentas meraikan majlis. kemunculan Saterawan Rakyat Pak Samad yang memberikan ucapan ringkas dan mendekelamasikan sajak begitu mengujakan hadirin.

Antara rumusan Mahkamah Rakyat semalam :

Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara. Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan Bn terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti. Ia berlaku setiap kali Umno Bn kalah malah kali ini Umno Bn bakal kehilangan Putrajaya.

Projek IC menyebabkan banyak masalah, ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi Bn bukan kerana kesetiaan pada negara, Jeneral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan Bn Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC. Pemimpin Bn lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militan/pengganas dan perlu berunding? Persoalannya kenapa berunding? Apa isi perundingan? Apa yang diselindungkan? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.

Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya kerana punya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU. Sekian

che’GuBard Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia

www.anakmudamalaysia.com

Related Posts

MAHKAMAH RAKYAT : MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR
4/ 5
Oleh