Ahad, 31 Mac 2013

Taktik Umno halang pengundi

Taktik Umno halang pengundi

Taktik terbaru yg saraf BN sdg rancangkan... kurang seminggu dr hr mengundi, wanita UMNO dgn menggunakan nama2 NGO akan mula msuk ke taman2 dan kg2 untuk ajar kaum2 ibu cara baru mencalit dakwat di jari. Sasaran adalah golongan penyokong2 dan yg condong PR. Ingat bhw dakwat akan cuma hilang dlm masa 7 hr. Bila tiba hr mengundi, golongan ini akan dihalang dr mengundi krn sudah ada kesan dakwat. Maklumat ini bocor slps unit saraf PR dpt tahu perancangan dr UmnoBend. Kena fikirkan cara utk sebarkan perkara ini kpd pengundi.

Sabtu, 30 Mac 2013

Ahli DAP ajak tokoh Ugama debat terbuka

Ahli DAP ajak tokoh Ugama debat terbuka


Seorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP. Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO.

Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.

"Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.

"Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook. - DCM/Kredit Omakkau

Isnin, 25 Mac 2013

Konspirasi Mahathir jatuhkan Anwar

Konspirasi Mahathir jatuhkan Anwar


(Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis Tertinggi iaitu Daim Zainuddin, Sabaruddin Chik, Sanusi Junid, Ibrahim Ali, Mohamed Rahmat dan Rafidah Aziz. Turut hadir ialah Rahim Tambi Chik dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri Perdana pada hari Khamis, 5 November 1998. Transkrip ini bocor menerusi saluran di Pejabat UMNO)

Nota: Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan dipenjarakan pada 14 April 1999.

"Saya nak memaklumkan kepada tuan-tuan yang hadir pada malam ini beberapa perkembangan yang berlaku di negara ini dan langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya.

Pertama tentang sokongan terhadap Anwar oleh orang-orang UMNO.

Daripada maklumat yang saya terima, banyak orang UMNO di peringkat cawangan semakin menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Anwar.

Banyak kali saya dimaklumkan yang ketua-ketua cawangan yang menjadi ahli Pas. Mereka berkempen memburuk-burukan pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap hari saya menerima laporan daripada UMNO Bahagian tentang isu ini.

Dalam hal ini saya ingin meminta kerjasama tuan-tuan supaya membendung perkara ini daripada terus berlaku. Kita kena faham dalam isu ini, ahli-ahli UMNO sebenarnya marah dengan pimpinan UMNO yang kononnya menurut pendapat mereka, pimpinan parti telah menganiaya Anwar. Sebab itu mereka marah.

Saya tak nafikan mereka ini penyokong Anwar sejak dulu lagi. Mereka keluar UMNO sebab mereka nak tunjuk protes. Dengan berbuat demikian mereka harap mereka dapat menyampaikan sesuatu signal kepada pucuk pimpinan parti. Kita kena faham mereka ini tak boleh bersuara cara lain.

Saya fikir hal ini mudah kita atasi. Kita sejukkan hati mereka. Kita buatlah apa-apa muslihat supaya mereka ini dapat lepaskan geram dan marah mereka kepada UMNO dalam UMNO.

Sebelum ni kita larang mereka dengan alasan menentang parti. Sebab itu saya meminta supaya Ketua-Ketua UMNO peringkat bahagian kena ambil tanggungjawab ini.

Dengar mereka marah, sabarlah dengar dengan protes mereka. Kalu mereka boleh bersuara nanti lembutlah sikit. Kemudian kita tabur janji pada mereka nak sampaikan kepada pucuk pimpinan parti bila ada kesempatan. Saya ingat mereka cepat sejuk cara macam ni.

Jangan kita takut-takutkan mereka dengan ancaman atau tindakan disiplin parti sebab lawan Presiden. Sebab itu saya tak setuju dengan keputusan Jawatan Kuasa Disipln UMNO yang diketuai oleh Datuk Najib dan Datuk Abdullah dalam isu tindakan yang dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang diberi surat tunjuk sebab kerana ini akan menjadikan UMNO parti yang tak disayangi oleh ahli-ahli. Nanti mereka sabotaj UMNO.

Saya mahu keputusan itu ditangguhkan supaya mereka itu ada reserve terhadap UMNO. Kalau kita pecat mereka, mereka akan masuk parti lawan. Nanti pengikut-pengikut mereka pun akan turut masuk parti lawan. Susahlah kita nak hadapi pilihanraya.

Isu kedua tentang bagaimana kita nak hadapi orang UMNO yang terus memberi sokongan kepada Anwar. Saya fikir soal ini masih belum dapat kita cari penyelesaian yang sebaik-baiknya.

Dulu kita arahkan jentera parti supaya berkempen hentam Anwar. Kita kata macam-macam tentang keburukan Anwar. Ada banyak yang kita tambah pun. Nampaknya dari laporan yang saya terima strategi tu tak begitu berkesan.

Mungkin kerana bila kita hentam orang jadi simpati pada Anwar. Orang Melayu ni mudah simpati, itu kita mesti ingat. Dulu kita tak teliti soal ini sebab tiba-tiba saja Anwar tak nak letak jawatan. Sebab tu saya akuilah bahawa saya bertindak pada masa tu lebih banyak ikut emosi.

Geram tenguk kepala batu tu. Jenis tak takut bila kita gertak. Saya nak supaya round kedua ni kita lebih diplomatik sikit. Kita kata Anwar memang pemimpin yang banyak berjasa.

Sabah tetap BN punya

Sabah tetap BN punya

         perancangan lahad datu mungkin berhasil catatan dari bloger MSO                                          

Hari ini Najib Razak mengistyharkan 10 daerah di Timur Sabah menjadi kawasan Selamat di Sabah berkuat kuasa hari ini. Sepuluh daerah itu ialah; Kudat, Kota Marudu, Pitas, Baluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pemilihan kawasan itu sebagai kawasan keselamatan khas yang membawa kepada penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.

Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri manakala Najib selaku perdana menteri akan menjadi pemantau. Jawatankuasa lain akan diumum perlatikannya nanti.

Menurut Najib beliau sendiri telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Pemeliharaan Keselamatan  Awam 1962 dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah terus terjamin.

Sememang tidak siapa dapat menyangkal hasrat kerajaan untuk mewujudkan keadaan selamat dan damai di Timur Sabah itu waktu ini. Sewajarnya kalau kerajaan mengambil langkah-langkah perlu seperti mengistyharkan atau meletakkan 10 kawasan itu dalam zon yang diberi kawalan keselamatan khas.

Tindakan itu diambil semuanya gara-gara meletusnya tragedi pencerobohan yang menelan lebih 50 korban termasuk sembilan orang anggota keselamatan kita manakala ratusan yang ditangkap. Namun betapa suci usaha kerajaann itu ia tetap akan disuluh dengan berbagai maksud kerana ianya dibuat dalam edah pilihan raya umum akan menjelang tiba bila-bila masa saja.

Mungkin ramai yang tidak sedar didalam 10 daerah itu ia merangkumi tujuh kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN Sabah. Kerusi-kerusi parlimen yang termasuk dalam zon keselamatan khas ini ialah, P167 Kudat, P168 Kota Merudu, P183 Baluran, P187 Kinabatangan, P 189 Semporna dan P190 Tawau.

Manakala di dalam kawasan parlimen itu pula merangkumi sebanyak 15 kerusi state iaitu, N1 Baggi, N3 Pitas, N4, Manttagong, N5 Tandek, N39 Sugut, N40 Labuk, N42 Sungai Sebuga, N45,
Elopora, N46 Tanjung Rapat, N47 Kuamut, N52 Sulabayan, N54 Bogaya, N53 Senaling, N55 Balung, N 56 Apas.

Jumlah kerusi parlimen yang terlibat itu kira-kira 40% daripada 25 kerusi parlimen di Sabah dan kira-kira 25% daripada kerusi negeri yang berjumlah 60 kerusi. Kalau diandaikan kesemua kerusi parlimen yang berada didalam kawasan keselamatan khas itu akan ditawan semula oleh UBN ini bermakna UBN memerlukan kira-kira lima kerusi saja lagi untuk mendapat lebih separuh daripada 25 kerusi parlimen.

Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri pula, kalau kesemua 15 kerusi di dalam tujuh kawasan parlimen itu dimenangi UBN ini bererti UBN memerlukan 15 atau 20 kerusi sahaja lagi untuk menguasai semula kerajaan Sabah.

Dengan kedudukan dan perangkaan itu menyebabkan ada tanggapan mengatakan pengistyharan 10 kawasan keselamatan khas itu dibuat bermotifkan politik untuk menjamin kekuasaan UBN di Sabah. Hari ini UBN terdesak dan menggeletar apabila pihak Pakatan Rakyat dengan kerjasama APS mendakwa mereka bakal menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen.

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen Sabah seperti diuar-uarkan besar kemungkinan kerajaan Sabah pimpinan UBN juga akan tumbang.

Persoalnya kini apakah motif disebalik pengistyharkan 10 kawasan yang diletakan dalam kawasan keselamatan khas itu bermotif politik atau sebaliknya? Sukar untuk kita menjawab di sini kerana tragedi yang berlaku di Lahad Datu itu telah memakan banyak korban yang menyebabkan tidak tergamak untuk dikatakan ianya sebagai sandiwara.

Asasnya kejadian itu benar, mati itu benar, bom itu benar walaupun tak mengena sasaran, bagai mana pun mana rententan perkembangan-perkembangan seterusnya dan dapatan dari lapangan boleh dipertikaikan dan inilah menyebabkan ada mengatakan apa yang berlaku di Sabah itu tidak begitu tulen atau pun lebih tepat tragedi yang tidak tersangka itu telah digunapakai untuk kepentingan politik.

UBN terutamanya Najib bernasib baik dengan kejadian itu kerana ia membantu baginya menyelamatkan Sabah.

Apapun sama ada pengistyharan 10 zon keselamatan khas itu memberi laba politik besar atau tidak ianya akan terjawab selepas pilihan raya kelak. Ukuran mudah yang boleh dibuat kalau kedudukan UBN di Sabah tidak berubah, maka jelas ianya adalah plan politik yang sungguh drmatik dan penuh tektikal tetapi kalau Pakatan Rakyat menang pula menunjukkan kehendak rakyat Sabah mengatasi plan politik Umno? [wm.kl.2:31 pm 25/03/13]

Rabu, 20 Mac 2013

MAHKAMAH RAKYAT : MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR

MAHKAMAH RAKYAT : MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merakamkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ‘Mahkamah Rakyat :Isu sebenar Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar?’ Program anjuran SAMM bersama Angkatan Perubahan Sabah (APS) malam tadi telah dihadiri oleh lebih 5,000 orang. Program dikendalikan secara 3 segmentasi – Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung). Kemudian segmentasi kedua menampilkan Sdr. Hasnar dan Pn. Siti Aminah yang kedua–duanya bekas tahanan ISA. Hassnar dan Siti Aminah terlibat dalam projek kad pengenalan di bawah Dr.Mahathir yang mengadaikan kedaulatan dengan memberi warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen Bn. Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabila parti Berjaya (komponen Bn) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta Bn dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.

 Pendedahan dua saksi ini benar–benar menyentak hadirin semalam. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam yang digelar projek IC Dr.M.

Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.

Dua wakil APS Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir. Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia.

Walaubagaimanapun, Tn Hj. Mohamad Sabu tidak dapat hadir saat akhir kerana mewakili Presiden untuk program ke Johor, Datuk Yahya Lampung hadir tetapi tidak berucap kerana tidak sihat, YB Tian Chua hadir tetapi terpaksa beredar awal kerana program di tempat lain bersama YAB MB Selangor. Keluarga Tun Datu Mustafa juga hadir dan Cik Roni cucunda beliau telah sudi sama naik ke atas pentas meraikan majlis. kemunculan Saterawan Rakyat Pak Samad yang memberikan ucapan ringkas dan mendekelamasikan sajak begitu mengujakan hadirin.

Antara rumusan Mahkamah Rakyat semalam :

Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara. Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan Bn terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti. Ia berlaku setiap kali Umno Bn kalah malah kali ini Umno Bn bakal kehilangan Putrajaya.

Projek IC menyebabkan banyak masalah, ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi Bn bukan kerana kesetiaan pada negara, Jeneral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan Bn Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC. Pemimpin Bn lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militan/pengganas dan perlu berunding? Persoalannya kenapa berunding? Apa isi perundingan? Apa yang diselindungkan? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.

Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya kerana punya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU. Sekian

che’GuBard Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia

www.anakmudamalaysia.com

Selasa, 19 Mac 2013

KOBAT tolak umno

KOBAT tolak umno

KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)

Berlanjutan daripada kenyataan Jamalul Kiram III yang mengerahkan anak-anak buahnya untuk meneruskan peperangan gerila terhadap pasukan keselamatan kita, KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) bersetuju dan menyokong penuh kenyataan pihak keselamatan negara Polis dan Tentera yang bersedia untuk berdepan dengan musuh dengan apa cara sekalipun.
Bumi bertuah negara ini wajib dipertahankan walau apa pun keputusan dari pihak penceroboh. Rakyat wajib menyokong penuh pasukan keselamatan kita tanpa mengira fahaman politik.
Walaupun pada pendirian kami, tragedi ini tercetus akibat kegagalan dan kecuaian pimpinan politik mengawal keselamatan negara namun 'nasi telah menjadi bubur'.
Kita tiada pilihan lain kecuali bersama dengan pasukan keselamatan Polis dan Tentera untuk 'melangsaikan' musuh-musuh secepat mungkin. Pimpinan politik yang 'tidor' selama ini bakal kita hukum di dalam PRU ke-13 akan datang.
KOBAT mengingatkan pimpinan Umno terutamanya jangan cuba 'bermain politik' di dalam menangani aspek keselamatan negara.
Media-media di bawah kawalan Umno/Bn diberi amaran agar hentikan saja propaganda atau hasutan jahat mereka terhadap pimpinan Pakatan Rakyat untuk melindungi kelemahan mereka mengurus keselamatan negara.

Wan Fauzuldin Wan Samad, penyelaras KOBAT
Sekiranya mereka masih memainkan sentimen ini untuk memburuk-burukkan pembangkang, kami bersedia untuk menjawab tuduhan mereka agar rakyat sedar siapakah yang sepatutnya dipersalahkan.
Jangan nanti kami dituduh mempolitikkan isu di Lahad Datu sedangkan pihak Umno-BN saban hari membuat tuduhan tidak berasas kepada pembangkang.
Akhir sekali, KOBAT menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada semua warga tentera dan bekas tentera dan Polis agar sentiasa berdoa supaya pasukan keselamatan kita sentiasa diberikan kekuatan, semangat dan kesabaran oleh Allah SWT di dalam berhadapan dengan musuh negara.
Wan Fauzuldin Wan Samad
Penyelaras
KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)
Sumber - KD

Guan Eng menghina Islam lagi

Guan Eng menghina Islam lagi

Fakta2 peruntukan kerajaan DAP kepada ugama islam

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) ............. RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)............... RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)............... RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)............... RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)............... RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN).............. RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)............... RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)............... RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)............... RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)............... RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN).............. TIADA
Tahun 2009 (PR)............... RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)............... RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)............... RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN).............. TIADA
Tahun 2009 (PR)............... RM75,000.00
Tahun 2010 (PR)............... RM100,000.00
Tahun 2011 (PR)............... RM130,000.00

5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN).............. TIADA
Tahun 2009 (PR)............... RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri...

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN).............. TIADA
Tahun 2009 (PR)............... RM100,000.00 setahun...

Isnin, 18 Mac 2013

Gula_gula pilihanraya

Gula_gula pilihanraya

— Demam Pilihan Raya 2013 mendorong ahli politik Malaysia daripada kedua-dua belah pihak menaburkan gula-gula untuk mencerahkan peluang mereka, lapor akhbar Singapura sambil mengingatkan bahawa bukan pengundi penentu pilihan raya tetapi sebaliknya mereka yang akhirnya terpaksa bayar untuk gula-gula kerajaan.

"Pertarungan sengit untuk meraih undi mendorong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pembangkang PR menjanjikan lebih banyak langkah yang populis.
"Anda boleh gelarkannya politik Santa Claus," tulis Reme Ahmad penolong pengarang berita luar dalam akhbar Straits Times dalam laman pendapat untuk edisi hari Ahad.
Beliau menegaskan Najib, yang mengetuai Barisan Nasional (BN), telah menabur lebih banyak "saguhati" wang tunai untuk meringankan kos sara hidup yang meningkat yang menjadi isu keutamaan buat 40 peratus daripada 13.3 juta pengundi yang masih bergelut dengan isu-isu asas seharian; isyarat bahawa lebih banyak diberikan jika kerajaan sedia ada kekal memerintah.
Antara berbilion ringgit gula-gula yang beliau senaraikan adalah pemberian bantuan tunai RM500 kepaa setiap isi rumah, RM200 rebat telefon pintar kepada ribuan remaja, RM250 baucar buku pelajar sekolah dan pada minggu lepas pengumuman kenaikkan gaji kepada 230, 000 polis dan askar—yang dianggap sebagai kelompok utama menyumbangkan undi tetap kepada pemerintah.
Penulis juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR), yang juga dilihat sebagai pesaing mantap untuk merampas kuasa pusat buat kali pertama, turut menjanjikan banyak gula-gula.
Antara yang disenaraikan beliau ialah pendidikan percuma, tarif perkhidmatan utiliti yang lebih rendah, mengurangkan kos pengangkutan keatas kereta dan petrol serta tol lebuh raya yang menjadi kunci utama dalam manifesto PR yang dilancar bulan lepas.
"Tetapi yang merisaukan ialah ahli politik yang mengheboh-hebohkan.
"Tetapi semua gula-gula dikeluarkan atau dijanjikan, mampukan kerajaan selepas ini memindahkan lebih banyak wang awamke arah aktiviti-aktiviti yang produktif seperti menaik taraf pelabuhan dan meningkatkan pendidikan pekerja, atau mungkinkah mereka terpaksa memberi lebih banyak gula dan rempah kepada pengundi yang sudah mendapat manfaat daripada semua yang baik?" soal penulis.
Reme berkata realitinya semua gula-gula janji dan urusniaga dengan lebih banyak saguhati tidak semestinya akan menarik sokongan pengundi, menurut beberapa pemerhati politik yang berkata disini.
"Realiti yang teruk ialah lebih banyak kamu beri, lebih banyak mereka mahu.
"Tujuan kedua ia semua hadiah percuma tersebut harus dibayar oleh seseorang yang berada dalam garisan tersebut," kata Reme.
Beliau menegaskan Malaysia sudah berada dalam tahun ke-16 bajet defisit sejak Krisis Kewangan Asia 1997 dimana wang digunakan untuk dibayar keatas belanja kerajaan datang daripada cukai dan "bank-bank rakus lain seperti syarikat minyak Petronas".
Beliau mengingatkan hasil cukai yang mungkin boleh dibelanjakan untuk membina jalan raya baru sebaliknya boleh disalurkan untuk tujuan lain bagi memastikan janji-janji pilihan raya politik, seperti subsidi harga petrol atau membayar pampasan kepada syarikat lebuh raya untuk menghapuskan tol.
"Dalam kata lain, mereka akan dibayar oleh pengundi yang sama menyangka mereka mendapatnya ecara percuma," kata beliau. -

Ahad, 17 Mac 2013

Lahad datu: satu perancangan

Lahad datu: satu perancangan


"Ikut media arus perdana, ada dua bot keluar dari perairan kita. Maknanya bolos dan hanya dicekup tentera laut Filipina. Jadi, Orang masuk pun bolos, orang keluar pun senang-senang sahaja.

"Itu sebab saya kata, mungkin ada agenda tersembunyi yang kita tak tahu," kata bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang meminta lebih 5,000 hadirin menjawab sendiri persoalan itu, ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak malam kelmarin.
Beliau merujuk kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yang mengesahkan Ketua Penceroboh Sulu, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina 15 Mac lalu.
Hashim yang pernah berkhidmat di Sabah hairan berikutan berlaku pencerobohan di Lahad Datu yang disifatkannya tidak harus berlaku kerana sistem pertahanan negara berlapis-lapis hingga sukar ditembusi.

"Kita buat berlapis. Kumpulan paling rendah sekali – infantri, keupayaannnya terbatas. Mereka jaga di tepi pantai, dilengkapi peralatan untuk awasi kawasan hadapan.
"Itu lapisan pertama. Dan kita ada bot-bot tempur yang boleh meronda kawasan laut. Lapisan kedua, kawasan laut luas ditugas kepada TLDM dan TUDM untuk buat pengawasan.
"Lapisan ketiga sebelum sempadan antarabangsa, kapal terbang dan bot besar ditempatkan di lautan luas. Jadi berlapis-lapis dan diperkuat pula dengan radar – boleh kesan musuh," katanya.
Hashim berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki peralatan canggih dan mahal tetapi mempersoal sama ada ia dibeli dengan harga tinggi tetapi tidak berfungsi kerana kualitinya rendah.
"Mungkin juga rosak sebab kurang diselenggara. Mungkin, alat ganti tak ada, tak dibeli. Kontraktor tahu bekal sahaja. Rosak, selenggaraan, bukan dia kira," katanya.
Beliau bertugas bersama ATM selama 38 tahun dan pernah bertugas di Sandakan, Sabah; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan dan Pegawai Kanan di Wisma Putra serta pernah berkhidmat di Bosnia.

Rabu, 13 Mac 2013

Bila ulamak macam haiwan

Bila ulamak macam haiwan

Berbuat kerusakan di muka bumi kebanyakan bermula dari keinginan seseorang untuk berkuasa dan memerintah, suka menyombongkan diri dan senang menonjol. Kesemuanya bermula dari tingkatan yang paling rendah sampai kepada tingkatan yang paling tinggi. Dimana di sana akan terbentuk ikatan dosa, sumber kejahatan dan kubangan fitnah. Ibnu Mas'ud atau Hudzhaifah Ra mengatakan :
"Sesungguhnya pada pintu istana para sultan (penguasa) terdapat fitnah seperti tempat menderumnya unta."
Mereka, yakni orang orang salaf, memperingatkan umat supaya jangan mendatangi penguasa jika di dalam hati mereka tidak ada maksud menasehati atau mencegah dari penyimpangannya, jika di dalam hati mereka tidak ada niat menjauhi harta kekayaannya.
Jika engkau bermaksud untuk memasuki pintu istana Negara dan mendatangi mereka, maka ada dua hal yang harus engkau hindari dan jauhi : harta kekayaan mereka dan pemberian mereka. Sebab perkataanmu akan jatuh tak bernilai dalam sekejab begitu dinar dari tangan sultan jatuh ke tanganmu.
Sebagaimana perkataan syaikh Said Al Halbi Rahimahullah , ketika Ibrahim Pasya datang ke negeri Syam, ketika itu Syaikh Sa'id dikelililingi oleh para muridnya, sedang memberikan pelajaran kepada mereka. Ibrahim Pasha masuk masjid di tempat pengajian tersebut, namun Syaikh Sa'id tidak mengacuhkannya , dia tetap mengajarkan dan menjulurkan kakinya. Melihat sikap yang ditunjukkan Syaikh Sa'id itu, maka Ibrahim
Pasya pun keluar. Darahnya mendidih dan kemarahannya berkobar. Lalu ia mengambil sekantung uang dan memberikan kepada pelayannya serta berkata,"Letakkan ini di pangkuan Syaikh itu !" (Kantung uang inilah yang membuat banyak leher menekuk dan menunduk, kantung inilah yang membuat mulut tersumbat sehingga agama Allah dipetikemaskan). Maka pelayan tadi datang dan meletakkan kantung uang tersebut di pangkuan Syaikh Sa'id. Namun oleh Syaikh Sa'id , kantung tadi diangkat dan diberikan lagi kepadanya seraya mengatakan," Katakan kepada tuanmu, bahwa orang yang menjulurkan kakinya tidak akan menjulurkan tangannya !"
Mereka, para penguasa melihat orang orang yang mengambil harta mereka dengan pandangan sinis dan melecehkan, dengan nafsu mereka, dengan kegeraman hati mereka. Mereka berusaha untuk memuaskan hati para ulama dengan cara memberi hadiah kepada mereka sehingga para ulama mendiamkan kebatilan mereka dan membiarkan kezhaliman mereka. Para penguasa tadi melihat mereka tak ubahnya seperti binatang ternak yang berkumpul manakala diiming imingi seikat rumput dan lari bercerai berai manakala digertak oleh pengawal mereka.
Pernah suatu ketika Khalifah Al Manshur mengunjungi Sufyan Ats Tsauri. Lalu dia mengatakan kepadanya, " Hai Sufyan, apa yang menjadi hajatmu?"
"Engkau dapat memberikannya padaku? Jawab Sufyan.
"Ya" Jawan Al Manshur.
Lalu Sufyan berkata,"Janganlah kau datang kepadaku sampai aku mengirim utusan kepadamu, dan janganlah mengirim seorang utusan padaku sampai aku sendiri yang minta."
Maka Al Manshur berkata seraya membalikkan badan dan kembali pulang," Semua burung dapat kami jinakkan dan saya tangkap kecuali Sufyan".
Penguasa menganggap ulama adalah burung ?! . Penguasa memandang manusia bahkan para ulama adalah hewan, bagai ayam ayam kampung yang kemudian mereka bisa pelihara dengan makanan mereka dan kemudian mereka menyembelihnya kapan saja mereka mau. Orang orang saleh mengetahui ini semua. Mereka benar benar mengetahui dan memahaminya dari dasar hati mereka. – Syaikh Abdullah Azzam-[http://www.eramuslim.com]

Selasa, 12 Mac 2013

Lagi tentera terkorban

Lagi tentera terkorban

Seorang anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota 'tentera diraja Sulu' di Sungai Nyamuk di Lahad Datu pagi ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota
penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.

Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi.
Dalam pertempuran itu, katanya, pasukan keselamatan membunuh tiga penceroboh, tetapi malangnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut dibunuh.

Bercakap dalam satu sidang akhbar lewat petang ini, Zulkifeli berkata ini adalah korban pertama yang dialami pasukan keselamatan Malaysia sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac.

Pengarah RELA Sabah pendatang asing

Pengarah RELA Sabah pendatang asing

PASUKAN Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah terus mengalami kemelut setelah ada pihak mendakwa Pengarahnya, Samasudin Lawe dan ramai ahlinya termasuk Peer Mohd Bin Kadeer adalah pemegang mykad projek; malah terkini Ketua Pesuruhjaya Ahli Kehormat Rela Sabah, Datuk Jerry Ambuting Bin Mohd Said turut menggunakan kad pengenalan palsu?

Jerry dikesan menggunakan Mykad PALSU bernombor 660509-12-5543 dalam Notis Kebankrapan daripada Jabatan Insolvensi yang disiarkan media tempatan pada 2009.
Menurut notis berkenaan, Jerry yang beralamat di No 25, Lorong 17, Taman King Fisher, Likas, Kota Kinabalu, Sabah; dijatuhi hukuman Muflis oleh Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu pada 9 Julai 2009 melalui Petisyen K29-406 Tahun 2008 oleh Electronis Electrical (S) Sabah Sdn.Bhd (169291-H).

Semakan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara mendapati Mykad bernombor 660509-12-5543 tidak wujud di dalam sistem JPN. Begitu juga dengan rekod Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Persoalannya, bagaimana Jerry boleh menggunakan MyKad palsu berkenaan dan mahkamah boleh membenarkan saman dihantar dan Petisyen Bankrap dikeluarkan kepada Jeffrey jika Mykad yang digunakannya adalah PALSU kerana tidak wujud dalam sistem JPN?

Mengikut data JPN dan SPR, Jerry menggunakan MyKad yang bernombor 620509-12-5613 untuk menjadi pemilih berdaftar di Bangka-Bangka, Taman King Fisher, DUN Karambunai dan Parlimen Sepanggar.

Nombor MyKad yang sama juga digunakan ketika memperolehi pingat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 2007, namun nombor kad pengenalan lamanya tidak dapat dikesan.

Tidak diketahui dokumen apa yang digunakan Jerry untuk menjadi Pegawai Kehormat RELA yang menerima gaji (elaun) awam dan dilaporkan menggunakan kedudukannya untuk menjual 'Pingat dan Pangkat' RELA dengan harga di antara RM3,000 sehingga RM30,000.

Kehebatan Jerry boleh dilihat dan beliau boleh dihubungi melalui FACEBOOK.

Jerry, Samasudin dan Peer Mohd sewajarnya disapena mengadap Panel RCI dalam prosiding yang akan bersambung pada 22 Februari 2013 bagi melengkapkan siasatan bagaimana mereka dengan begitu mudah memperoleh MyKad, sama ada Palsu atau Projek.

Sumner : http://sabahkini.net/

Isnin, 11 Mac 2013

Bapa Saiful sertai KEADILAN

Bapa Saiful sertai KEADILAN

PETALING JAYA 11 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.
Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.
"Saya dah lama menyokong perjuangan KEADILAN, sejak 1998. Tetapi sebagai penyokong akar umbi.
"Saya mengikuti dengan penuh minat perjuangan KEADILAN. Saya menyokong penuh dan mengumumkan sebagai ahli KEADILAN.
"Saya juga mendoakan semoga ahli dan parti komponen Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya kepada pemberita.

Jumaat, 8 Mac 2013

Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar

Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah "konspirasi politik jahat" untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.
"Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua," kata Azlan
"Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini," tambah beliau.
Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.
Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.

Parlimen bubar 27April

Parlimen bubar 27April

JOHOR BAHRU, 7 MAC: Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada tengah malam 27 April depan tanpa perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong kerana sudah tamat tempoh sahnya.

Lebih awal dari itu, Dewan Undangan Negeri Sembilan akan secara automatik terbubar pada 26 Mac ini kerana mesyuarat pertamanya diadakan pada 27 Mac 2008.

Walaupun Datuk Seri Najib Razak boleh melanjutkan tarikh pembubaran Parlimen selama 50 hari lagi, ia akan memberi tamparan paling buruk terhadap kepimpinan Perdana Menteri jika Parlimen terus wujud sedangkan satu DUN yang diterajui Barisan Nasional (BN) sudah terbubar dengan sendirinya.

Justeru, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meramalkan Parlimen akan dibubarkan selewat-lewatnya pada 26 Mac ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Najib yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia pada 20 Februari lalu mesti mendukung dan mengiktiraf konsep dan konvensyen kerajaan tidak rasmi (caretaker) apabila Parlimen dibubarkan pada akhir tempoh lima tahun.

Menurutnya, Najib yang juga mengisytihar mahu menjadikan Malaysia "demokrasi terbaik di dunia" dan jika dia serius mahu mematuhi amalan terbaik demokrasi yang matang, satu daripadanya adalah konsep dan konvensyen kerajaan tidak rasmi.

"Satu peruntukan kerajaan tidak rasmi adalah mengiktiraf bahawa pembubaran Parlimen, perniagaan sehari-hari kerajaan mesti terus mengenai perkara pentadbiran untuk membolehkan operasi biasa semua jabatan kerajaan, tetapi kerajaan tidak rasmi adalah terhad dan tidak boleh membuat keputusan dasar atau temu janji," katanya ketika berceramah serta Pengiraan Detik 36 Hari ke PRU-13, , di Plentong, Johor, semalam..

Di Australia, misalnya, lima prinsip yang dinyatakan dalam konvensyen tidak rasmi adalah tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar utama kecuali mengenai perkara yang segera selepas perundingan secara formal dengan pembangkang.

* Kerajaan tidak rasmi juga tidak boleh melantik pegawai awam, tetapi boleh bertindak atau membuat temu janji jangka pendek.

* Kerajaan tidak rasmi juga perlu mengelak memasuki kontrak utama atau akujanji, termasuk menangguhkan komitmen hingga selepas tempoh tidak rasmi itu kerana sebab undang-undang, komersial atau lain-lain.

* Menteri boleh berunding dengan oposisi atau agensi boleh berurusan dengan kontraktor dan memastikan kontrak merangkumi fasal mengadakan peruntukan bagi penamatan acara sebuah kerajaan, termasuk tender.

* Kerajaan tidak rasmi juga perlu menangguh rundingan dan lawatan antarabangsa atau menggunakan status pemerhati sehingga akhir tempoh tidak rasmi itu.

* Mengelak pembabitan perkhidmatan awam dalam aktiviti pilihan raya. Perkhidmatan awam perlu mengamalkan sikap neutral di samping terus menasihati kerajaan.

Kit Siang berkata, esok merupakan ulang tahun kelima bersejarah "tsunami politik 308″ PRU12 yang mencacat sejarah apabila Pakatan Rakyat berjaya memerintah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan.

Katanya, tempoh lima tahun Parlimen dikira daripada tarikh PRU-12 pada 8 Mac 2008 tetapi mesyuarat pertama Parlimen diadakan pada 28 April 2008. – Roketkini.com

Khamis, 7 Mac 2013

Apa yang dijangka sudah menampakan belangnya

Apa yang dijangka sudah menampakan belangnya


PUTRAJAYA — Pilihan Raya Umum Ke-13 di kawasan yang terbabit dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu boleh ditangguhkan sekiranya kawasan itu diisytiharkan darurat, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.
Beliau berkata, dari segi undang-undang terdapat peruntukan tertentu untuk membolehkan PRU di bahagian berkenaan ditangguhkan.
"Di bawah undang-undang jika keadaan darurat berlaku, maka SPR akan mengambil pertimbangan sebelum membuat keputusan muktamad tentang pilihan raya umum di kawasan itu," katanya di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata SPR akan meneliti butiran yang terdapat dalam perintah darurat dan kemudian akan dibawa ke perjumpaan khas sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
"Tetapi sekarang ini yang terjejas hanya di Lahad Datu dan Semporna, kita yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Apa pun SPR sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa," katanya.

Aquino berkayakinan wujudnya konspirasi

Aquino berkayakinan wujudnya konspirasi

RAKYAT Filipina membawa sepanduk membantah serangan pasukan keselamatan Malaysia terhadap pengganas Sulu semasa mengadakan demonstrasi dekat Istana Presiden di Manila, semalam.

MANILA 6 Mac - Presiden Filipina, Benigno Aquino percaya terdapat pihak yang membantu dalam menyediakan sumber kewangan untuk membolehkan kumpulan pengganas pimpinan Jamalul Kiram III menceroboh Sabah.

Agensi berita, Malaya - Business Insightkelmarin melaporkan Aquino berkata, keluarga Kiram tidak mampu bertindak sendiri berdasarkan kedudukan kewangan mereka ekoran Kiram sendiri tidak mampu membayar kos rawatan penyakit buah pinggangnya.

Beliau berkata, Kiram, 74, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dibantu oleh Pejabat Kebajikan Filipina untuk membayar kos sesi dialisis.

''Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian ini. Jadi di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan.

''Justeru, semua keadaan menunjuk ke arah konspirasi,'' katanya.

Menurut Aquino, Jabatan Keadilan kini menyiasat penglibatan dan mungkin memfailkan tindakan undang-undang ke atas beberapa sekutu kerajaan bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo, yang didakwa mencetuskan pencerobohan itu.

''Kerajaan tahu mengenai identiti mereka manakala yang lain masih tidak diketahui.

''Bagaimanapun, kerajaan masih belum mempunyai bukti cukup untuk mendakwa mereka,'' katanya yang tidak menyebut nama-nama suspek terbabit.

Beliau juga enggan mengulas sama ada siasatan itu melibatkan Arroyo dan bekas Penasihat Keselamatan Nasional, Norberto Gonzales.

Aquino berkata, kerajaan bersedia dengan semua kemungkinan kesan daripada pencerobohan Sabah itu.

Katanya, beliau memahami keputusan Malaysia yang menggunakan tindakan ketenteraan dalam menangani kumpulan Kiram.

''Jika situasi terbalik dan kumpulan bersenjata menceroboh Filipina, kerajaan kita juga akan menggunakan pendekatan yang sama dalam memastikan keselamatan warganegara,'' katanya. - AGENSI

Rabu, 6 Mac 2013

Ahmad Maslan kata UMNO memang bodoh


Langkah UMNO untuk mengaitkan Anwar dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah adalah lambang kebodohan UMNO yang tiada taranya. 

Ia disahkan sendiri oleh kenyataan Ketua Penerangan UMNO melalui kenyataannya sebelum ini seperti paparan di atas.

Sumber:http://greenboc.blogspot.com

Isnin, 4 Mac 2013

Isu tergempar

MASYARAKAT seluruh Tawau tergempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di Tawau pada hari Isnin 14 November 2011. PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap.

Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga / Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).
Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak terlalu tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.

Baru sahaja Perdana Menteri menghebahkan dengan gahnya bahawa ISA akan dimansuhkan kini kelegaan rakyat dikejutkan dengan tangkapan ISA. Di manakah kesungguhan Perdana Menteri,? Jujurkah beliau semasa membuat kenyataan pamansuhan ISA? Kini AKTA ISA yang "draconian" (mengerikan) itu menjelma kembali.

Antara yang ditangkap adalah pendakwah yang disegani di seluruh Tawau. Apakah tangkapan ini menunjukkan sikap 'bengis' kerajaan (UMNO-BN) terhadap kerja-kerja Islam? Masyarakat yang sakit moral kini sangat perlukan pendakwah kenapa mereka ditangkap. Anehnya pembawa punca keruntuhan akhlak dan moral dibiar berleluasa. tanpa tindakan yang proaktif.

PAS Sabah sangat dukacita dan kesal terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang akan menyebabkan porak-poranda kepada seluruh keluarga orang-orang yang ditahan dan sekali gus memberi kesan atau impak yang negatif terhadap masa hadapan anak-anak mereka.

PAS Sabah menuntut, supaya semua tahanan tersebut dibebaskan serta merta tanpa syarat.

(NOTA : Mohd. Aminuddin Aling untuk Pesuruhjaya PAS Sabah)

Bila melibatkan ahli UMNO lambat nak bertindak 

Panas: Sultan Sulu Rupanya 'Ahli UMNO' Berdaftar !!

Pembangkang terlibat insiden pencerobohan

PM minta risikan Malaysia menyiasat dakwaan terdapat pemimpin pembangkang terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu



Laporan dari portal berita Filipina, Inquirer News yang melaporkan seperti perkara di atas digunakan oleh Blogger Pro UMNO untuk mengaitkan pertumpahan darah di Sabah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan laporan dari Blogger Pro UMNO itu telah dipetik pula oleh Utusan Malaysia untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat Melayu yang membaca Utusan terhadap Anwar..

Seterusnya pula TV3 memetik pula apa yang disiarkan oleh Utusan yang menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.

Fitnah ini menyebabkan Anwar benar-benar kecewa dan beliau bercadang untuk memfailkan saman sekali lagi terhadap Utusan 

Ini pula adalah satu lagi laporan dari portal berita Filipina yang disiarkan pada 21 Februari 2013 yang mendedahkan antara sebab mengapa Tentera Sultan Sulu menceroboh Sabah..

Manila Bulletin memetik kenyataan oleh Nur Misuari , pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..

Manila Bulletin

Jadi.. bukanlah satu perkara yang menghairankan lagi kini mengapa Tentera Sultan Sulu yang lengkap bersenjata itu boleh melepasi kawalan di perairan negara oleh TLDM, APMM dan Polis Marin..

Mereka datang untuk menuntut perkara yang dijanjikan terhadap mereka oleh Presiden UMNO rupanya..

Patutlah sepupu Najib yang jadi Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas..

Selain itu perlu juga kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin Sulu adalah jemputan Khas ke Persidangan Agung UMNO pada tahun 2012 yang lalu.. ini gambarnya..


Mungkin Anwar yang arahkan Najib supaya menjanjikan penempatan untuk Tentera Sulu tu kot???


http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/03/media-filipina-dedahkan-najib-telah.html?m=1
Enam Polis Terkorban Di Semporna

Enam Polis Terkorban Di Semporna

 Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan Ahad dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Dalam sidang media Ahad malam, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.

-- BERNAMA

Ahad, 3 Mac 2013

Insiden Lahad Datu: rakyat harus tolak kerajaan lemah

Insiden Lahad Datu: rakyat harus tolak kerajaan lemah


Pertempuran darah yang berlaku di Lahad Datu yang menyebabkan kematian dua komando Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah kemuncak 'kelemahan' kerajaan yang dipimpin oleh Umno BN.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin Hussin bertanggungjawab sepenuhnya di atas dua anggota polis yang terkorban setakat ini dan akan datang.samm

SAMM juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban, SAMM yakin ia adalah pengorbanan yang suci terhadap tanahair, agama dan bangsa. Namun malangnya perkara sedih ini tidak wajar berlaku sekiranya pihak kerajaan Malaysia mengendali konflik ini dengan tepat. Apakah setelah berlaku dua kematian maka baru kerajaan nak bertindak?

Persoalan utama yang timbul di sini ialah mengapa kerajaan Malaysia terlalu lambat mengambil tindakkan, dan teragak-agak sehingga menyebabkan insiden kematian anggota keselamatan negara?

Tawaran yang diberikan juga tidak melambangkan ketegasan, sehingga beberapa kali menukar tarikh tamat tempoh yang diberi kepada penceroboh bersenjata. Akibat daripada tiada ketegasan mutlak, negara berdepan lebih banyak kematian malah tidak mustahil orang awam bakal menjadi mangsa.

Seterusnya SAMM tetap mempersoalkan bagaimana kumpulan bersenjata ini boleh mendarat di Pantai Tg Labian, mara jauh ke Kg Tandou dan berkampung di sana. Mereka menyusup berjalan kaki dengan skala yang sebesar ratusan askar malah Malah menurut Philippine Daily Inquirer memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata. beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.
Bagaimana ini tidak dapat dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati pilihanraya?

SAMM juga persoal di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion itu? Kehilangan nyawa tetap berlaku terhadap rakyat negara ini walaupun telah ratus bilion dihabiskan oleh Kementerian Pertahanan.

Sudah lengkap bersenjata, tetapi gagal menafsir keputusan tepat ketika waktu genting satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

Cukuplah, cukuplah mandat buat Umno BN. Najib Razak membuktikan dialah Perdana Menteri paling konsisten kadar penakutnya. Apakah rakyat mahu si penakut yang kurang bijak lagi penindas rakyat terus menerajui negara?

Chegu Bard
Ketua Penyelaras SAMM

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46290

Semporna pula diceroboh

KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi laman twitternya mengesahkan berkata bahawa ada kejadian tembak menembak berlaku susulan satu pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah permis di kampung Seri Jaya Siminul, Semporna kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Pemeriksaan atau siasatan polis dilakukan untuk mengesahkan samada mereka ini terlibat dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini jumlah mereka yang disyaki terlibat dalam kejadian terbabit tidak lebih daripada 10 orang.
"Dalam kejadian tembak menembak tersebut ada beberapa orang anggota polis yang cedera, butiran terperinci akan dimaklumkan kemudian." katanya.

Bagaimanapun, sebentar tadi, para penceroboh telah berjaya menculik seorang pegawai polis, Inspektor Azra dan kini mereka sedang mengepong Pengkalan Polis Marin Semporna. Namun belum mendapat pengesahan PDRM.

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu Sabtu malam.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.

Sabtu, 2 Mac 2013

Pengundi hantu diperak




LIMA rakyat Pakistan dilaporkan mengakui mereka mendapat kerakyatan Malaysia dari ejen di Sabah semasa lawatan pertama mereka ke Malaysia, dan sebahagian daripada mereka telah lima kali mengundi dalam pilihan raya.

Kes terbaru 'kerakyatan ekspres' dilaporkan di muka depan akhbar Sinar Harian hari ini selepas pemberita mengunjungi salah seorang daripada rakyat Pakistan itu di rumahnya di DUN Hutan Melintang di Perak.
Mereka telah dikesan oleh Cabang PKR Bagan Datoh semasa memeriksa daftar pemilih.

Empat rakyat Pakistan telah disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih dan kesemua mereka tinggal di rumah yang sama.

Pengarah pilihan raya PKR cabang Hutan Melintang, Ganeson A dilaporkan berkata ketika memeriksa senarai pengundi, mereka mengesyaki lima nama disenaraikan kerana mereka tinggal di rumah yang sama dan berketurunan Pakistan.

Katanya, apabila pihak parti itu pergi ke rumah tempat tinggal lima lelaki tersebut di Taman Hutan Melintang, kesemua mereka didapati mempunyai MyKad baru, kecuali seorang yang memegang kad pengenalan lama (IC).

Lima lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun, tambahnya, mendakwa mereka mendapat IC mereka apabila memasuki Malaysia untuk kali pertama.

ADA LOGISTIK TETAPI MUDAH DICEROBOH?





KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

"Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.
"Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

"Fikir punya fikir, macam sandiwara," katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastam Diraja Malaysia dan TLDM.


"Kita ada 'Operasi Pasir Laut' antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?" katanya.


Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Jumaat, 1 Mac 2013

Penurunan harga kereta tidak menyeluruh

Penurunan harga kereta tidak menyeluruh

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Cadangan Putrajaya menurunkan harga kereta hanya dinikmati segelintir rakyat Malaysia yang berkemampuan memiliki kereta luar negara yang dibina di Jepun ataupun Australia, kata pemain industri automotif negara.

Pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderan Melayu (Pekema) Datuk Zainuddin Abdul Rahman yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, ini kerana majoriti kenderaan buatan Jepun yang berada di jalan raya negara ini kebanyakannya dipasang di Malaysia, ataupun di negara-negara Asia Tenggara (Asean).

"Namun impak kepada pasaran (tempatan) kecil kerana hanya duti import yang dimansuhkan, hanya kereta pasang siap (CBU) di Jepun dan Australia yang terlibat, sedangkan kebanyakan kereta-kereta itu sekarang ini dipasang di Malaysia ataupun negara Asean (CKD)," katanya.

"Cukai negara Asean pun tidaklah tinggi ... sekadar 5 peratus," katanya, sebagai respon kepada pengumuman kerajaan semalam untuk menurunkan kadar duti import kereta di kedua-dua negara tersebut bagi membolehkan kereta — yang kebanyakan rakyat Malaysia menganggapnya sebagai keperluan berbanding kemewahan — lebih berkemampuan.

Fail gambar pada pelancaran Proton Preve pada April lepas. Dr Mahathir kata polisi baru akan memberikan kesan kepada jualan Proton. — Gambar fail Choo Choy MayZainuddin turut berkata, cadangan pemansuhan duti kereta itu juga hanya melibatkan duti import sekitar 30 peratus, dan tidak melibatkan duti eksais kenderaan.

Jelasnya lagi, harga kereta di negara ini sebenarnya masih lagi dianggap murah sekiranya Putrajaya tidak bercadang untuk menurunkan duti import tersebut.

"Kereta kita sebenarnya masih murah ... namun masih ada juga penurunan walaupun sedikit," katanya, merujuk kepada cadangan Putrajaya untuk menurunkan harga kereta tersebut.

Zainuddin bagaimanapun berkata, struktur terhadap cadangan tersebut masih samar-samar dan tidak jelas.

"Struktur cadangan pemansuhan itu masih tidak jelas ... hanya yang pasti ia tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini berkata cadangan Putrajaya itu akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun untuk kereta dari Jepun dan Australia.

Cadangan itu bagaimanapun tidak disambut baik oleh pemimpin yang menjadi tulang belakang Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila mengatakan Proton seharusnya diberikan keutamaan walaupun mempunyai prestasi yang merundum dalam industri pembuatan kereta.

"Sebagai penasihat Proton sudah tentu saya mahu melihat Proton menjual lebih banyak kereta namun polisi itu akan memberikan kesan kepada jualan Proton," katanya.

The Malaysian Insider difahamkan di bawah perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Australia, Putrajaya akan menurunkan kadar duti bermula 15 peratus pada 2013 kepada 10 peratus pada 2014 dan 5 peratus pada 2015 dengan tanpa duti pada 2016.

Malaysia juga turut menandatangani perjanjian Zon Perdagangan Bebas dengan negara Asean (AFTA) yang mana akan meliberalisasikan industri automotif negara hingga penghujung 2015 melalui pemansuhan cukai kenderaan sekurang-kurangnya 40 peratus di kawasan negara Asean.

Guan Eng hina Islam lagi



Kerajaan DAP Pulau Pinang Bertambah "Kejam" Luluskan Surau 
Bernilai RM400 Ribu...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pagi ini menyempurnakan majlis perletakan papan tanda asas pembinaan Surau Taman Ampang Jajar di Bagan.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan Islam di negeri berkenaan sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan sungguhpun terpaksa mengena serangan fitnah oleh pembangkang Umno Barisan Nasional.

"Memang Kerajaan Negeri bertindak adil untuk semua. Kita, Kerajaan Negeri menerima Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang, selain, agama agama lain bebas diamalkan di negeri ini.

"Tetapi, Kerajaan Negeri tetap fitnah. Saya pun jadi mangsa fitnah, dua kali saman Utusan, dua-dua (kes saman fitnah) menang," ujar beliau dalam satu majlis, di sini.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Pengangkutan) turut hadir pada majlis itu.

Hadir bersama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man, Salahudin Nasir (Pegawai Agama Daerah Seberang Perai Utara), Abu Bakar Zin (Pengerusi Surau PPR Taman Ampang Jajar) dan Ahmad Farid Md. Arshad (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).

Malik dan Salleh turut berucap Pada majlis tersebut.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat Pulau Pinang kini semakin bijak dengan kemudahan mengakses maklumat internet hatta tidak mudah terpengaruh oleh politik fitnah pembangkang.

Sebelum pada itu, Guan Eng mengumumkan peruntukan agama Islam RM400,000 untuk membina surau di atas sebidang tanah milik MAINPP yang berkeluasan 587 meter persegi, di sini.

Surau yang mampu menampung 150 Orang jemaah dalam satu-satu masa itu syarat siap dalam tempoh 12 bulan.

Sementara menunggu proses tender terbuka dilaksanakan sekarang, Guan Eng berkata, projek itu diharapkan bermula seawal Jun depan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) diberi tanggungjawab menyelia projek murni yang akan dikendali oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sumber :