Ahad, 27 Januari 2013

Harussani kata kafir







IPOH, 26 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita.

"Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di sini hari ini.

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan. Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. — Bernama

Sent by e-mail

Ahad, 6 Januari 2013

PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

semua yang akan turun sila ambil perhatian untuk mengelakan kesesakan sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur sila jangan buat ganguan jalan sila jangan jamkan jalan raya
perhimpunan ini dijalankan dengan aman perhimpunan ini dijalankan dengan santai suasana pesta suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
- dari pantai timur - dari kelantan - terangganu - dari pahang ambil komuter ambil lrt di wilayah gombak berhenti di masjid jemek dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter di slim river di tanjung malim di rawang dan kawasan-kawasan yang sama berkumpul di masjid negara dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari seremban kajang bangi cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter sila ambil lrt berhenti di universiti berhimpun di masjid universiti malaya bergerak ke brickfeilds warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT
berkumpul di jalan sultan

SAMM
berkumpul di kelab sultan sulaiman

WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke stadium merdeka

NOTA
sila berkumpul lebih awal dan mula bergerak ke stadium merdeka

NOTA
sila layari semua laman pro pakatan para pemilik laman para bloger anti united malays national orgnisation sila sebarkan maklumat ini

ANAK ANAK MUDA
yang bijak desin flyer yang bijak dengan media baru sila sibuk dan gempur alam siber sila gempaq dengan #kl112 sila buat heboh