Langkau ke kandungan utama

Kumpulan penyokong AES hilang.

GEORGE TOWN, 8 NOVEMBER: Kumpulan penyokong Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum ketika hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menghilangkan diri setelah diajak berdialog bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani dalam kenyataannya kepada media hari ini berkata, berikutan perhimpunan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri yang didakwa menyokong AES dilaksanakan di Pulau Pinang adalah bertentangan dengan cadangan Kerajaan Negeri untuk mengkaji pelaksanaan sistem itu terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu.
.
 Menurut Farida lagi, Pejabat Ketua Menteri sudah mengatur satu mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan penjelasan mengenai sistem komisen untuk setiap saman trafik yang bakal menguntungkan syarikat swasta.

 Malangnya pihak Kementerian menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan diadakan pada 31 Oktober lalu itu.

 “Bagaimanapun, Ketua Menteri mengarahkan agar satu perjumpaan diadakan antara pihak yang menyokong AES itu dengan kerajaan negeri di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada Isnin, 5 November 2012 jam 10.00 pagi,” kata Farida.

 Namun setelah mendapat bantuan pejabat Timbalan Ketua Menteri II, Prof Ramasamy untuk mengaturkan pertemuan itu gagal kerana memorandum itu tidak menyertakan nama dan alamat kumpulan yang menghilangkan diri itu.

 “Ini menunjukkan mereka tidak serius dan hanya mahu mencetuskan kekacauan. Kini mereka “hilang” dan gagal dihubungi,” ujar Farida.

 “Kumpulan itu bukan sahaja tidak bersungguh di dalam perkara ini malah difahamkan kebanyakan penyokong yang hadir Khamis lalu ditipu pihak penganjur bahawa mereka akan diberi wang tunai sebanyak RM50 serta hamper sekiranya mereka hadir memberi sokongan,” tambahnya sambil mencela perbuatan pihak tertentu yang memperalatkan rakyat dengan penipuan demi menimbulkan kekacauan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MyKas : Kad Pengenalan mempunyai tarikh luput LAYAK mengundi

MyPR

Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. 'My' membawa maksud yang sama seperti MyKad (Malaysia) manakala 'PR' adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.

MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap.

Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.



MyKas

Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (KP hijau)  mula dicetak di atas kad pengenalan bentuk baru (berwarna hijau) bermula 20 April 2010. Kad Pengenalan Sementara ini dinamakan MyKas dan tempoh sahlaku adalah selama 5 tahun./tarikh luput/ Expired Date

Bagi pemegang kad pengenalan Pemastautin…

PTPTN: Video DBKL rampas khemah

KUALA LUMPUR 24 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengganggu perkhemahan mahasiswadi Dataran Merdeka apabila merampas khemah dan kanopi serta memasang pita di sekitar kawasan itu, jam 6.45 pagi.

Mengikut twitter, mereka juga menghalau mahasiswa yang kebanyakannya masih tidur tanpa memberi cukup masa untuk mengambil barangan peribadi masing-masing.

Bagaimanapun, bekalan makanan dan minuman mereka tidak dirampas.
“Kamu boleh rampas khemah kami tapi kamu tak boleh rampas semangat kami!” tulis twitter kendalian kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai OccupyDataran, pagi ini.

Mereka bergabung dengan kumpulan mahasiswa yang merintis perkhemahan itu sebaik sahaja demontrasi Mansuh PTPTN berakhir Sabtu lalu.

Mereka bercadang untuk terus berkhemah sehingga 28 April – tarikh acara Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 berlangsung.

Dalam perkembangan terbaru, mahasiswa Umar Mohd Azmi yang ditahan dan dihadap ke mahkamah semalam atas dakwaan menghalang tugas pegawai DBK…

Ramai tertipu dengan ikan terubuk masin Sarawak

SEBUT saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur.

Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.

Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.

Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lu…