Jumaat, 23 November 2012

Mulia seorang Sultan


Siapakah gerangan yang memakai berbaju putih, berkopiah putih yang turut membantu lakukan pengebumian seorang hamba Allah di dalam gambar ni? Langsung tidak kisah baju berwarna putih itu kotor terkena tanah?

Jangan terkejut! 

Kerana dia adalah...

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) !!! Allahuakhbar!

sumber:fb

Sent by e-mail

Isnin, 12 November 2012

Jalan paling mahal berharga RM14.9 juta di Sabah

Jalan paling mahal berharga RM14.9 juta di Sabah

 motor


KOTA KINABALU: Pernahkah anda terbayang, sebatang jalan raya satu lorong yang hanya sepanjang 0.9 kilometer harganya RM14.9 juta?

  Inilah yang berlaku di Sabah yang diperintah Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Mungkin inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini.

Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km.

Jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Jalan ini dirasmikan oleh Musa Aman beberapa bulan lalu setelah ia disiapkan.

Perkara ini pernah dibangkitkan melalui soalan tambahan oleh seorang anggota Parlimen di Dewan Rakyat, namun tidak ada sebarang penjelasan diberikan terhadap perkara ini.

Menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi. Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya.

Wakil Harakahdaily yang melihat sendiri jalan itu mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah (gambar) dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik.

Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu.

“Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta,” dakwa Azmin Ali (PKR-Gombak) ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.

Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama.

Jumaat, 9 November 2012

500 Hadir Bantah AES

500 Hadir Bantah AES



MANJUNG, 9 NOV : NGO ‘Bantah AES’ mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membatalkan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaaan Automatik (AES) dalam tempoh seminggu.

 Koordinator Bersama, Bantah AES, Saifullah Zulkifli menegaskan, sebarang usaha untuk menangani masalah kemalangan adalah disokong..

Akan tetapi pelaksanaan AES adalah meragukan dan membebankan rakyat. “Pihak Bantah AES dengan ini memberi tempoh seminggu kepada Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membatalkan pelaksanaan AES dan memberi respon terhadap bantahan ini..

“Jika berlaku sebaliknya, satu lagi perhimpunan ‘BANTAH AES’ bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan ke Parlimen,” katanya dlam satu kenyataan media..

Beliau berkata demikian selepas Himpunan Rakyat Bantah AES yang dihadiri 500 orang penyokong di Sitiawan, Perak hari ini. .

Mereka mula berkumpul di Masjid An-Nasyirah, Sitiawan selepas solat Jumaat dan kemudiannya berarak ke pejabat Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut..

Memorandum bantahan terhadap AES ini mengemukakan empat faktor mengapa sistem itu ditolak. .

Empat faktor yang dinyatakan dalam memorandum tersebut adalah latar belakang dua buah syarikat yang dilantik dan perjanjian penswastaaan amat mencurigakan. .

Memorandum itu juga berkata kemalangan tidak disebabkan hanya kerana kelajuan semata-mata dan perlaksanaan AES menambahkan beban kewangan kepada rakyat..

“Pihak Bantah AES menyatakan kekesalan terhadap sikap penakut Ahli Parlimen Lumut, Datok Seri Kong Cho Ha untuk berhadapan dengan rakyat dan hanya menghantar kerani pejabat parlimen untuk menerima memorandum tersebut,” ujarnya lagi..

Himpunan ini dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan pimpinan masyarakat..

Antara pimpinan yang hadir dan memberi ucapan adalah wakil PKR Perak, Chang Lih Kang, Dr Raja Ahmad Iskandar yang wakili Dewan Pemuda Pas Perak, Siti Aisyah Sheik Ismail selaku wakil PKR Pusat dan beberapa pimpinan NGO lain.

Khamis, 8 November 2012

Menteri Pengangkutan tidak tahu apa-apa tentang AES

Menteri Pengangkutan tidak tahu apa-apa tentang AES

KUALA LUMPUR 8 NOVEMBER: Samada ia satu jenaka atau sengaja menzahirkan kebodohan, namun kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Chong Ha yang bersungguh-sungguh mahu AES dilaksanakan mengejutkan apabila mendakwa dia tidak tahu-menahu mengenai latar belakang syarikat kontraktor pemasangan sistem berkenaan.

 Kenyataan Chong Ha itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan pertikaian samada dia layak atau tidak menjadi Menteri Pengangkutan kerana mendakwa “tidak tahu apa-apa dan tidak berbuat apa-apa”.

Pada Isnin lalu, Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Chang Lih Chang telah membongkarkan maklumat bahawa sebuah daripada syarikat pemasangan sistem AES itu ada kaitan dengan UMNO Johor.

Malah, menurutnya, seorang daripada pemegang saham terbesar syarikat terbabit dimiliki anak sulung kepada Ketua UMNO Bahagian dan Timbalan Ketua Wanita UMNO Johor. Lebih menarik perhatian, kedua-dua mereka juga dikatakan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, menurut laporan Oriental Daily News pula, Chong Ha menyatakan beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pemilik saham syarikat terbabit.

“Dia juga menyatakan bahawa kontrak pemasangan yang dianugerah kepada kedua-dua syarikat itu dilulus oleh Kabinet pada 2008 sebelum dilantik sebagai menteri.

“Itu adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Jika Chong Ha tidak tahu-menahu mengenai maklumat penting itu, beliau wajar menangguhkan pelaksanaan AES,” katanya.

Guan Eng juga menyifatkan Menteri Pengangkutan itu sebagai “burung unta yang cuba menyorokkan kepalanya di dalam pasir” dan menyarankan menteri terbabit meletakkan jawatan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran di sebalik isu yang hangat diperkatakan sekarang tambahan kontrak itu tidak dilakukan secara tender terbuka.

Akibat daripada pelaksanaan AES, saman yang dikeluarkan telah dikomersil dan diswastakan di mana dua syarikat terbabit akan mendapat komisen daripada setiap saman bagi 831 kamera yang dipasang.

“Ternyata, perjanjian perkongsian keuntungan ini tidak langsung menjaga kepentingan awam malahan memberi keuntungan kepada syarikat kroni BN sahaja,” katanya.

Pemasangan AES bukan saja mendapat bantahan PR dan rakyat malah ia turut mendapat tentangan beberapa Ahli Parlimen BN sendiri kerana pelaksanaannya bakal mengundang lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya di negara ini.-Roketkini.com
Kumpulan penyokong AES hilang.

Kumpulan penyokong AES hilang.

GEORGE TOWN, 8 NOVEMBER: Kumpulan penyokong Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum ketika hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menghilangkan diri setelah diajak berdialog bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani dalam kenyataannya kepada media hari ini berkata, berikutan perhimpunan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri yang didakwa menyokong AES dilaksanakan di Pulau Pinang adalah bertentangan dengan cadangan Kerajaan Negeri untuk mengkaji pelaksanaan sistem itu terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu.
.
 Menurut Farida lagi, Pejabat Ketua Menteri sudah mengatur satu mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan penjelasan mengenai sistem komisen untuk setiap saman trafik yang bakal menguntungkan syarikat swasta.

 Malangnya pihak Kementerian menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan diadakan pada 31 Oktober lalu itu.

 “Bagaimanapun, Ketua Menteri mengarahkan agar satu perjumpaan diadakan antara pihak yang menyokong AES itu dengan kerajaan negeri di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada Isnin, 5 November 2012 jam 10.00 pagi,” kata Farida.

 Namun setelah mendapat bantuan pejabat Timbalan Ketua Menteri II, Prof Ramasamy untuk mengaturkan pertemuan itu gagal kerana memorandum itu tidak menyertakan nama dan alamat kumpulan yang menghilangkan diri itu.

 “Ini menunjukkan mereka tidak serius dan hanya mahu mencetuskan kekacauan. Kini mereka “hilang” dan gagal dihubungi,” ujar Farida.

 “Kumpulan itu bukan sahaja tidak bersungguh di dalam perkara ini malah difahamkan kebanyakan penyokong yang hadir Khamis lalu ditipu pihak penganjur bahawa mereka akan diberi wang tunai sebanyak RM50 serta hamper sekiranya mereka hadir memberi sokongan,” tambahnya sambil mencela perbuatan pihak tertentu yang memperalatkan rakyat dengan penipuan demi menimbulkan kekacauan.

Rabu, 7 November 2012

Peguam Perancis sah hadir Parlimen 22 Nov bongkar kes Scorpene

Peguam Perancis sah hadir Parlimen 22 Nov bongkar kes Scorpene

KUALA LUMPUR 7 November: Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.

Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.

Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada Julai 2011 tidak berulang.

"Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara ini tidak dihalang.

"Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa," jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.

Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.

Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services (DCNS), Thales dan Armaris pada 2002.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti.



Sent by e-mail