Ahad, 19 Ogos 2012

PERUTUSAN EIDULFITR 1433H — YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

PERUTUSAN EIDULFITR 1433H — YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Say dan Azizah mewakili keluarga, kepimpinan dan anggota KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr 1433 Hijrahkepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz minal eidil walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam; ujian melawan nafsu yakni musuh utama kita dan seandainya berjaya, maka kita akan dianugerahi Alllah SWT dengan petunjuk serta keampunan.

Syawal tahun ini juga masih disambut dengan suasana negara yang parah dengan penyalahgunaan kuasa; apabila amanah yang diberi rakyat untuk memimpin dikhianati dengan amalan kronisme dan rasuah, peningkatan drastik statistik jenayah, politik dendam yang tidak berkesudahan dan agenda jahat yang bertujuan memecahbelahkan keharmonian sesama kita.
 

Justeru, marilah kita sama-sama menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh keinsafan, kesederhanaan dan penuh kesabaran. Moga Syawal tahun ini menguatkan keazaman kita untuk kekal istiqamah dalam menuntut perubahan serta menggilap semangat perjuangan menegak yang hak dan yang adil serta menolak kezaliman dan kebobrokan

ANWAR IBRAHIM

Sent by e-mail

Ahad, 12 Ogos 2012

Undang-undang baru internet: Orang lain buat, anda kena

Undang-undang baru internet: Orang lain buat, anda kena

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Kerajaan Barisan Nasional akan menguatkuasakan pindaan Seksyen 144A Akta Keterangan 1950 yang akan menjadikan semua pemilik laman web, blog, facebook dan twitter sebagai pesalah walaupun komen di dalamnya dibuat oleh orang lain.

Dengan itu, kerajaan UMNO-BN terbukti telah mengamalkan kezaliman bahawa "anda didapati bersalah sehingga dibuktikan benar".

Melalui Seksyen 144A, jika pemilik laman internet kena godam (hacked), kesalahan tetap dikenakan ke atas pemilik laman-laman tersebut.

Biasanya komen dan serangan di alam internet sering dilakukan oleh pecacai siber pro-UMNO dengan kata-kata fitnah, bohong, lucah dan membenci kaum serta agama. Mereka sering menyerang laman-laman internet yang mahu kepada keadilan, kebebasan dan demokrasi.

Justeru, DAP menyokong penuh kempenInternet Blackout Day pada Selasa ini (14 Ogos), yakni kempen membantah penindasan kerajaan UMNO-BN yang mahu mengawal kebebasan internet.

Kempen ini dianjurkan oleh The Centre for Journalism (CIJ) Malaysia sebagai protes terhadap pindaan Akta Keterangan (No. 2) 2012 yang diluluskan pada 9 Mei 2012 di Dewan Negara dan digazet oleh Menteri (Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri yang menyekat kebebasan bersuara dan bermaklumat rakyat

Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, pindaan itu menyebabkan rakyat Malaysia  akan dipertanggungjawabkan di atas setiap isi kandungan yang terdapat dalam laman-laman akaun Facebook, Twitter, blog atau forum internet termasuklah komen dan artikel yang ditulis oleh orang lain.

"Kita percaya bahawa pindaan itu boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan oleh pihak berkuasa dan polis untuk menapis apa yang boleh dan tidak boleh diperkatakan di internet.

"Peraturan yang diluluskan itu  dilihat berniat tidak baik dan ianya akan melemahkan tujuan internet sebagai salah satu wadah untuk menyebarkan maklumat dan memudahkan perbincangan secara terbuka," katanya.

Beliau menjelaskan, orang yang dicuri identiti mereka dalam talian (yakni orang lain menyamar sebagai anda) juga boleh dikenakan tindakan di bawah akta ini jika kandungan yang dianggap 'salah' oleh kerajaan UMNO-BN diterbitkan dalam talian menggunakan akaun yang dicuri.
"Ini bermakna, semua pengguna internet tidak akan terkecuali mungkin menjadi mangsa akta ini.

"Apa yang menakutkan, anda akan mudah sahaja menjadi mangsa sekiranya ada pihak mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama dan maklumat anda dan melakukan 'kesalahan'.

"Ini adalah kerana Seksyen 114A  menganggap bahawa anda ialah pemilik sebenar akaun terbabit termasuklah sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri atau digodam oleh pihak lain," tambah beliau.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, pindaan akta itu akan menyebabkan hotel, restoran dan kafe siber tidak mahu lagi menawarkan akses internet kepada pelanggan kerana takut mereka akan dikenakan tindakan  undang-undang.


Sent by e-mail

Jumaat, 3 Ogos 2012

TSUNAMI KE 2 AKAN BERLAKU DI SABAH



PETALING JAYA 2 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, lebih banyak berita baik akan datang dari Sabah pada pemergian beliau ke negeri itu minggu hadapan.

"Saya akan kembali ke Sabah pada 12 Ogos, dengan kemungkinan lebih berita baik dan kita kena bersedia," katanya ringkas kepada pemberita pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, dekat sini hari ini.
 

Hujung minggu lalu, Ahli Parlimen BN, Lajim Ukin (Beaufort) dan Wilfred Bumburing (Tuaran) meletakkan jawatan dalam parti.Lajim adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ahli Majlis Tertinggi Umno bagi sesi 2009 hingga 2011, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Pengerusi BN Beaufort, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.

  
Wilfred pula merupakan Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Manah Merdeka, Pengerusi BN Tuaran dan pernah sertai parti Pertubuhan Kebangasaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kedua-dua mereka menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah dan Pakatan Perubahan Sabah.


Penyertaan mereka itu disaksikan Anwar pada majlis pelancaran kedua-dua penubuhan tersebut di Sabah, masing-masing pada Sabtu dan Ahad lalu. 

Sent by e-mail