Khamis, 5 Julai 2012

BNM di saman rm131.9 juta

BNM di saman rm131.9 juta

KUALA LUMPUR, 5 Jul – Sebuah syarikat pembinaan Bumiputera menyaman Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM131.9 juta kerana membatalkan kontrak RM320 juta dan memberi kenyataan salah terhadap syarikat itu.

Kes ini ditangguhkan berikutan masalah dalaman syarikat tersebut.

H & I Niaga pada 20 Jun lalu memfailkan saman ke atas BNM kerana kesilapan mereka membatalkan kontrak RM320 juta dan memberi kenyataan salah terhadap syarikat itu. H & I niaga menuntut RM131.9 juta sebagai ganti rugi.

Keputusan mahkamah memutuskan bahawa Affin Bank dibenarkan untuk membeli syarikat tersebut dan ini menyebabkan kes itu masih lagi kekal.

"Sekarang terpulang kepada pemiutang untuk membuat tindakan seterusnya bagi mengambil tindakan seterusnya terhadap Bank Negara" kata wakil DAP, Tony Pua yang menerangkan situasi syarikat itu Ahad lepas.

Dua bekas pengarah syarikat menegaskan bahawa syarikat bermasalah itu menekankan betapa pentingnya penyelesaian kes ini, memandangkan syarikat itu masih lagi berhutang sebanyak RM23.1 juta kepada 123 pembekal dan subkontraktor.

Mereka (H & I Niaga) mengesahkan bahawa Affin Bank telah memfailkan notis muflis sebelum mengemukakan tuntutan saman ke atas BNM, tetapi berkata mereka mempunyai hutang sebanyak RM12.8 juta kepada subkontraktor.

H & I Niaga telah memenangi kontrak RM320 juta pada September 2005 untuk membina bank pusat itu dan pusat penyelidikan kewangan yang dijangka siap pada Ogos 2007.

Ahad lalu, bekas pengarah eksekutif syarikat itu Ameruddin Ismail mendakwa berlaku kenaikan kos kerana keputusan BNM yang tidak menentu.

Ameruddin mendakwa bahawa Bank Negara sebanyak mengesahkan kepada syarikat sebanyak dua kali  dan akan dibayar pampasan untuk kenaikan kos, pada 16 Mei 2009 dan 8 April, tetapi kemudiannya membatalkan kontrak itu 20 hari kemudian.

Pengarah syarikat ketika itu, Datuk Ismail Mohd Hashim pada minggu lalu berkata bahawa H & I telah mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM16 juta untuk projek tersebut.

Ameruddin mendakwa bahawa syarikat itu telah diugut untuk menandatangani kontrak tambahan itu atau kontrak mereka akan terbatal dan mengatakan bahawa BNM adalah "tidak mesra, kasar dan berat sebelah".

"Sepatutnya tempoh siap projek terletak di bahu subkontraktor bukan kami" katanya lagi.

Datuk Ismail berkata mereka memperoleh kontrak itu berdasarkan kemampuan sendiri dan bukannya hubungan rapat dengan parti politik.

H & I menamakan BNM sebagai plaintif pertama, Tan Sri Zeti selaku gabenor, bekas naib gabenor Datuk Zamani Abdul Ghani, dan pembantu gabenor Datuk Mohd Nor Mashor.

Syarikat itu mahu BNM membayar pampasan sebanyak RM 81.9 juta sebagai ganti rugi kerja dan RM50 juta sebagai saman malu.

Syarikat itu telah menemui pemimpin DAP untuk membawa kes ini ke muka keadilan selepas tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah ini, termasuk arbitasi, membawa isu ini ke Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri.


Sent by e-mail