Sabtu, 9 Jun 2012

Haram jadah di saman



TEMERLOH: Seramai lima orang peneroka sekitar Jengka semalam bertindak membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 15 Adnan Darus serta dua akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro.

 

Menurut salah daripada mereka Abdul Rahim Abdul Rahman, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh itu terpaksa diambil berikutan peneroka-peneroka terbabit merasa maruah mereka diaibkan secara terbuka seolah-olah mereka orang yang bersalah.

Katanya, pada 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan 'durian runtuh' di Felda Jengka 8 telah menghina peneroka dengan perkataan haram jadah yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini.

"Kenyataan yang diungkapkan Najib di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen itu telah mengakibat kami dipandang hina oleh masyarakat.

"Selepas kenyataan tersebut diungkap PM pihak media turut menjadikan kami sebagai sasaran cemuhan sepanjang agihan durian runtuh kepada peneroka sehingga menyuburkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama warga Felda.

"Dengan kenyataan biadab itu juga terbit bentuk ugutan dan tekanan kepada kepada peneroka supaya tidak membawa sebarang kes bersangkutan Felda ke mahkamah, ia tentu tidak adil kerana menyekat hak peneroka untuk memilih mahkamah sebagai salah satu jalan penyelesaian," katanya kepada media selepas membuat laporan polis.

Abdul Rahim berkata, bagi akhbar Utusan Malaysia, pada 18 Mei lalu telah menyiarkan satu berita di muka depan bertajuk 'Peneroka Fail Injunksi Ambil Cek Durian Runtuh' dengan memaparkan gambar dua orang peneroka yang sedang menerima cek.

Tambahnya, akhbar berkenaan sengaja membuat dakwaan kedua-dua peneroka tersebut kononnya memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) walhal mereka memfailkan injunksi menghalang pelupusan aset KPF kepada FGVH.

"Akhbar berkenaan juga mendakwa peneroka-peneroka yang menjadi tumpuan ramai sengaja menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang dilontarkan apabila tampil mengambil cek dutrian runtuh.

"Akhbar tersebut juga mengada-adakan cerita kononnya kami berlima mengambil cek dalam keadaan tergesa-gesa dengan memberi alasan mempunyai urusan lain bagi menggambarkan kami malu," ujarnya.

Jelasnya, berita yang sengaja direka-reka itu mengakibatkan  timbulkan keadaan tidak baik, syak wasangka dan boleh menimbulkan permusuhan sesama warga Felda.

Tambahnya, akhbar Harian Metro pula menyiarkan berita menggambarkan 'peneroka lima sekawan' berkenaan tidak mempunyai prinsip kerana termakan hasutan pembangkang sehingga malu untuk berhadapan dengan peneroka lain walaupun membantah dan membawa kes ke mahkamah.

Menurutnya lagi, akhbar berkenaan hanya memetik kenyataan bohong dan fitnah daripada Pengerusi JKKR Jengka 15.

"Hasil daripada kenyataan yang disiarkan itu membuatkan mesyarakat memandang serong dan timbul prasangka buruk kepada kami," jelasnya.

Sementara itu, peguam Harris Abdullah yang turut hadir, selepas ini pihaknya akan bertindak lanjut dengan memfailkan saman terhadap empat pihak di atas kerana terdapat locus standi.

Turut hadir memberi sokongan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan kira-kira 30 orang peneroka.


Sent by e-mail

Isnin, 4 Jun 2012

Lim guan eng buat hal lagi di pulau pinang



Pulau Pinang 2 jun 2012
Ketua menteri pulau pinang lim guan eng kurang sopan kerana berkaki ayam
semasa melawat mangsa banjir, ini akan menyebabkan pelabur luar negara takut
untuk melabur di pulau pinang kerana menyangka negeri pulau pinang negeri yang mundur
kerana ketua menteri pun tidak mampu memakai kasut,

najib perlu menyakinkan sekali lagi negara pelabur UK dengan membawa mereka ke pulau pinang, dengan berbuat demikian maka pelabur akan yakin dan percaya bahawa malaysia adalah negara yang sangat kaya.


bagi pelabur luar negara, melihat keadaan ketua menteri pulau pinang ini, 
mereka akan beranggapan penang adalah negeri miskin papa kedana, 
dan bagi kerajaan umno pula berkaki ayam tidak di benarkan sama sekali.. 
kerana ianya boleh menjatuhkan maruah pemimpin umno !
 by @tiewnama on twitter-era pasca

Sabtu, 2 Jun 2012

Debat PAS vs UMNO: Siapa Sesat?

Debat PAS vs UMNO: Siapa Sesat?

Program dengan tajuk "PAS -PARTI AJARAN SESAT" anjuran Umno dengan Ustaz Fathul Bari sebagai ahli panel.


Muqaddimah:
Sekian lama wujud persengketaan antara PAS-Umno dalam arena politik Melayu Islam di Malaysia. Tuduh-menuduh, kafir-mengkafir, sesat-menyesat antara Umno dengan PAS sudah bukan menjadi rahsia lagi.

Blog Fathul Bari, mendakwa PAS mengeluarkan fatwa songsang. 


Terkini, timbul kembali isu lama “undi PAS masuk syurga”. Sebelum itu timbul isu “PAS – Parti Ajaran Sesat”, malah Umno melalui Ulama Muda Umno (ILMU) mengadakan beberapa siri penerangan atas tajuk ini – PAS – PArti Ajaran Sesat. Ini tidak masuk isu “Amanat Haji Hadi”, Memali dan lain-lain yang cuba diangkat kembali ole ILMU melalui Ustaz Fathul Bari.

Atas keinsafan ini, Pemuda PAS Gombak menganjurkan satu wacana debat di antara PAS melalui Pemuda PAS Gombak serta Umno melalui Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU).

Objektif:
Menyediakan platform kepada PAS yang diwakili Pemuda PAS Gombak dan Umno yang diwakili Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) untuk memberi penjelasan isu-isu berkaitan.
Memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk memberi penjelasan terbuka kepada masyarakat tentnag isu “PAS – Parti Ajaran Sesat”
Menjadi medan muzakarah terbuka bagi kedua-dua belah pihak.
Format:
Debat (Rujuk Lampiran 1)
Tajuk:
PAS vs UMNO ; Siapa Sesat?
Ahli Panel:
Wakil Sekretariat Ulama Muda Umno VS Wakil Pemuda PAS Gombak
Tarikh:
26 Jun 2012
Masa:
8.00 – 11.30 malam
Tentatif:
Rujuk Lampuiran 2
Lokasi:
Dewan Sri Siantan, Taman Sri Gombak
Sasaran:
Umum
Penutup :
Mudah-mudahan program ini mendapat manfaat daripda semua pihak demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan dirahmati tuhan.

Lampiran 1: Format

Program ini akan menggunakan format debat, setiap panel akan diberikan masa yang sama banyak dalam 5 pusingan, sebagaimana berikut.
Pusingan 1 : Setiap ahli panel memperkenalkan diri masing-masing dan memberi ulasan tajuk debat (15 minit setiap ahli panel)
Pusingan 2 : Ahli panel akan mengulas tajuk masing-masing (10 minit minit setiap ahli panel)
Pusingan 3 : Sama dengan Pusingan 2: Ahli panel akan mengulas tajuk masing-masing (10 minit minit setiap ahli panel)
Pusingan 4 : Sesi soal-jawab; para penonton akan diberikan ruang untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel dan ahli panel akan menjawab soalan yang dikemukakan.
Pusingan 5 : Sesi penggulungan; setiap ahli panel memberi hujah terakhir dan menggulung tajuk debat (5 minit setiap ahli panel)

Lampiran 2 : Tentatif Program

8:00 malam : Ketibaan para penonton
8:30 malam : Ketibaan para VIP, dan ahli panel.
9:00 malam : Ahli panel dan pengerusi mengambil tempat
9:15 malam : Ucapan alu-aluan daripada pengerusi prgoram
9:30 malam : Sesi Debat
11:00 malam : Sesi debat tamat
11:30 malam : Sesi sidang media

sumber

Himpunan hijau yang meresahkan umno

ALOR SETAR: Kejayaan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung seharian di sini semalam sekali lagi menambah kerisauan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan pilihan raya.

AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata kejayaan PAS menghimpunan ratusan ribu rakyat khususnya anak muda tanpa ada sebarang konsert melalaikan sudah tentu memberi tekanan kepada Najib.


"Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.

"Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.


Menurutnya, semua kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti.

Himpunan Hijau Ke Puterajaya menurutnya bukan sahaja berjaya mengumpul ramai orang, malah matlamat dan sasaran tercapai.


Semua ruang stadium ujarnya padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana di dalam penuh sesak.


Lebih menarik kata Ustaz Idris, mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas di mana 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K-Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya.


Pak Samad Said pula mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.


"Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit "terencat bilang".


"Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara," katanya.




Sent from iPhone

Jumaat, 1 Jun 2012

Gambar-gambar Himpunan Hijau




Walaupun hujan,ia tidak mematahkan semangat perhimpunan




hanya 300 orang yang hadir,mengikut kiraan Rais yatim.....

sembahyang bersama

Queen elizabeth Terima Kritikan Rakyat



Dikatakan beberapa negara yang masih mendaulatkan monarki British itu seperti Australia, Kanada, New Zealand dan lain-lain akan turut menyambutnya.

Di UK, sambutan kelihatan agak besar. Masih nampak perasaan sayang rakyat pada ratu.

Saya sendiri merasakan, jika saya rakyat British yang asal, tentu saya juga akan berbangga dengan sumbangan yang pernah diberikan oleh keluarga diraja British itu.

Di samping pelbagai sudut yang dikritik, British pernah menjadi empayar yang begitu hebat dan luas sehingga disebut "the Sun never sets on the British empire".

Sebahagian kekayaan dan kemakmuran yang dirasai oleh rakyat British hari ini hasil usaha ‘penjajahan' yang dilakukan oleh keluarga diraja British, sama ada secara langsung ataupun tidak.

Di sudut itu, keluarga diraja British memang menyumbang untuk negaranya. Ia bukan keluarga diraja yang hanya menghisap hasil rakyat dan meminta mereka disanjung tanpa satu catatan sejarah yang boleh dibanggakan.

Mereka menjajah, ya! Itu suatu yang negatif bagi kita yang dijajah. Namun, untuk negaranya mereka telah membawa kekayaan pulang hasil ‘perahan' negara lain. Maka, keluarga diraja British adalah keluarga yang berjasa dan mencatatkan sejarah.

Sekalipun sebagai penjajah, mereka bukan keluarga diraja yang menjemput penjajah sehingga sanggup menyerah tanah dan rakyat untuk kepentingan diri, tetapi mereka menakluki negara lain dan membawa hasilnya ke Britain kembali.

Kritikan

Pun begitu sambutan Diamond Jubilee yang akan berlangsung itu tidak sunyi dari kritikan. Akhbar dan orang ramai ada yang memprotes sambutan tersebut sebagai membazir wang negara dalam keadaan ekonomi Eropah yang tidak stabil sekarang.

Ada yang membuat undian pendapat apakah sambutan itu membazir ataupun tidak. Ada pula yang mengira kos kerugian cuti disebabkan sambutan tersebut.

Hasrat Queen untuk mendapat hadiah sebuah kapal persiaran daripada kerajaan sempena Jubilee ini pun telah ditolak apabila tinjauan menunjukkan 64 peratus rakyat tidak bersetuju.

Demikian ramai juga yang mengkritik sambutan Jubilee ini disebabkan antara jemputan Queen ialah raja-raja yang dianggap tidak demokratik dan zalim dari pelbagai negara. Kritikan ditujukan kepada Queen sebagai tidak sensitif dengan isu kemanusiaan.

Apapun, kami di sini akan dapat cuti. Segala kritikan dan sokongan kepada Queen adalah asam garam kehidupan mereka di sini yang menghormati hak rakyat dalam bersuara. Setuju ataupun tidak satu hal.

Namun memberikan ruang rakyat bersuara adalah tanda pemerintah yang demokratik dan menghormati rakyat. Rakyat tidak dianggap derhaka hanya dengan memberikan pendapat yang berbeza.

Hanya kelompok ‘jakun' yang cuba hidup dalam dalam kalangan manusia berakal sahaja yang menganggap memberi pendapat itu satu jenayah, sekalipun ia tidak diikuti dengan aktiviti yang mengancam dan merosakkan keselamatan rakyat.

Ya, sudah pasti ada peraturan dan adabnya dalam setiap perkara. Namun hak bersuara tidak boleh dinafikan. Kita patut ‘tabik' kepada monarki British di ‘sudut itu'. Mungkin perkembangan politik British juga tidak memberikan mereka pilihan melainkan demikian.

Saya rasa itulah salah satu sebab monarki British itu masih disayangi dan rakyat merasakan mereka patut terus berada di situ.

Isu Malaysia

Saya terlambat ikuti perkembangan isu di Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa ada isu tentang istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM 500,000.

Saya juga dimaklumkan bahawa ada yang telah kritik isu ini. Saya tidak tahu pendetilan isu tersebut. Saya tidak tahu siapa yang patut dipersoalkan.

Cuma, apabila ada yang bertanya dalam Twitter, saya jawab secara umum bahawa ‘JIKA' golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka.

Ini kerana hanya Tuhan sahaja yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia. Saya tweet hal itu secara umum tanpa ditujukan khusus kepada sesiapa.

Ada yang cuba menjadikan tweet itu khusus kepada isu berkenaan. Sebenarnya tidak. Ada pula yang menyunting rakaman ucapan saya dalam isu lain yang dah lama semasa saya masih di Malaysia, lalu dikaitkan dengan isu berkenaan.

Itu pun tidak betul. Saya tidak tujukan kepada peribadi, tetapi kaedah yang umum. Saya juga setuju, menegur pemerintah ataupun raja dalam isu peribadi memerlukan bahasa yang sesuai dan berkesan. Kritikan hendak membina (constructive criticism). Namun hak menegur tetap ada.

Saya mungkin tidak bersetuju dengan isi sesuatu kritikan. Bahkan saya mungkin menentang pengkritik itu sendiri dalam isu-isu yang lain.

Namun saya berpegang bahawa seseorang rakyat itu selagi dia menggunakan bahasa yang wajar dan hujah yang betul, tidak wajar untuk dia dihukum kerana mengkritik.

Mana-mana pihak yang menghalang orang mengkritik golongan bangsawan sekalipun dengan bahasa yang betul, adalah golongan feudal yang tidak wajar menguasai politik masa kini.

Adakah sesiapa dalam kalangan pemerintah kita yang lebih mulia, hebat dan gagah dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab? Beliau pernah ditegur, namun beliau tidak menghukum pengkritiknya.

Khalifah Umar bin al-Khattab suatu hari pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai manusia dengarlah!"

Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: "Kami tidak mahu dengar."

Lantas Umar bertanya: "Kenapa wahai Salman?"

Jawabnya: Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai."

Kata ‘Umar: "Jangan tergesa-gesa wahai Salman."

Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah.

Kata Umar: Aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku."

Jawabnya: Ya!

Maka kata Salman: "Sekarang kami akan dengar". (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
Tiada hukuman pun, sedangkan itu ‘Umar bin al-Khattab. Apakah kita merasakan bahawa ada pihak yang lebih mulia dari Nabi SAW dan para al-khulafa ar-Rasyidin.

Nabi SAW sendiri pernah dipersoalkan beberapa tindakan baginda seperti tentang isi perjanjian Hudaibiah yang baginda meterai.

Baginda tidak menghukum pengkritik. Sedangkan baginda seorang nabi. Siapakah yang merasakan lebih mulia dari baginda?

Ulama

Ulama mestilah bersikap seperti tokoh ilmuan agung mazhab al-Shafie iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H). Saya telah petik kisah beliau dalam artikel saya semasa saya masih menjadi mufti Perlis.

Saya ketika itu mengkritik kenaikan harga barang. Artikel itu disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia. Saya petik kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.

Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.

Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:

"Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas.

"Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki seberkas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamba perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga Baitul Mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu.

"Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan Nabi-Nya SAW. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Inilah tokoh Mazhab al-Shafi'i yang sangat hebat dari segi ilmu dan akhlak. Di Malaysia, ada yang fanatik mazhab. Pantang dengar orang tidak berpegang dengan mazhab Shafie yang "dia faham", terus hendak diadukan kepada sultan dan raja.

Malang sekali, sikap dan budi tokoh-tokoh mazhab itu tidak diteladani. Kita tidak meminta pemerintah supaya jadi seperti ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Kita minta jangan buat sesuatu yang menimbul persoalan dan kegelisahan rakyat.

Kita ingin sayangkan pemerintah kita dengan ikhlas. Pihak istana akan lebih dihormati dan disayangi jika mereka mengikut perkembangan dan perasaan rakyat.

Hari ini dunia terbuka. Memaksa orang suka hanya membakar rasa kebencian. Namun, akhlak yang baik, teladan yang bagus dan kehidupan yang jujur akan menjadikan sesebuah institusi itu bertambah dekat di hati dan jiwa rakyat.

oleh-PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN