Langkau ke kandungan utama

Ucapan Ds Nizar semasa mengadap Sultan minta bubar Dun

Istana Kinta

UCAPAN PENUH BEKAS MB PERAK KETIKA MENGADAP SULTAN PERAK, KETIKA KERAJAAN YANG SAH DI GULINGKAN OLEH SEBUAH PARTI YANG RASUAH! :) SILA SHARE TANDA ANDA SETUJU DGN UCAPAN NIZAR INI, SEKIAN! :)

Sejarah hitam Perak - 'Hansard' masa Ds Nizar mengadap Sultan minta bubar Dun !!

11.45 pagi, 5 Februari 2009, Ds Nizar menerima titah Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Sebaik saja tiba diistana, Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-Undang Negeri (LA), Dato Kamal Md. Shahid.

Sultan Perak telah menyatakan kepada Nizar.

1. Semua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan mengaku bersetuju terus bersama BN.

2. ADUN Bota telah setuju kembali kepada Umno-BN.

3. ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan mengaku bersetuju keluar dari Pakatan Rakyat. Mereka mengaku menjadi ADUN bebas yang menyokong BN. Kedudukan itu menjadikan jumlah ADUN yang menyokong BN seramai 31 orang. (28+3).

4. Maka kedudukan terkini DUN Perak ialah BN memiliki majority dengan 3 kerusi berbanding hanya 28 kerusi Pakatan Rakyat.

DS Nizar telah memohon mencelah dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah tersebut.

1. Saya hanya memohon perkenan DYMMM Tuanku untuk membubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan kepada saya sebagai Menteri Besar dan Ketua DUN.

2. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

3. Saya mahu mendaulatkan dan memartabatkan institusi istana sebagai institusi terulung dan teragung dikacamata rakyat.

4. Jika DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, sekaligus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini adalah keadilan yang kita laungkan.

5. Saya mengajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur atas anugerah Ilahi bersempena sambuatn Jubli Perak pemerintahan Tuanku, dalam keadaan Allah SWT memanjangkan usia Tuaniu sehingga ke usia 82 tahun. Saya menyeru agar Tuanku merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta memohon pengampunan daripada Allah SWT.

6. Saya menyatakan dengan jelas, jika Tuanku perkenan membubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi istana sepenuh jiwa dan raga.

7. Sebaliknya saya menyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi DiRaja dan Tuanku sendiri.

8. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku, dimanakah maruah kerajaan Umno-BN yang mengambil 3 ADUN Pakatan Rakyat (Janmaludin, Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka sedangkan 2 daripada mereka telah dituduh oleh pimpinan Umno sendiri, sebagai mengambil rasuah untuk menerima habuan serta sedekah seks.

Kedua-dua mereka akan menghadapi perbicaraan mahkamah seksyen Ipoh pada 10 Februari 2009. Saya juga memaklumkan kepada DYMM Sultan, seandainya pertuduhan keatas mereka disabitkan oleh mahkamah sebagai bersalah, maka apa yang akan terjadi kepada kerajaan itu kelak.

Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat ianya sebagai campurtangan istana dan ini akan mencemarkan imej serta kedaulatan istana.

9. Saya memaklumkan bahawa jika dibubarkan Dun Perak, seluruh institusi di Malaysia pasti akan memberi penghormatan tertinggi dimata rakyat jelata, bahkan masyarakat dalam dan luar negeri akan turun menghormati DYMM Tuanku.

Kekebalan dan kekuasaan DiRaja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh Umno sewaktu dibawah pemerintahan Dr. Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej yang baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

10. Saya nyatakan secara verbatim, kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu mula menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku itu berjudul “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance”.

Saya bacakan kepada Tuanku petikan ucapan Tuanku sendiri seperti yang terkandung didalam buku itu, yang berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang Di Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal.”

11. Selepas saya bacakan ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkapan, saya merayu agar tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut.

Bahkan saya nyatakan bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku didalamnya, adalah menjadi rujukan penghakiman semua Negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

12. Saya mengingatkan kepada DYMM tuanku bahawa banyak Negara seperti Singapura, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi DiRaja, namun apabila keputusan istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan hasrat serta hak rakyat, maka kini institusi di Raja dinegara-negara itu telah hilang.

13. Saya merayu dengan merujuk kepda ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar dimana ucapan Tuanku, Ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya, telah menitikberatkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Ucapan-ucapan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh TV Bernama.

14. Akhirnya, saya dengan penuh rendah diri, dengan nama Allah, memohon kepada DYMM tuanku agar dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Sebaik saja habis saya menyebut perkara diatas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah” Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan.”

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku dan beredar bersama Penasihat Undang-Undang Negeri.

Ulasan

  1. Sultan Perak pun tidak bersifat adil d dalam menangani permasalahaan perlanggaran tatasusila ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

Catatan popular daripada blog ini

MyKas : Kad Pengenalan mempunyai tarikh luput LAYAK mengundi

MyPR

Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. 'My' membawa maksud yang sama seperti MyKad (Malaysia) manakala 'PR' adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.

MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap.

Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.



MyKas

Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (KP hijau)  mula dicetak di atas kad pengenalan bentuk baru (berwarna hijau) bermula 20 April 2010. Kad Pengenalan Sementara ini dinamakan MyKas dan tempoh sahlaku adalah selama 5 tahun./tarikh luput/ Expired Date

Bagi pemegang kad pengenalan Pemastautin…

PTPTN: Video DBKL rampas khemah

KUALA LUMPUR 24 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengganggu perkhemahan mahasiswadi Dataran Merdeka apabila merampas khemah dan kanopi serta memasang pita di sekitar kawasan itu, jam 6.45 pagi.

Mengikut twitter, mereka juga menghalau mahasiswa yang kebanyakannya masih tidur tanpa memberi cukup masa untuk mengambil barangan peribadi masing-masing.

Bagaimanapun, bekalan makanan dan minuman mereka tidak dirampas.
“Kamu boleh rampas khemah kami tapi kamu tak boleh rampas semangat kami!” tulis twitter kendalian kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai OccupyDataran, pagi ini.

Mereka bergabung dengan kumpulan mahasiswa yang merintis perkhemahan itu sebaik sahaja demontrasi Mansuh PTPTN berakhir Sabtu lalu.

Mereka bercadang untuk terus berkhemah sehingga 28 April – tarikh acara Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 berlangsung.

Dalam perkembangan terbaru, mahasiswa Umar Mohd Azmi yang ditahan dan dihadap ke mahkamah semalam atas dakwaan menghalang tugas pegawai DBK…

Ramai tertipu dengan ikan terubuk masin Sarawak

SEBUT saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur.

Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.

Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.

Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lu…