Rabu, 30 Mei 2012

Exco Pemuda Umno kata Najib lemah jiwa

debat

Exco Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Che Aseh menyifatkan Hiu Woong Sin - individu yang mengganggu ucapan perdana menteri di London baru-baru ini - sebagai "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu.

"Rupanya tuan tidak seperti raja pahlawan. Oleh itu, saya menyerah kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap beliau," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Hiu itu sebagai "(ayam) berkokok di luar gelanggang, tiba di tengah menyusup di celah kelangkang."

Sebelum ini pihaknya telah mengutus surat kepada Hiu untuk berdebat melalui Kelab Umno di London.

Kemudian, pemuda itu membalas dalam laman sosial Facebooknya bahawa beliau sedia berdebat dengan Pemuda.

Bagaimanapun Hiu kemudiannya menolak cadangan untuk berdebat, seperti dalam satu surat kepada pengarang Malaysiakini pada 25 Mei.

"Dalam surat tersebut mesejnya sangat pendek sebenarnya. Beliau tidak sanggup berdebat atau menerima pelawaan saya.

"Oleh yang demikian, kita hormat ketidaksanggupan beliau," kata Muhd Khairun dalam sidang media.

Muhd Khairun berkata pintu berdebat itu bagaimanapun sudah tertutup dan Pemuda tidak akan mengulangi tawaran itu kepadanya, jika Hiu mengubah fikirannya.

"Kita rasa tempoh tujuh hari sudah cukup (untuk beliau berfikir)," katanya sambil menambah surat tawaran itu dihantar kepada Hiu pada 18 Mei lalu.

Mengulas lanjut tindakan Hiu yang mengganggu ucapan Najib itu, Muhd Khairun berkata isu kebebasan bersuara juga "mempunyai had."

Beliau mengemukakan contoh pada 2006, bekas Presiden China Hu Jintao diganggu oleh seorang individu sewaktu menyampaikan ucapan di Amerika Syarikat.

"Individu itu ditahan dan dituduh... Perlakuan menganggu ucapan bukan dalam perimeter kebebasan bersuara," kata Muhd Khairun.

Muhd Khairun turut mengulas satu kenyataan Hiu di Facebook yang menggelar sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebagai "pengikut setia (lap dog)" Pemuda Umno kerana menyiarkan cabaran debat itu.

Katanya, beliau berasa sedih dengan tindakan itu kerana berpendapat, gelaran "lap dog" dalam tulisan pada 18 Mei itu bermaksud "anjing."

Ketika ditanya, Muhd Khairun berkata beliau tidak akan mengambil apa-apa tindakan atas gelaran tersebut.

"Tidak, tidak... Kita nak tegaskan kepada beliau, apa yang dilakukan tidak sesuai dengan menggelarkan The Star sebagai anjing," katanya.

Dalam tulisan di Facebook itu, Hiu berkata: "Umno melalui pengikut setianya The Star, mencabar saya untuk berdebat dengan mereka, mereka kata satu surat akan dihantar kepada mereka dan saya mesti menjawab dalam (tempoh) tujuh hari. Saya beritahu mereka saya sudahpun bersedia sekarang."

Ulasan PKK:
Chua Soi Lek, presiden MCA sekali lagi menyahut cabaran debat dengan Lim Guan Eng setiausaha DAP, ketua pemuda UMNO Kahiry Jamaluddin juga sudah 2 kali berdebat dengan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, tetapi.. Perdana Menteri Malaysia Najib Razak masih lagi tidak berani menyahut cabaran debat EKONOMI dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, atas alasan yang tidak munasabah! kita tahu.. PM kita adalah PM Si Gadis Yang Ayu!
Jika Exco Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Che Aseh berkata orang yang tidak mahu berdebat sebagai LEMAH JIWA atau sebagai AYAM,Bagai mana pula dengan Najib yang menolak Debat dengan DSAI,
Ayam juga kah?

sumber

Related Posts

Exco Pemuda Umno kata Najib lemah jiwa
4/ 5
Oleh