Sabtu, 21 April 2012

Zahida Rafik mengambil tindakan undang-undang atas dakwaan

Zahida menerusi laman Twitter miliknya berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya. "Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik," ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu.


Sebuah portal dalam talian Rabu lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.


 Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media. Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.



Zahida tidak menafikan orang yang membuat pendedahan itu bekas pemandunya. Berdasarkan mesej di Twitter, Zahida mendakwa telah meminta peguamnya bertindak. Soalannya, mengapa masih tidak membuat laporan polis kerana tindakan itu adalah tindakan asas tanpa perlu meminta pandangan peguam. Jika pendedahan itu tidak benar, mengapa masih tidak membuat laporan polis terhadap bekas pemandunya.

 Harus kita ingat, pendedahan bekas pemandu Zahida dibuat dalam sebuah laporan polis, bukannya kenyataan bersumpah atau kenyataan media. Seperti dilaporkan oleh KD, portal yang mula-mula membangkitkan isu ini, Zuraida Kamaruddin memetik butiran tentang skandal menteri ini daripada laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman.

Related Posts

Zahida Rafik mengambil tindakan undang-undang atas dakwaan
4/ 5
Oleh