Home » » Tanah pun sokong Bersih 3.0

Tanah pun sokong Bersih 3.0

Written By kiff isme on Selasa, 24 April 2012 | April 24, 2012

 Tanah pun sokong Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang terdiri daripada gabungan 70 pertubuhan NGO dan parti politik menyokong himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada Sabtu, 28 April ini di Dataran Merdeka.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, ahli-ahli dan penyokong Tanah seramai 10 ribu orang akan berarak bermula daripada Menara Maybank di Puduraya mulai jam 1.30 petang menuju ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Ahli dan penyokong Tanah akan berpakaian putih berlambang Pulau Batu Puteh yang menjadi salah satu tuntutan untuk dibicarakan semula. Kain lilitan kuning akan di ikat pada tangan sebagai tanda sokongan Tanah kepada Bersih 3.0,” katanya dalam kenyatan kepada Harakahdaily.

Selain beliau, Mazlan berkata, antara pimpinan Tanah yang akan bersama dalam perarakkan intu adalah Salahuddin Ayub, Datuk Dr Mahfoz Mohamad, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Suhaizan Kaiat, Amni Jagat, Suhaimi Said, Man Kadir (Pak Jabit) dan ramai lagi.

Menruutnya lagi, beberapa bekas pimpinan Umno pun turut dijangka akan bersama dalam perarakan ini.

Beliau turut memberitahu, sepuluh tuntutan Tanah adalah:

1. Tuntut Semula Pulau Batu Putih.
2. Siasat Penyerahan Tanah KTM Tanjung Pagar
3. Hentikan Pengurniaan Tanah Kepada KPRJ/Kroni.
4. Rampas Tanah Penyeleweng.
5. Selamatkan Tanah Rizab Melayu.
6. Wartakan Tanah Rizab Orang Asal.
7. Ketelusan Pengurniaan Tanah.
8. Pemilik Tanah Miliki Ekuiti Projek Mega.
9. Selesaikan Projek Rumah Terbengkalai.
10. Hentikan Manipulasi & Kurangkan Birokrasi.

Katanya, Tanah akan mengadakan Himpunan Tanah Rakyat pada Sabtu, 5 Mei depan jam 2 petang di Plaza Angsana, Johor Baharu.

“Tanah menyeru semua rakyat Malaysia untuk turut serta bersama menyokong himpunan Tanah sebagai tanda simpati kepada nasib rakyat yang tertindas akibat kelemahan kerajaan menguruskan hal ehwal tanah di negara ini,” ujarnya.-hd

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.