:
Home » » Shaariibuu Setev: Altantuya pernah tunjukkan gambar bersama Najib

Shaariibuu Setev: Altantuya pernah tunjukkan gambar bersama Najib

Selasa, 10 April 2012 | 0 comments

Shaariibuu Setev

Shaariibuu Setev mendakwa bahawa anaknya, Altantuya pernah menunjukkan gambarnya bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda, sebelum Altantuya datang ke Malaysia. Menurut Shaariibuu Setev, Altantuya menuding kepada Najib dalam gambar, sambil berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib, agar memutuskan sesuatu.

Shaariibuu Setev yakin bahawa dirinya mampu mengaitkan kes pembunuhan anak perempuannya dengan pembelian kapal selam, dan sudi menampilkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.

"Seandainya mahkamah Perancis meminta saya menjadi saksi, saya sudi untuk hadir dan memberi keterangan saya di situ. Apa yang penting, saya mendedahkan apa yang saya ketahui pada masa yang tepat," katanya dalam satu sidang media bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel, di Petaling Jaya, tadi.

Shaariibuu Setev menambah, sebelum anak perempuannya datang ke Malaysia, beliau bertanyakan sebabnya. Altantuya pada ketika itu menunjukkan satu gambar yang diambil bersama Najib dan Abdul Razak Baginda, malah mendakwa gambar itu diambil di Perancis.

Shaariibuu Setev menjelaskan, Altantuya pada ketika itu menuding kepada Najib dalam gambar, berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib agar memutuskan sesuatu. "Saya beritahunya, tidak memadai untuk berbuat begitu, tetapi beliau (Altantuya) tetap untuk meneruskan (keputusannya)," kata Shaariibuu.

Shaariibuu Setev menambah, "Seandainya saya tahu dia (Altantuya) akan ditimpa malapetaka, saya akan menyimpan gambar tersebut. Ramai saksi yang pernah nampak gambar tersebut."

Beliau mengakui dirinya tidak tahu pada ketika itu, bahawa orang yang dituding dalam gambar itu adalah Najib, iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dan menyandang jawatan Perdana Menteri kemudiannya.

Pada 29 Jun 2007, sepupu Altantuya Shaariibuu, iaitu Burma Oyunchimeg ketika tampil di mahkamah, mendakwa dirinya pernah tengok gambar yang diambil bersama Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak Baginda. Bagaimanapun, gambar tersebut bukan bahan bukti dalam mahkamah, dan belum terdedah sehingga kini.

Pada Julai 2008, Najib Razak yang pada ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, menafikan bahawa dirinya kenal dan pernah berjumpa dengan Altantuya Shaariibuu. Najib berkata tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Altantuya adalah pembohongan yang berniat jahat, dengan motif untuk mengalih pandangan rakyat.

Ketika ditanya wartawan, Shaariibuu berkata Altantuya sekadar memberitahu bahawa dirinya datang ke Malaysia untuk bertemu dengan "orang penting", tanpa menyebut bahawa dirinya datang berjumpa dengan Abdul Razak Baginda. Shaariibuu mendakwa dirinya mengetahui bahawa kes pembunuhan anak perempuannya ada kaitan dengan pembelian kapal selam Perancis, dan sudi tampil sebagai saksi di mahkamah Perancis untuk membantu mengaitkan kedua-dua kes ini. Shaariibuu berkata dirinya bakal mendedahkan lebih banyak butiran di mahkamah.

Altantuya Shaariibuu mati dibunuh pada usia 28 tahun. Wanita Mongolia ini tiba di Malaysia pada Oktober 2006, dilaporkan hilang antara 18 hingga 19 Oktober. Pada 6 November, cebisan tulangnya yang diletupkan itu dijumpai di hutan Shah Alam. Kes ini dibicarakan mulai April 2007. Altantuya ialah seorang penterjemah, dikatakan memainkan peranan dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger