Langkau ke kandungan utama

Populariti Najib: Merdeka Center pertahan kajian

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Merdeka Center mempertahankan hasil kajian pihaknya mengenai populariti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang diumumkan Isnin lalu, sambil menegaskan reaksi ‘dingin’ pemimpin-pemimpin Umno memang sudah dijangkakan.

 Hasil kajian terbaru itu menunjukkan populariti Najib terus merosot, antara lain disebabkan isu inflasi dan cara menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai lalu..

Sehubungan itu Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, “kami sememangnya menjangka akan ada pihak yang akan mempertikai penemuan kajian tersebut, oleh yang demikian kami telah meneliti dan menyemak keputusan tersebut beberapa kali sebelum menyiarkannya.”.

Kata beliau, pihaknya reaksi sedemikian sebagai satu proses di mana mutu perdebatan awam dapat dipertingkatkan menerusi penyiaran hasil penjejakkan pendapat umum sebagai suatu input berasaskan penemuan dan bukannya pendapat peribadi semata-mata..

Ibrahim diminta mengulas mengenai pendirian sebahagian pemimpin Umno yang melahirkan rasa tidak senang dan tidak dapat menerima hasil kajian tersebut..

Sebagai contoh, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri diterima majoriti rakyat di negara ini..

Rais berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat..

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas..

“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri,” katanya..

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus..

Ibrahim berkata, bagi menjawab persoalan berhubung ketepatan dan metodologi kajian, ia merupakan kaedah yang sentiasa Merdeka Centeri gunakan - persampelan strata secara rawak — yang memastikan pemilihan responden dilakukan secara rawak agar dapat mengurangkan bias, tetapi dikawal bagi memastikan ia mencerminkan profil pemilih berasaskan daftar pemilih Disember 2010 menurut kaum, negeri, jantina dan kumpulan umur..

“Ketepatan kajian sebenarnya berasaskan sejauh mana sampel mewakili taburan penduduk yang dikaji dan bukannya jumlah responden..

“Oleh itu kami sangat cermat dalam memastikan para responden yang ditemu bual mewakili taburan pengundi setelah mengambil kira batasan kaedah temu bual (telefon),” kata Ibrahim sambil menambah, ia kaedah yang telah “kami gunakan semenjak tahun 2003 lagi dan merupakan pendekatan yang menemui tahap puas hati kepada perdana menteri (Najib) adalah 72 peratus pada bulan Mei 2010.”.

Ibrahim juga berkata, pihaknya juga memahami tentang keperluan politik dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat dan hasil kajian ini tidak mencerminkan apa-apa melainkan sentimen rakyat terhadap subjek tersebut sewaktu kajian dilakukan..

“. . . apa yang perlu diambil dari penemuan tersebut adalah merangka kaedah bagaimana keadaan tersebut dapat diubah seperti contoh, meningkatkan tahap puas hati serta mutu perkhidmatan kepada rakyat,” kata Ibrahim lagi..

Malah katanya, secara umum, hasil kajian yang menunjukkan tahap puas hati pada Najib berada pada 59 peratus merupakan kedudukan yang masih positif dan selesa..

“Tetapi adalah agak sukar serta tidak berpatutan untuk memikirkan bahawa tahap puas hati boleh kekal tinggi ketika kadar inflasi, ketidaktentuan ekonomi semasa berserta isu-isu sosiopolitik semasa mengasak pengundi secara berterusan..

“Ini ialah kerana sentimen pengundi sentiasa berubah-ubah terlebih sekali apabila berlakunya sesuatu peristiwa besar yang diberi liputan meluas oleh media,” katanya..

Ibrahim menjelaskan, jika dilihat pada penemuan Merdeka Center masa lalu, penemuan kajian sememangnya mencerminkan sentimen semasa seperti contoh kajian pada pertengahan 2006, yang telah pun menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina telah beralih pada pembangkan, serta sentimen pengundi sebelum pilihan raya umum 2008.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MyKas : Kad Pengenalan mempunyai tarikh luput LAYAK mengundi

MyPR

Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. 'My' membawa maksud yang sama seperti MyKad (Malaysia) manakala 'PR' adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.

MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap.

Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.



MyKas

Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (KP hijau)  mula dicetak di atas kad pengenalan bentuk baru (berwarna hijau) bermula 20 April 2010. Kad Pengenalan Sementara ini dinamakan MyKas dan tempoh sahlaku adalah selama 5 tahun./tarikh luput/ Expired Date

Bagi pemegang kad pengenalan Pemastautin…

PTPTN: Video DBKL rampas khemah

KUALA LUMPUR 24 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengganggu perkhemahan mahasiswadi Dataran Merdeka apabila merampas khemah dan kanopi serta memasang pita di sekitar kawasan itu, jam 6.45 pagi.

Mengikut twitter, mereka juga menghalau mahasiswa yang kebanyakannya masih tidur tanpa memberi cukup masa untuk mengambil barangan peribadi masing-masing.

Bagaimanapun, bekalan makanan dan minuman mereka tidak dirampas.
“Kamu boleh rampas khemah kami tapi kamu tak boleh rampas semangat kami!” tulis twitter kendalian kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai OccupyDataran, pagi ini.

Mereka bergabung dengan kumpulan mahasiswa yang merintis perkhemahan itu sebaik sahaja demontrasi Mansuh PTPTN berakhir Sabtu lalu.

Mereka bercadang untuk terus berkhemah sehingga 28 April – tarikh acara Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 berlangsung.

Dalam perkembangan terbaru, mahasiswa Umar Mohd Azmi yang ditahan dan dihadap ke mahkamah semalam atas dakwaan menghalang tugas pegawai DBK…

Ramai tertipu dengan ikan terubuk masin Sarawak

SEBUT saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur.

Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.

Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.

Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lu…