Langkau ke kandungan utama

MCA mahu hapus hak kontraktor Melayu

1 OGOS – Sejak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, tender projek-projek kerajaan negeri yang tidak melebihi RM200,000 dikhaskan kepada kontraktor Kelas F melalui tender terbuka, di mana kesemuanya adalah kontraktor Bumiputera.

Bagi projek-projek yang nilainya melebihi RM200,000, tawaran akan dilakukan melalui tender terbuka kepada semua warganegara Malaysia, termasuk Melayu, Cina dan India dan warga-warga negara yang layak.

Justeru itu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik membidas sikap Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang yang telah mempersoalkan mengenai 243 projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri yang ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor Kelas F di mana nilai projek-projek tersebut adalah kurang daripada RM200,000.

MCA cadang kontraktor kelas F dimansuhkan?

“Adakah Tan Cheng Liang bercadang supaya Kontraktor Kelas F (untuk Bumiputera) dimansuhkan?

“Jikalau MCA berhasrat untuk berbuat demikian, beliau seharusnya mengemukakan cadangan tersebut melalui Presiden MCA atau Menteri-Menteri MCA yang berada dalam Kabinet.

“Jangan lemparkan kritikan yang tidak berasas terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang melaksanakan tender terbuka serta menjaga kepentingan kontraktor-kontraktor Kelas F yang kurang kemampuan mereka dari segi modal berbayar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ng yang juga Adun Komtar turut mempersoalkan Tan dan MCA sama ada mereka mahu menentang UMNO dan menolak peruntukan undang-undang yang ada kerana mahu memansuhkan hak kontraktor-kontraktor kelas F demi membela kepentingan kontraktor-kontraktor bukan Bumiputera.

Beliau menambah tuduhan MCA itu membuktikan lidah pemimpin-pemimpin BN bercabang dua.

Tender tebuka untuk semua yang layak

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menjelaskan buat kesekian kalinya bahawa hanya usahawan yang cekap, mahir dan layak sahaja akan mendapat kontrak melalui tender terbuka di negeri itu tanpa mengira kaum dan kabel politik mereka.

Katanya, dalam keadaan di mana semua kontrator Bumupitera termasuk India Muslim mendapat kontrak, ia membuktikan mereka semuanya layak dan berkemampuan melaksanakan tugas.

“Tidak ada orang Cina atau Melayu akan marah dengan kerajaan negeri kerana memberi pulang yang adil kepada semua kontraktor,” tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Adun Air Putih.

Menurutnya, dakwaan Tan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Wanita MCA kononnya DAP meminggirkan kaum Cina kerana memberi kontrak JPS kepada kontraktor Melayu dan India Muslim adalah tidak matang dan berfahaman sempit.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata sikap MCA itu sama seperti cara politik UMNO yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang mengabaikan nasib orang Melayu di negeri itu.

“Jika kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu, MCA akan tuduh kita meminggirkan masyarakat bukan Melayu. Sekiranya kita bantu masyarakat bukan Melayu, UMNO pula dakwa kita meminggirkan masyarakat Melayu.

“Sekiranya pemikiran dan sikap begini masih lagi menjadi ikutan dan amalan, maka pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang hidup harmoni, tanpa prejudis tidak akan tercapai,” tambah beliau.

Siapa anti-siapa?

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula berkata sepatutnya MCA dan UMNO sama-sama bertanya kepada diri mereka: “Siapa yang anti-siapa di Pulau Pinang?”

“Jika MCA menuduh DAP anti-Cina, mengapa MCA berdiam diri apabila UMNO dan Perkasa menuduh Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Melayu?” katanya yang juga Ahli Parlimen Tanjung dan Adun Padang Kota.

Mengikut lojik tidak masuk akal UMNO-MCA itu, jika MCA menuduh DAP anti-Cina kerana kontrak dimenangi oleh Bumiputera untuk kelas kontraktor Bumiputera, MCA sepatutnya membuat tuduhan yang sama terhadap UMNO di peringkat nasional dan semua negeri yang diperintah oleh UMNO.

Sebagaimana kata Ng, rakyat kini sudah bosan dengan tipu helah pemimpin-pemimpin BN yang lidah bercabang dua dan cakap tak serupa bikin.

“Rakyat akan terus memberi sokongan yang padu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang berjiwa rakyat serta adil dan telus dalam melaksanakan tender secara terbuka, dan bukannya MCA atau UMNO yang ketagih memainkan sentimen perkauman,” tambah beliau. – Roketkini.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MyKas : Kad Pengenalan mempunyai tarikh luput LAYAK mengundi

MyPR

Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. 'My' membawa maksud yang sama seperti MyKad (Malaysia) manakala 'PR' adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.

MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap.

Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.



MyKas

Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (KP hijau)  mula dicetak di atas kad pengenalan bentuk baru (berwarna hijau) bermula 20 April 2010. Kad Pengenalan Sementara ini dinamakan MyKas dan tempoh sahlaku adalah selama 5 tahun./tarikh luput/ Expired Date

Bagi pemegang kad pengenalan Pemastautin…

PTPTN: Video DBKL rampas khemah

KUALA LUMPUR 24 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengganggu perkhemahan mahasiswadi Dataran Merdeka apabila merampas khemah dan kanopi serta memasang pita di sekitar kawasan itu, jam 6.45 pagi.

Mengikut twitter, mereka juga menghalau mahasiswa yang kebanyakannya masih tidur tanpa memberi cukup masa untuk mengambil barangan peribadi masing-masing.

Bagaimanapun, bekalan makanan dan minuman mereka tidak dirampas.
“Kamu boleh rampas khemah kami tapi kamu tak boleh rampas semangat kami!” tulis twitter kendalian kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai OccupyDataran, pagi ini.

Mereka bergabung dengan kumpulan mahasiswa yang merintis perkhemahan itu sebaik sahaja demontrasi Mansuh PTPTN berakhir Sabtu lalu.

Mereka bercadang untuk terus berkhemah sehingga 28 April – tarikh acara Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 berlangsung.

Dalam perkembangan terbaru, mahasiswa Umar Mohd Azmi yang ditahan dan dihadap ke mahkamah semalam atas dakwaan menghalang tugas pegawai DBK…

Ramai tertipu dengan ikan terubuk masin Sarawak

SEBUT saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur.

Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang 'ole-ole' ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.

Pendek kata, terubuk Sarawak memang amat popular terutama di kalangan pelawat dari Semenanjung, Sabah dan Brunei Darussalam, yang menjadikannya buah tangan wajib apabila berkunjung ke bumi kenyalang ini.

Populariti terubuk ini berkait rapat dengan hakikat ikan itu sudah lama pupus dari sungai di Semenanjung tetapi di Sarawak spesies ikan bertulang banyak itu masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober.

Bekalan terubuk tempatan boleh didapati di Sungai Lu…