:
Home » » Ada Gerakan Sulit Rampas Kuasa Dalam Umno

Ada Gerakan Sulit Rampas Kuasa Dalam Umno

Khamis, 4 Ogos 2011 | 0 comments

KUALA LUMPUR 4 OGOS : Parti Islam Se-Malaysia hari ini mendakwa Umno-Barisan sengaja membangkitkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan tempat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha menutup isu dalaman parti berkenaan.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, wujud satu gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya lagi, gerakan tersebut mahu menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno itu dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Oleh itu katanya, laporan yang mengaitkan pemimpin PAS mengadakan satu pakatan sulit untuk mengangkat Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai Ketua Pembangkang, adalah tidak benar.

Ia hanyalah usaha untuk mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno, kata Mustafa.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

Beliau yang diuja persoalan, daripada mana gerakan itu berkata, ianya berada di dalam Umno sendiri..

"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya,"katanya lagi.

Malah menurut Mustafa, Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger