Rabu, 29 Jun 2011

Subsidi :Rakyat di tindas Kroni di bela

GEORGETOWN, 29 JUN – Sikap kerajaan UMNO-Barisan Nasional dalam pemotongan subsidi barang keperluan harian membuktikan ia masih degil dan tidak pedulikan nasib rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kerajaan UMNO-BN telah memotong subsidi barangan keperluan harian yang membebankan rakyat tetapi masih mengekalkan keistimewaan subsidi tinggi bagi gas petroluem cecair, diesel dan petrol yang menguntungkan penjana tenaga bebas (IPP).

Beliau berkata kerajaan yang berjiwa rakyat sepatutnya mengurangkan beban rakyat jelata dan bukannya membantu kroni-kroni mereka untuk mencapai kejayaan.

“Nampaknya kerajaan BN buat yang sebaliknya,” katanya merujuk kepada jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa subsidi kerajaan bagi barangan keperluan harian seperti padi, beras, gula dan tepung adalah 10 peratus daripada subsidi yang diberikan kepada IPP.

Menurutnya, subsidi yang diberikan kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol pada tahun ini adalah RM10.25 billion (dan telah ditambah sebanyak RM5.6 bilion kepada RM15.9 bilion kerana kerajaan terpaksa menambah subsidi untuk mengekalkan harga runcit RON95) sedangkan subsidi untuk beras, gula dan tepung hanya RM1.5 bilion.

“Kenapa kerajaan persekutuan tidak memotong subsidi kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol, dan mengembalikan subsidi yang benar-benar dapat meringankan beban rakyat golongan pertengahan dan bawahan tanpa membebankan kedudukan kewangan negara?

“Apakah Iangkah Kerajaan dalam mengatasi inflasi dan mengurangkan kesannya terhadap peniaga dan rakyat Malaysia ekoran penarikan subsidi diesel dan statistik kenaikan harga barang mentah, minyak dan diesel sejak lima tahun lalu,” soal beliau.

Najib sebagai Menteri Kewangan menjelaskan bahawa kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM23.7 bilion atau 14.6 peratus daripada perbelanjaan mengurus bagi jumlah keseluruhan subsidi untuk tahun 2011.

Mengikut Jadual Subsidi Tahunan, berbanding dengan tahun lalu, semua subsidi tahun ini untuk syarikat besar dinaikkan manakala subsidi untuk rakyat biasa telah diturunkan, tambah Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata langkah kerajaan itu memberi gambaran bahawa BN lebih prihatin kepada syarikat besar yang kaya-raya daripada mendahulukan rakyat miskin.

“Contohnya subsidi untuk gas dan minyak telah naik daripada RM9.605 bilion pada 2010 kepada RM10.256 bilion pada 2011 (dan ditambah RM5.6 bilion kepada RM15.9 bilion).

“Manakala subsidi bantuan kebajikan untuk orang miskin telah turun daripada RM2.376 bilion pada 2010 kepada RM1.879 bilion sahaja pada 2011.

“Subsidi untuk beras dan gula pun telah turun daripada RM1.927 bilion pada 2010 kepada RM1.572 bilion bagi 2011. Dan lagi, insentif untuk membantu petani, nelayan dan penternak bagi meningkatkan pengeluaran makanan pun telah turun daripada RM524 juta bagi 2010 kepada RM401 juta sahaja untuk 2011,” katanya.

Menurutnya, jelas dalam usaha kerajaan BN mengurangkan subsidi, rakyat biasa dan miskin dipinggirkan demi menjaga kepentingan korporat. – Roketkini.com

Related Posts

Subsidi :Rakyat di tindas Kroni di bela
4/ 5
Oleh