Jumaat, 17 Jun 2011

Siapa beruk sebenar

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini mencemuh penunjuk perasaan jalanan dan menganggap mereka sebagai beruk,akan mengetuai himpunan Pemuda Umno pada 9 Julai ini.
Di sini kita akan lihat pihak polis akan menangkap siapa dahulu?

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan perhimpunan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, pada tarikh yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan meskipun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran polis akan bertindak terhadap mana-mana perhimpunan tidak sah.

Ketua Pemuda Umno  dan Barisan Nasional ini berkata Hishammuddin, yang mengetuai pergerakan itu sebelum ini, boleh memberi amaran tetapi sayap Umno itu akan meneruskan rancangannya tidak kisah apa yang bakal berlaku.

“Pemuda saya dan saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja implikasinya. Ini Malaysia baru.

“Kami ada hak untuk berhimpun, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan (Persekutuan). Pemuda Umno akan berarak 9 Julai. Itu sahaja,”- The Malaysian Insider.

Related Posts

Siapa beruk sebenar
4/ 5
Oleh