:
Home » » PRU ditangguh hingga 2012

PRU ditangguh hingga 2012

Rabu, 1 Jun 2011 | 0 comments

UALA LUMPUR, 31 Mei — Kesan keputusan Malaysia menaikkan tarif elektrik dan juga kemungkinan harga minyak ekoran perubahan harga peringkat gloabal kemungkinan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum sangat tipis kerana kepimpinannya perlu menangani rasa tidak puas hati terlebih dahulu.

Semalam, pentadbiran Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik purata 7.1 peratus yang dikuatkuasakan mulai esok.



Bagaimanapun penganalisis berkata sebarang kemungkinan kenaikan harga bahan api masih sedang diteliti.

“Kenaikan tarif elektrik adalah balon ujian politik bagi Najib untuk mengukur rasa tidak puas hati orang ramai sebelum beliau memutuskan kenaikan harga bahan api,” kata Bridget Welsh, seorang pakar tentang Malaysia di Singapore Management University.

Najib dalam ucapan terbaru di London menyifatkan subsidi bahan api sebagai candu tetapi beliau sangat berhati-hati dalam mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pengundi ketika cuba membina semula sokongan bagi BN selepas prestasi buruk ketika 2008.

Mandat semasa hanya berakhir pertengahan 2013 tetapi ramai meramalkan Najib akan memanggil pilihan raya seawal tahun ini selepas KDNK mencatati 7.2 peratus tahun lalu.

Bagaimanapun dalam nota penyelidikannya, HwangDBS dan J.P.Morgan berkata jadual masa pilihan raya itu tidak mungkin.

“Pengumuman Isnin (semalam) menunjukkan bahawa kerajaan sanggup membuat beberapa tindakan politik yang tidak popular tetapi positif secara ekonomi dalam waktu terdekat, yang (menyebabkan) kemungkinan pilihan raya ditangguh hingga 2012,” kata HwangDBS.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger