Selasa, 28 Jun 2011

Politik samseng UMNO-BN beri kelebihan kepada PR

Permainan politik UMNO-Barisan Nasional yang semakin kotor memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13. Rakyat yang semakin sedar dan celik maklumat tidak mudah ditipu dan diporak-perandakan oleh politik usang serta jijik UMNO-Barisan Nasional.

Perkembangan terbaru dengan ugutan demonstrasi balas Pemuda UMNO dan PERKASA terhadap perhimpunan aman BERSIH menjadi contoh. Selain daripada itu juga, penangkapan dan soal siasat beramai-ramai terhadap pimpinan parti politik termasuk Angkatan Muda Keadilan, Parti Sosialis, tokoh rakyat seperti A. Samad Said dan Anwar Ibrahim memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam digunakan demi kepentingan politik tertentu.

Pelbagai pesanan ringkas SMS ugutan bunuh diterima oleh pimpinan parti politik dan badan bukan kerajaan. Pada malam ini juga, sekumpulan samseng yang dipercayai daripada parti politik tertentu membuat kacau di hadapan pejabat Parti Keadilan rakyat.

Contoh-contoh yang diberikan ini jelas membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional tidak mampu lagi berjuang isu rakyat dan kepentingan Negara selain daripada kepentingan politik sendiri. Isu kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luar Negara Perdana Menteri dan isteri Rosmah Mansor dalam masa tiga tahun mencecah RM 17 juta. Semua ini tidak dibahas oleh pemerintah bobrok sedia ada UMNO Barisan Nasional yang akhirnya membebankan rakyat.

Dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Selangor optimis bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih tampuk pemerintahan persekutuan dan memenangi 11 kerajaan negeri akibat politik samseng UMNO Barisan Nasional yang memakan diri.

Related Posts

Politik samseng UMNO-BN beri kelebihan kepada PR
4/ 5
Oleh