:
Home » » Negara kebajikan: PAS putuskan panel pelaksana Khamis ini

Negara kebajikan: PAS putuskan panel pelaksana Khamis ini

Selasa, 14 Jun 2011 | 0 comments

KUALA LUMPUR, 14 Jun — PAS akan menubuhkan satu panel khas pelaksana untuk membincangkan secara terperinci berkenaan konsep negara berkebajikan Khamis ini.

Pembentukan panel itu akan diputuskan pada mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat PAS di sini.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat itu akan dihadiri ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS dan kesemua pesuruhjaya negeri.

Mengesahkan perkara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan memperincikan panel pelaksana konsep negara berkebajikan yang diperincikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya 3 Jun lalu.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, penubuhan panel khas ini akan memfokuskan kepada konsep negara berkebajikan sebagai agenda utama PAS.

Katanya, pihaknya juga akan menyentuh keanggotaan panel tersebut termasuk pihak dari dalam dan luar PAS.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, beliau menjelaskan ini bertujuan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Negara berkebajikan akan menjadi tajuk utama dalam mesyuarat bulanan PAS kali kedua ini di samping membincangkan hal-hal lain,” ujarnya.

Awal minggu ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menggesa PAS agar segera mengadakan jawatankuasa pemandu merangka konsep negara berkebajikan memandangkan kedua-dua kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berebut-rebut cuba membuktikan mereka berada di depan dalam agenda tersebut.

Juanda mendesak agar PAS segera menubuhkan jawatankuasa pemandu negara kebajikan mereka untuk merealisasikan bentuk dan hala tuju berkenaan agar selari dengan Islam dan jelas kepada rakyat.

Jelas Salahuddin, Hadi juga akan melantik keanggotaan biro-biro baru susulan mesyuarat pertama Ahad lalu.

“Ini merupakan mesyuarat bulanan kali kedua diadakan oleh PAS untuk mengadakan pelantikan baru biro-biro dan lajnah,” ujarnya.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger