Ahad, 19 Jun 2011

Majlis agama Pulau Pinang patuh titah Agong

GEORGETOWN, 18 JUN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) patuh dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya menangguhkan tata cara pemilihan jawatankuasa khariah masjid di seluruh negeri yang dijadualkan hari ini dan esok.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim berkata MAINPP menangguhkan tata cara pemilihan itu selepas mengadakan satu pertemuan di Istana Negara semalam.

“Saya diberitahu melalui telefon oleh Yang Dipertua MAINPP Ellias Zakaria bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan jawatankuasa kariah masjid ditangguhkan buat sementara waktu.

“Oleh yang demikian pemilihan yang dijadualkan pada 18 dan 19 Jun 2011 ditangguhkan,” katanya.

Sebelum ditangguhkan atas titah Seri Paduka, tata cara pemilihan itu telah mendapat sambutan hebat di mana 4,485 calon menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang.

Sebanyak 34 masjid lagi tidak mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariah sebulat suara kompromi. Hanya 8 masjid tidak menghantar borang pencalonan.

Abdul Malik sebelum ini menjelaskan bahawa tata cara pemilihan itu akan diadakan berasaskan Seksyen 104(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 dan Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, telah memulakan kempen menyerang usaha murni kerajaan negeri Pakatan Rakyat melalui MAINPP itu dengan membuat tuduhan palsu kononnya ia adalah perancangan DAP yang didakwa akan “menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian”.

Berikutan laporan itu, beberapa pemimpin UMNO dan kumpulan-kumpulan yang sealiran dengannya telah mengecam langkah MAINPP yang mahu menyuburkan proses demokrasi dalam usaha mengimarahkan masjid-masjid di Pulau Pinang.

Dalam ruangan pojok sidang pengarang Utusan hari ini, Bisik-Bisik Awang Selamat, lidah rasmi UMNO itu mendakwa “berbahayanya jika langkah menghentikan idea sempit itu tidak dilakukan” telah menggambarkan pendirian UMNO bahawa pemilihan secara demokrasi dalam Islam adalah satu idea sempit.– Roketkini.com

Related Posts

Majlis agama Pulau Pinang patuh titah Agong
4/ 5
Oleh