:
Home » » Curi-Curi Wang Malaysia

Curi-Curi Wang Malaysia

Selasa, 14 Jun 2011 | 0 comments



Perbelanjaan RM1.8 juta untuk membina dan menyelenggara laman Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia cukup membeliakkan - buat mereka yang berlegar dalam dunia internet, sehingga satu laman bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia" ditubuhkan di Facebook sejurus khabar ini didedahkan.

Ahli parlimen Rasah, merangkap Ketua DAPSY Anthony Loke mempersoalkan Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen - mengapa kontrak RM1.8 juta diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd untuk menyelenggara laman Facebook kementeriannya, sedangkan ia boleh dilakukan secara percuma?

Setelah khabar ini dilaporkan, pelayar internet telah menubuhkan satu laman yang bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia", sebagai sindiran kepada slogan "Cuti-Cuti Malaysia". Pengasas laman tersebut meninggalkan mesej pertamanya pada jam 6.03 petang tadi, dan telah mempunyai kira-kira 150 peminat pada 7.10 petang.

Antara komen yang ditinggalkan pada laman tersebut adalah desakan agar wang tidak dibazirkan dengan cara sebegitu, dan harus dikembalikan kepada rakyat.

Ini juga menyamai portal 1pengguna.com yang berharga RM1.4 juta.
Penguna internet boleh berfikir berapa kos hendak membuat satu,blog,facebook dan portal sebegini,rasanya tak habis 2-3ratus kot.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger