Ahad, 22 Mei 2011

Program Pelancongan Masjid di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Mana di puak-puak pencacai UMNO yang selalu berteriak tentang kesucian Masjid dan Surau,bila Program Pelancongan Masjid diujudkan.Sekarang kita tahu puak-puak ini terlebih Islam dari islam sendiri. .Al-Quran tidak boleh dipegang oleh orang bukan islam,sedangkan islam tidak mengajar begitu.Jika kita melarang orang bukan islam membaca al-Quran sampai bila pun mereka tidak akan mengenali islam.

KUALA LUMPUR: “Pertama kali saya menjejakkan kaki di masjid ini, saya terpegun dengan seni rekanya yang unik dan menarik, malah terpegun bagaikan berganda apabila berpeluang ‘mengenali’ Islam yang sebenar,” kata Paige Hemmings, 21. Dia antara 23 pelajar Kolej Berea dari Kentucky, Amerika Syarikat, yang mengikuti Program Pelancongan Masjid di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL), baru-baru ini.

Katanya, selama ini dia dikhabarkan dengan berita negatif mengenai Islam dan lazimnya, media Amerika Syarikat mengaitkan agama ini dengan keganasan.


“Bagaimanapun, apabila berada di sini, ia nyata berbeza dan saya berani mengatakan Islam adalah agama kedamaian kerana saya melihatnya sendiri.



“Tidak dapat dinafikan sebelum ke sini, persepsi saya terhadap Islam adalah buruk kerana itu yang ‘disogokkan’ oleh media, terutama selepas kejadian serangan ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001,” kata pelajar tahun akhir Ijazah Pengajian Perniagaan itu.


Dia mengagumi kepelbagaian agama dan budaya yang diamalkan di Malaysia dan walaupun wujud perbezaan, masyarakat mampu hidup dalam suasana harmoni.


Rombongan itu diketuai pensyarahnya, Prof Mark Roselli yang sememangnya ‘jatuh hati’ dengan negara ini sejak kali pertama berkunjung ke negara ini.

Katanya, Malaysia bagaikan negara Asia yang lengkap kerana pelbagai agama dan budaya boleh didapati hanya dalam sebuah negara.


“Sejujurnya, kami berkunjung ke sini untuk mendalami amalan beragama dan bukan tertumpu pada Islam saja, tetapi pelajar saya menunjukkan minat luar biasa terhadap Islam.

“Malah, mereka memberi reaksi positif apabila berinteraksi dengan sukarelawan yang memberi penerangan kepada kami,” katanya.


Penolong Pengarah Kanan MWPKL, Fathiah Abdul Rahman berkata, masjid bukan hanya untuk umat Islam kerana rumah ibadat itu tidak pernah memilih pengunjungnya.


Katanya, persepsi ramai yang mengatakan kesucian masjid akan tercemar jika orang bukan Islam mengunjunginya adalah tidak benar kerana tidak ada dalil mengenai perkara itu.


“Bagaimana orang bukan Islam dapat mengenali agama ini jika wujud halangan yang membataskan mereka untuk mendapat maklumat.


“Justeru, MWPKL mengambil inisiatif untuk menganjurkan program seperti ini bagi memberi penerangan tepat mengenai masjid dan Islam,” katanya selepas menerima kunjungan kumpulan daripada Amerika itu.


Katanya, MWPKL ialah satu daripada 36 masjid di seluruh negara yang menganjurkan program itu dan menerima ramai pengunjung, terutama dari Perancis, Korea Selatan dan Jepun.

Related Posts

Program Pelancongan Masjid di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
4/ 5
Oleh